Info Sihat Johor - #beat NCD

Info Sihat Johor - #beat NCD INFO DAN MEDIUM PENYEBARAN TENTANG HAL BERKAITAN KAWALAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT DI NEGERI JOHOR

KURANGKAN GARAM, TINGKATKAN KESIHATAN! 🧂✨Sedar tak sedar, kadang-kadang masakan kita terlebih garam tanpa sengaja. Walau...
10/07/2026

KURANGKAN GARAM, TINGKATKAN KESIHATAN! 🧂✨

Sedar tak sedar, kadang-kadang masakan kita terlebih garam tanpa sengaja. Walaupun garam menyedapkan makanan, pengambilannya yang berlebihan boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan kita.

Jom kita ambil tahu kenapa kita perlu kurangkan garam dalam diet harian:

❤️ Jantung Lebih Sihat - Melindungi jantung kita daripada bebanan kerja yang berat.
🩺 Mengawal Tekanan Darah Tinggi - Membantu mengurangkan risiko hipertensi.
🧠 Risiko Strok Lebih Rendah - Mengelakkan kerosakan pada fungsi otak.
✨ Fungsi Buah Pinggang Lebih Baik - Meringankan beban kerja buah pinggang kita.
👵👴 Kesihatan Jangka Panjang - Supaya kita boleh hidup lebih sihat dan lama bersama yang tersayang.

Berapa keperluan garam sehari?
Kementerian Kesihatan menyarankan kurang daripada 5 gram sehari (bersamaan dengan 1 sudu teh sahaja!).

💡 Tips Ringkas & Mudah:
1️⃣ Gunakan rempah-ratus semulajadi sebagai penambah rasa.
2️⃣ Pilih sayur-sayuran yang segar berbanding yang diawet.
3️⃣ Elakkan atau kurangkan pengambilan makanan segera.

📢 PERKONGSIAN MESRA DI TEMPAT KERJA! 🪑💼Dah la lama sangat duduk menaip tu, jom kita buat regangan ringkas kejap! Tak per...
03/07/2026

📢 PERKONGSIAN MESRA DI TEMPAT KERJA! 🪑💼

Dah la lama sangat duduk menaip tu, jom kita buat regangan ringkas kejap! Tak perlu keluar dari kubikel pun, boleh buat sambil duduk atau berdiri di tepi meja masing-masing.

6 Langkah Regangan Mudah Semarak Sihat Johor:

✅Leher - Putar perlahan & angkat bahu.
✅Bahu & Tangan - Tarik ke atas/belakang & main genggam-buka tangan.
✅Belakang - Bengkok kiri/kanan & peluk diri sendiri.
✅Kaki (Duduk) - Angkat lutut & putar pergelangan kaki.
✅Pergelangan Tangan - Tarik jari ke arah badan.
✅Pinggang - Putar kiri/kanan & berdiri relaks.

Jom pakat buat sama-sama dengan rakan sepejabat! Kesihatan kita, tanggungjawab kita. Bersama kita cegah penyakit tidak berjangkit (NCD).

(Rujuk infografik di bawah atau scan QR kod untuk panduan lengkap) 😊

✨ RAYA CERIA, HIDUP SIHAT BERGAYA ✨Raya tetap meriah, kesihatan jangan dilupa 💙Nikmati juadah dengan sederhana 🍽️Aktif b...
19/03/2026

✨ RAYA CERIA, HIDUP SIHAT BERGAYA ✨

Raya tetap meriah, kesihatan jangan dilupa 💙
Nikmati juadah dengan sederhana 🍽️
Aktif bergerak walau sibuk beraya 🏃‍♀️
Kawal emosi, jaga diri & orang tersayang 🤍

Ayuh kita sama-sama kekalkan gaya hidup sihat,
supaya raya tahun ini bukan sahaja ceria…
tapi juga lebih bermakna 🌙✨

04/03/2026

Media sosial adalah sebahagian besar daripada kehidupan kanak-kanak dan remaja hari ini. Ia menghiburkan, memberi maklumat dan menghubungkan kita, namun penggunaan berlebihan khususnya melebihi tiga jam sehari boleh meningkatkan risiko tekanan, kebimbangan dan kemurungan serta mengganggu fokus dan tidur.

Keseimbangan adalah kunci. Hadkan masa skrin, tetapkan waktu bebas telefon, utamakan tidur yang mencukupi dan galakkan interaksi bersemuka. Lindungi kesihatan mental anak-anak kita dan jadikan media sosial sebagai ruang yang positif dan selamat.

Saksikan video montaj ini untuk memahami kesan sebenar media sosial terhadap kesihatan mental remaja serta langkah pencegahan yang boleh kita ambil bersama.

💜 PERTANDINGAN E-POSTER HARI KANSER SEDUNIA💜Terima Kasih & Tahniah Pertandingan E-poster sempena Hari Kanser Sedunia 202...
09/02/2026

💜 PERTANDINGAN E-POSTER HARI KANSER SEDUNIA💜

Terima Kasih & Tahniah

Pertandingan E-poster sempena Hari Kanser Sedunia 2026 peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Bahagian Kesihatan Awam telah berjaya dilaksanakan dengan penuh sokongan dan penglibatan yang amat memberangsangkan.

Setiap penyertaan yang diterima mencerminkan kreativiti, keprihatinan dan komitmen bersama dalam menyebarkan mesej kesedaran kanser selaras dengan tema “United by Unique”.

Terima kasih kepada semua peserta atas sokongan dan usaha yang diberikan.

09/02/2026

💜 Sambutan Hari Kanser Sedunia 2026 💜

Kanser bukan sekadar diagnosis ia tentang keberanian, harapan dan sokongan. Setiap individu mempunyai kisah yang unik, namun kita disatukan oleh satu matlamat: kesedaran, pencegahan dan penjagaan kesihatan yang lebih baik.

✨ United by Unique ✨

Bersama Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, marilah kita terus menyebarkan kesedaran dan menyokong usaha pencegahan kanser.






Saksikan tayangan video montaj daripada Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Bahagian Kesihatan Awam, Johor.

AWAS! JANGAN ABAIKAN TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT MENTALAdakah anda atau orang sekeliling sering berasa murung, mudah marah...
03/12/2025

AWAS! JANGAN ABAIKAN TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT MENTAL

Adakah anda atau orang sekeliling sering berasa murung, mudah marah, sukar tidur atau hilang fokus? Mungkin itu adalah signal awal kesihatan mental sedang terganggu. Fikiran negatif, keresahan melampau dan rasa tidak tenang boleh menjejaskan cara hidup, hubungan, dan pekerjaan kita.

JANGAN PENDAM, HUBUNGI TALIAN "HEAL 15555📞"

Perkhidmatan Psikologi (Kaunseling) oleh pegawai terlatih, setiap hari dari 8.00 pagi – 12.00 tengah malam. Kami sedia mendengar dan membantu anda. Anda tidak keseorangan. Ada yang sedia memahami.



28/11/2025

Sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Pelancaran Program K-Mindset Peringkat Negeri Johor Tahun 2025, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah melaksanakan pelbagai inisiatif advokasi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kesejahteraan mental, terutama semasa berdepan krisis dan bencana.

Bertemakan “Meningkatkan Akses kepada Perkhidmatan Sokongan dan Kesihatan Mental Semasa Krisis dan Bencana”, program ini turut menampilkan komitmen pelbagai agensi, institusi latihan serta petugas kesihatan dalam usaha memperkukuh sistem sokongan kesihatan mental yang inklusif, responsif dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Saksikan video montaj rasmi yang dikongsikan ini. Semoga usaha bersama ini dapat memperkasakan kesedaran awam, menyemai empati dan kepedulian, serta mendorong pembentukan komuniti Johor yang lebih sihat dari segi mental, emosi dan sosial.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan penglibatan semua pihak dalam Sa...
28/11/2025

Jabatan Kesihatan Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan penglibatan semua pihak dalam Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Pelancaran Program K-Mindset Peringkat Negeri Johor Tahun 2025, yang telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Oktober 2025 bertempat di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Batu Pahat.

Bertemakan “Meningkatkan Akses kepada Perkhidmatan Sokongan dan Kesihatan Mental Semasa Krisis dan Bencana”, program ini menjadi platform penting untuk memperkukuh mesej advokasi kesihatan mental, meningkatkan kesedaran masyarakat serta memupuk empati dan kepedulian terhadap kesejahteraan mental.

Antara pengisian utama ialah sesi Laugh Therapy, pameran interaktif yang menyeronokkan, saringan kesihatan, ruang sesi pengurusan stres dan pelbagai aktiviti sokongan mental yang bermanfaat. Saksikan detik-detik menarik sepanjang program menerusi koleksi gambar yang dikongsikan ini.

Terima kasih atas sokongan berterusan semua pihak dalam menjayakan agenda kesihatan awam ke arah Johor yang lebih sihat, sejahtera dan berinformasi.


Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (Bahagian Kesihatan Awam)

Address

Persiaran Permai
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 16:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info Sihat Johor - #beat NCD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Info Sihat Johor - #beat NCD:

Shortcuts

Share