Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) PENAFIAN: MBJB tidak bertanggungjawab diatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami semasa melayari laman ini.

Salurkan aduan melalui aplikasi Sistem Aduan MBJB di https://mbjb.spab.gov.my

MBJB merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan perkhidmatan perbandaran. MBJB tidak bertanggungjawab atas kesahihan dan ketepatan maklumat selain daripada laman facebook rasmi MBJB dan Datuk Bandar MBJB.

17/08/2026

🚧 NOTIS PENYELENGGARAAN JALAN 🚧

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan jalan akan dilaksanakan di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 19 Ogos 2026
⏰ Masa: 9.00 malam– 6.00 pagi
πŸ“ Lokasi: Jalan Firma,Johor Bahru

Makluman Penting:
βœ… Penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat (lane by lane).
βœ… Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi arahan papan tanda amaran dan petugas trafik yang bertugas.
βœ… Sila memandu dengan berhati-hati serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Segala kesulitan yang dialami amat dikesali. Kerja-kerja ini dilaksanakan bagi memastikan keselesaan, keselamatan dan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya pada masa akan datang.

πŸ“ž Pertanyaan: Safwa Careline
+60 14-603 8077

JOM SERTAI PROGRAM PERTUKARAN & SUMBANGAN BUKU!Buku terpakai anda mungkin sudah selesai dibaca, tetapi ilmu di dalamnya ...
17/08/2026

JOM SERTAI PROGRAM PERTUKARAN & SUMBANGAN BUKU!

Buku terpakai anda mungkin sudah selesai dibaca, tetapi ilmu di dalamnya masih mampu memberi manfaat kepada orang lain. πŸ’š
Jom bersama-sama kita hidupkan budaya membaca, berkongsi ilmu dan menyemarakkan semangat cintakan buku melalui Program Pertukaran & Sumbangan Buku!

πŸ“… 23 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ 10.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Wakaf Ilmu, Medan Niaga Kg Melayu Majidee

πŸ“– Ada buku yang ingin disumbangkan atau ditukarkan?
Bawa bersama buku-buku terpakai yang masih elok dan berikan peluang kepada orang lain untuk menikmati ilmu yang sama.

πŸ’š Beri sebuah buku, bina sejuta ilmu.
πŸ“š Sumbang buku, lestari ilmu.
🀝 Kecilkan rak, besarkan manfaat, luaskan ilmu!

Jangan biarkan buku hanya tersimpan di rak. Ayuh kongsikan ilmu dan jadikan sebuah buku sebagai jambatan kepada lebih banyak pengetahuan!

Untuk maklumat lanjut :
Puan Yuli – 017 - 737 3094








JB STORY TIME @ TMIYC JB KEMBALI LAGI!Jom sertai aktiviti mingguan anjuran Perpustakaan Sultan Ismail, MBJB yang penuh d...
17/08/2026

JB STORY TIME @ TMIYC JB KEMBALI LAGI!

Jom sertai aktiviti mingguan anjuran Perpustakaan Sultan Ismail, MBJB yang penuh dengan aktiviti menarik, santai dan bermanfaat untuk seisi keluarga!

Nikmati pengalaman membaca yang menyeronokkan bersama aktiviti membaca & bercerita, terokai dunia kreativiti melalui pelbagai aktiviti seperti :
β€’ Aktiviti permainan tradisional
β€’ Permainan soft archery
β€’ JB Books On Wheel ( BOW )
β€’ Aktiviti membaca & bercerita
β€’ Aktiviti Sumbangan & Pertukaran Buku.

TARIKH - 23 OGOS 2026 (Ahad)
MASA - 3.00 petang – 5.00 petang
TEMPAT - KUBUS LESTARI TMIYC JB

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!
Terbuka kepada semua komuniti Bandaraya Johor Bahru.

SILA RUJUK POSTER UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Jom bawa keluarga dan rakan-rakan, luangkan masa hujung minggu dengan aktiviti yang mendidik, kreatif dan menyeronokkan bersama JB Story Time @ TMIYC JB!






SEMARAKKAN HATI, SINARI JIWA DENGAN CAHAYA AL-QURANSertai Kelas Tadabbur Al-Quran Komuniti & Fardhu Ain anjuran Perpusta...
17/08/2026

SEMARAKKAN HATI, SINARI JIWA DENGAN CAHAYA AL-QURAN

Sertai Kelas Tadabbur Al-Quran Komuniti & Fardhu Ain anjuran Perpustakaan Sultan Ismail MBJB dan luangkan masa bersama-sama mendalami makna serta pengajaran Al-Quran dalam suasana pembelajaran yang santai dan bermanfaat.

TARIKH - 22 OGOS 2026 (SABTU)
MASA - 3.00 PETANG
TEMPAT - PUSAT SIVIK LARKIN MBJB

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!!!
TERBUKA KEPADA SEMUA KOMUNITI BERUMUR 12 TAHUN KE ATAS

JOM REBUT PELUANG UNTUK:
β€’ Menambah ilmu agama dan kefahaman Al-Quran
β€’ Memperkukuhkan iman dan amalan harian
β€’ Menyucikan hati serta mendekatkan diri kepada Allah SWT
β€’ Mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim dalam komuniti

Jangan lepaskan peluang menyertai sesi ilmu yang penuh keberkatan ini. Ayuh ajak keluarga dan rakan-rakan bersama-sama mengimarahkan majlis ilmu!

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran :
Ustaz Zuhdi : 010 - 531 0278
Encik Sani : 011 - 6211 1665



17/08/2026
17/08/2026

MARI BELAJAR BAHASA ISYARAT SIRI 11

17/08/2026
17/08/2026

LORI BANCUHAN KONKRIT TUMPAH SIMEN DI TIGA JALAN UTAMA, SYARIKAT DIKOMPAUN

Tumpahan simen daripada lori siput atau lori bancuhan konkrit di jalan raya bukan sahaja menyebabkan jalan menjadi kotor atau permukaan menjadi tidak rata, malah boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

Sebuah lori bancuhan konkrit telah dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) MBJB. Hasil semakan mendapati berlaku tumpahan bancuhan simen di tiga (3) jalan utama di bandar raya ini, iaitu Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Kebun Teh dan Jalan Tebrau.

Susulan kejadian tersebut, tindakan penguatkuasaan telah diambil dan kompaun telah dikeluarkan kepada syarikat berkenaan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Seksyen 47(1)(e), berkaitan kesalahan menjatuhkan, menumpah atau menabur apa-apa debu, pasir, tanah atau apa-apa barang atau benda di sesuatu tempat awam, sama ada daripada kenderaan yang bergerak, berhenti atau dengan apa-apa cara lain.

Dalam masa yang sama, kerja-kerja pembersihan jalan telah dilaksanakan oleh Safwa Global Venture Sdn. Bhd. bagi memastikan kawasan yang terjejas kembali bersih dan selamat digunakan oleh orang ramai.

MBJB ingin menegaskan bahawa pihak yang mengendalikan kenderaan membawa bahan binaan bertanggungjawab memastikan muatan dikawal dengan baik bagi mengelakkan sebarang bahan tercicir atau tertumpah ke atas jalan awam. Tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan terhadap pihak yang didapati melakukan kesalahan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.




BINGKISAN INTEGRITI
17/08/2026

BINGKISAN INTEGRITI

Address

Menara MBJB, No. 1, Jalan Lingkaran Dalam, Bukit Senyum
Johor Bahru
80300

Opening Hours

Monday 08:00 - 04:30
Tuesday 08:00 - 04:30
Wednesday 08:00 - 04:30
Thursday 08:00 - 04:30
Friday 02:45 - 04:30
08:00 - 12:15

Telephone

+6072198000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB):

Shortcuts

Share

Category