Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Health Informations in Johor

Terima kasih atas kepercayaan dan penghargaan yang diberikan kepada seluruh warga Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (...
27/08/2026

Terima kasih atas kepercayaan dan penghargaan yang diberikan kepada seluruh warga Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB).

Setiap usaha, kesabaran dan dedikasi warga kerja HSAJB adalah sebahagian daripada amanah yang kami pikul dalam memberikan penjagaan serta perkhidmatan kesihatan yang terbaik. Kata-kata dan penghargaan yang diberikan menjadi suntikan semangat untuk kami terus menjalankan amanah dengan penuh komitmen dan ihsan.

Semoga tuan terus dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan diberkati dalam setiap urusan kehidupan!

26/08/2026

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM (PEMBANGUNAN) KE HSAJB

Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) hari ini menerima kunjungan YBhg. Datuk Dr. Mohd Bakhari bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) bersama delegasi daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pelaksanaan Naziran Perjawatan di HSAJB.

Lawatan ini memberi tumpuan kepada penelitian aspek perjawatan dan keperluan sumber manusia, selaras dengan kapasiti, skop perkhidmatan serta keperluan operasi HSAJB dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat terus berjalan secara cekap dan berkesan.

Sesi lawatan turut melibatkan tinjauan ke beberapa fasiliti dan perkhidmatan utama hospital, di samping sesi taklimat serta perbincangan bersama pihak pengurusan.

Sempena Sambutan Maulidur Rasul, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) berbesar hati menerima kunjungan Lawatan M...
25/08/2026

Sempena Sambutan Maulidur Rasul, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) berbesar hati menerima kunjungan Lawatan Mahabbah bersempena Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kambing Aqiqah RM1 anjuran Osman Goat Farm.

Program ini turut diisi dengan sesi menyantuni ibu-ibu yang baru melahirkan cahaya mata di Wad Timur 3, selain penyampaian sumbangan kepada pihak wad sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang kepada pesakit serta warga hospital.

Inisiatif ini selaras dengan semangat Maulidur Rasul yang menggalakkan kita mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW, khususnya dalam menyantuni golongan yang memerlukan, berkongsi rezeki dan menyebarkan kasih sayang sesama insan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Osman Goat Farm atas keprihatinan serta usaha murni dalam menyemarakkan semangat mahabbah dan kebersamaan bersama komuniti HSAJB.

Semoga segala sumbangan dan kebaikan yang dicurahkan menjadi amal jariah serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

PEMAKLUMANKes-kes kategori Zon Hijau yang disaring di kaunter Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) HSAJB akan diubah hala ...
25/08/2026

PEMAKLUMAN

Kes-kes kategori Zon Hijau yang disaring di kaunter Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) HSAJB akan diubah hala (divert) ke fasiliti kesihatan berdekatan pada 25
Ogos 2026 (Selasa) bermula jam 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam berikutan peningkatan bilangan pesakit di Zon Semi Kritikal dan Kritikal JKT.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026M daripada Hospital Sultanah Aminah Johor BahruSambutan pada tahun ini yang...
25/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026M daripada Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Sambutan pada tahun ini yang mengangkat tema β€œMadani Dihayati, Ummah Diberkati” mengajak kita semua untuk memperkukuh nilai integriti, ihsan, dan perpaduan dalam kehidupan seharian.

Semoga kita terus konsisten meneladani akhlak mulia dan sunnah Rasulullah SAW demi membina masyarakat yang harmoni dan diredhai Allah SWT.

πŸ“’ PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PENDAFTARAN PERKHIDMATAN NILAI TAMBAH (VAS) FARMASI HSAJBDimaklumkan bahawa pendaftaran...
24/08/2026

πŸ“’ PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PENDAFTARAN PERKHIDMATAN NILAI TAMBAH (VAS) FARMASI HSAJB

Dimaklumkan bahawa pendaftaran perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) Farmasi HSAJB akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan sistem MyUbat.

πŸ“Œ Tempoh penutupan:
πŸ—“οΈ 26 Ogos – 1 September 2026
πŸ’Š Ubat Melalui Pos (UMP)

πŸ—“οΈ 1 September 2026
πŸ’Š Farmasi Pandu Lalu, Kad Temujanji (KTJ) & Locker4U

βœ… Perkhidmatan akan beroperasi semula seperti biasa pada 2 September 2026.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan amat menghargai kerjasama serta kesabaran semua pelanggan sepanjang tempoh penyelenggaraan ini.

πŸ“ž Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 07-225 7000 sambungan 2619.

πŸ§”β€β™‚οΈπŸ’™ KEMPEN KESEDARAN KESIHATAN LELAKI 2026 πŸ’™πŸ§”β€β™‚οΈJaga kesihatan, sayangi diri dan keluarga! Ayuh bersama-sama sertai Ke...
24/08/2026

πŸ§”β€β™‚οΈπŸ’™ KEMPEN KESEDARAN KESIHATAN LELAKI 2026 πŸ’™πŸ§”β€β™‚οΈ

Jaga kesihatan, sayangi diri dan keluarga! Ayuh bersama-sama sertai Kempen Kesedaran Kesihatan Lelaki 2026 anjuran Jabatan Urologi, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Segamat.

πŸ“Œ HARI PERTAMA | SARINGAN KESIHATAN
πŸ“… 11 September 2026 (Jumaat)
⏰ 8.30 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Balai Raya Kampung Mensudut Lama, Segamat

πŸšΆβ€β™‚οΈ HARI KEDUA | LARIAN 1 BATU
πŸ“… 12 September 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 11.00 pagi
πŸ“ Taman Rekreasi Sungai Kapeh, Segamat

Kempen ini menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan lelaki agar lebih peka, prihatin dan proaktif terhadap kesihatan diri, di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat. πŸ’ͺ🏻

Luangkan masa untuk membuat saringan dan mulakan langkah ke arah kehidupan yang lebih sihat.

πŸ“’ Jom sertai! Ajak keluarga, sahabat dan komuniti anda bersama-sama.

PEMAKLUMAN UBAH HALA KES DI ZON HIJAU DAN ZON KUNING JABATAN KECEMASAN & TRAUMA HSAJB
24/08/2026

PEMAKLUMAN UBAH HALA KES DI ZON HIJAU DAN ZON KUNING JABATAN KECEMASAN & TRAUMA HSAJB

πŸ“’ PEMAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI POLIKLINIK PAKAR HSAJB SEMPENA MAULIDUR RASULDimaklumkan bahawa operasi Poliklinik Pakar ...
23/08/2026

πŸ“’ PEMAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI POLIKLINIK PAKAR HSAJB SEMPENA MAULIDUR RASUL

Dimaklumkan bahawa operasi Poliklinik Pakar Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) akan ditutup sempena sambutan Maulidur Rasul pada:

πŸ“… 25 Ogos 2026 (Selasa)

Poliklinik Pakar akan beroperasi semula seperti biasa pada 26 Ogos 2026 (Rabu).

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 07-225 7000 sambungan 2722 / 3456.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

PEMAKLUMANKes-kes kategori Zon Kuning yang disaring di kaunter Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) HSAJB akan diubah hala...
21/08/2026

PEMAKLUMAN

Kes-kes kategori Zon Kuning yang disaring di kaunter Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) HSAJB akan diubah hala (divert) ke fasiliti kesihatan berdekatan pada 21 Ogos 2026 (Jumaat) bermula jam 2.30 petang hingga 9.00 malam berikutan peningkatan bilangan pesakit di Zon Semi Kritikal dan Kritikal JKT.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Address

JALAN ABU BAKAR SULTAN
Johor Bahru
80100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share