Koridor Utiliti Johor

Koridor Utiliti Johor KORIDOR UTILITI (JOHOR) SDN BHD
201401001844 (1077918-X)
AGENSI PUSAT SETEMPAT (OSA) dan rujukan perancangan pembangunan utiliti Negeri Johor

SESI PERBINCANGAN BERSAMA ISKANDAR REGIONAL DEVELOPMENT AUTHORITY (IRDA) 11 Ogos 2026 –– Koridor Utiliti (Johor) Sdn Bhd...
11/08/2026

SESI PERBINCANGAN BERSAMA ISKANDAR REGIONAL DEVELOPMENT AUTHORITY (IRDA)

11 Ogos 2026 –– Koridor Utiliti (Johor) Sdn Bhd (KUJ) bersama wakil Iskandar Regional Development Authority (IRDA) telah mengadakan sesi perbincangan strategik bagi meneliti keperluan baharu pembangunan infrastruktur (New Requirement Infra Development) serta penambahbaikan garis panduan utiliti.

Perbincangan ini memberi penekanan kepada aspek penyelarasan perancangan, keperluan teknikal dan pengurusan utiliti bagi memastikan penyediaan infrastruktur utiliti dapat dilaksanakan secara lebih terancang, terselaras dan responsif seiring dengan keperluan pembangunan semasa di Johor.

Melalui pendekatan kolaboratif dan perancangan utiliti yang lebih strategik, KUJ terus komited dalam menyokong aspirasi pembangunan Johor serta memastikan keperluan utiliti menjadi sebahagian daripada perancangan pembangunan yang menyeluruh.

11/08/2026
11/08/2026
Laksamana Run 2026 | 5KMLaksamana Run 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 8 Ogos 2026, menghimpunkan seramai 7,000...
11/08/2026

Laksamana Run 2026 | 5KM

Laksamana Run 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 8 Ogos 2026, menghimpunkan seramai 7,000 peserta dari seluruh negara bagi menyertai larian sejauh 5 kilometer.

Majlis turut diserikan dengan keberangkatan YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim bersama suami, Dato’ Dennis Muhammad Abdullah, yang berkenan menyempurnakan pelepasan para peserta larian.

Turut hadir ialah barisan kenamaan dan tetamu kehormat termasuk wakil Kerajaan Negeri Johor, Lembaga Pengarah serta Pengarah Eksekutif Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation (TLJCF) Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation dan pihak berkuasa tempatan.

Selain itu, turut diadakan serahan mock-up check daripada wakil PIJ Holdings Sdn. Bhd., yang telah disampaikan oleh Pengurus Kanan KUJ, En. Saifuddin Bin Abdul Rahim, sebagai tanda sokongan terhadap usaha kebajikan dan kemanusiaan yang dibawa melalui program ini.

Dalam menyemarakkan semangat kesukanan dan kebersamaan, Kelab Perisind Johor Bahru (KPJB) melalui Biro Sukan & Rekreasi turut mengambil bahagian dalam Laksamana Run 2026 dengan penyertaan seramai 40 peserta, yang sebahagiannya terdiri daripada warga kerja KUJ.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta, pihak penganjur serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Laksamana Run 2026. Program sebegini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat dan semangat kesukanan, malah turut memupuk nilai kebersamaan serta menyokong usaha kebajikan dan kemanusiaan.

Semoga semangat Johor Bersatu terus subur dalam kalangan warga Johor!

03/08/2026
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PEMETAAN UTILITI DAN INFRASTRUKTUR (JTPUI) 2026Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemetaan ...
03/08/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PEMETAAN UTILITI DAN INFRASTRUKTUR (JTPUI) 2026

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemetaan Utiliti dan Infrastruktur (JTPUI) Tahun 2026 telah berlangsung pada 30 Julai 2026 (Khamis) yang lalu, bertempat di Bilik Persidangan Tingkat 15, Wisma JUPEM, Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh LSr Powzy bin Mohd Som, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Utiliti selaku Pengerusi JTPUI, manakala Sr Mohd Noor bin Wagiran, Pengarah Ukur Seksyen (Naziran dan Pembangunan Pangkalan Data), Bahagian Pemetaan Utiliti bertindak sebagai Setiausaha Mesyuarat.

En. Saifuddin bin Abdul Rahim, Pengurus Kanan Koridor Utiliti (Johor) Sdn. Bhd., turut hadir mewakili KUJ bagi mengikuti pembentangan, perbincangan teknikal dan sesi penyelarasan bersama agensi-agensi berkaitan. Penyertaan ini mencerminkan komitmen KUJ dalam menyokong inisiatif nasional berkaitan pemetaan utiliti serta memperkukuh amalan perkongsian data dan penyelarasan pembangunan infrastruktur.

Mesyuarat JTPUI telah menghimpunkan 58 jabatan dan agensi yang terlibat dalam pemetaan utiliti di Malaysia, menjadikannya platform penting untuk berkongsi pandangan, menyelaras dasar serta memperkukuhkan jaringan kerjasama ke arah pembangunan infrastruktur yang lebih cekap, selamat dan mampan.

03/08/2026

SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT | 3 OGOS 2026 (ISNIN)

Majlis Perbandaran Segamat merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat datang kepada YM Ungku Mohamed Alif bin Ungku Farouk yang memulakan tugas sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Segamat berkuat kuasa 3 Ogos 2026.

Semoga kehadiran beliau akan terus memperkukuh kepimpinan, mempertingkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan serta membawa Majlis Perbandaran Segamat ke arah pencapaian yang lebih cemerlang, progresif dan berdaya saing demi kesejahteraan masyarakat.

Seluruh warga Majlis Perbandaran Segamat mengalu-alukan kehadiran YM Ungku Mohamed Alif bin Ungku Farouk dan mendoakan agar sentiasa dikurniakan kesihatan, kebijaksanaan serta dipermudahkan segala urusan dalam memikul amanah yang diberikan.

Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor





03/08/2026

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS EN MOHD HAFIZ BIN ALIMAN

Seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengucapkan Selamat Datang & Selamat Bertugas buat Encik Mohd Hafiz Bin Aliman, Setiausaha MBJB.

Encik Mohd Hafiz Bin Aliman sebelum ini memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai.

Address

Aras 7, Bangunan PIJ Holdings, Jalan Bukit Timbalan
Johor Bahru
80000

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+6072220008

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koridor Utiliti Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Koridor Utiliti Johor:

Shortcuts

Share