MSC Cyberport

MSC Cyberport Don't be tied to old conventional working space. Like our page for more tips on co-working space

MSC Cyberport Sdn Bhd is a public-private partnership spearheaded by the State Government of Johor, Malaysia to create a Global Information & Communication Technology (ICT) Business Hub with a World-Class Living Environment.

Hari Hol diisytiharkan sebagai cuti umum di Johor bagi memperingati kemangkatan Almarhum⁣⁣ Sultan Iskandar Ibni Almarhum...
21/07/2026

Hari Hol diisytiharkan sebagai cuti umum di Johor bagi memperingati kemangkatan Almarhum⁣⁣ Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.⁣⁣
⁣⁣⁣
Mari sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail bagi memperingati kemangkatan baginda pada 6 Safar 1431H.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Nik Md Syazwan bin Nik Naim Shukran atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai...
16/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Nik Md Syazwan bin Nik Naim Shukran atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MSC Cyberport Sdn. Bhd.

Semoga kepimpinan, pengalaman dan visi yang dibawa dapat memacu organisasi ke arah pertumbuhan, inovasi serta kejayaan yang lebih cemerlang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Ramlee Bin Jaafar atas kepimpinan, dedikasi serta segala jasa da...
16/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Ramlee Bin Jaafar atas kepimpinan, dedikasi serta segala jasa dan sumbangan beliau sepanjang menerajui organisasi ini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Majlis perpisahan ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas segala bakti, tunjuk ajar dan inspirasi yang telah dicurahkan. Semoga setiap pengalaman dan kenangan yang tercipta akan sentiasa dikenang.

Selamat maju jaya dalam menempuh lembaran baharu. Semoga terus diberikan kejayaan dalam setiap langkah dan perjalanan yang mendatang.

Terima kasih atas segala jasa dan kepimpinan, En. Ramlee Bin Jaafar.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi atas perlantikan sebagai Menteri Besar Johor bagi...
16/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi atas perlantikan sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua.

Semoga amanah ini terus dilaksanakan dengan penuh dedikasi demi kemajuan negeri dan kesejahteraan Bangsa Johor.

🌟 Selamat Menyambut Awal Muharram! Hari yang penuh bermakna ini mengingatkan kita untuk memperbaiki diri dan melangkah k...
17/06/2026

🌟 Selamat Menyambut Awal Muharram! Hari yang penuh bermakna ini mengingatkan kita untuk memperbaiki diri dan melangkah ke hadapan dengan azam yang baru.

Semoga Maal Hijrah ini membawa kebahagiaan dan keharmonian.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 🐑🐄“Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetap...
27/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 🐑🐄

“Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya adalah ketakwaan kamu. Demikianlah dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas apa yang dia beritakan kepadamu. Dan sampaikanlah khabar gembira kepda orang-orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Hajj 37)

Ikhlas daripada warga kerja MSC Cyberport Sdn Bhd dan Cybersolution Technologies Sdn Bhd

👷‍♀️👨‍🏭 Saluting All Workers on Labor Day! 💪Your commitment, strength, and determination power our communities and indus...
01/05/2026

👷‍♀️👨‍🏭 Saluting All Workers on Labor Day! 💪

Your commitment, strength, and determination power our communities and industries. Every role, big or small, is essential in shaping the world we live in.

On this day, let’s take pride in our efforts and reflect on the importance of unity and respect in the workplace. Together, we build dreams and futures.

Happy Labor Day! 🌟

10/04/2026
9 April 2026 – MSC Cyberport Sdn BhdSatu mesyuarat strategik telah diadakan di MSC Cyberport bersama YB Aznan Bin Tamin ...
10/04/2026

9 April 2026 – MSC Cyberport Sdn Bhd

Satu mesyuarat strategik telah diadakan di MSC Cyberport bersama YB Aznan Bin Tamin serta pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Johor.

Sebagai sebuah syarikat yang berperanan dalam pembangunan dan pengurusan ekosistem digital, MSC Cyberport telah berkongsi pengalaman, keupayaan serta cadangan strategik dalam memperkasa ekonomi digital negeri. Perbincangan memberi fokus kepada pendekatan kolaboratif melalui model kerjasama awam-swasta (PPP) dalam mempercepatkan pelaksanaan inisiatif digital yang berimpak tinggi.

Turut diberi penekanan adalah pemerkasaan penggunaan data dan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai pemacu utama dalam meningkatkan kecekapan, membuat keputusan berasaskan data serta memperkukuh daya saing ekosistem digital secara menyeluruh.

MSC Cyberport akan terus menyokong pembangunan GovTech, industri dan akademia, di samping memperkukuh keseluruhan ekosistem digital secara inklusif dan mampan. Pendekatan ini selaras dengan aspirasi untuk membina ekosistem yang lestari, inovatif serta berdaya saing.

MSC Cyberport kekal sebagai rakan strategik dalam menyokong usaha Kerajaan Negeri ke arah merealisasikan Johor sebagai hab ekonomi digital yang maju dan berdaya tahan.

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri! 🎉Dengan penuh rasa syukur, kita menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Semo...
21/03/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri! 🎉

Dengan penuh rasa syukur, kita menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dan memberi kita kebahagiaan, kesejahteraan, serta keberkatan yang berpanjangan. 🙏

Mari kita rayakan dengan penuh kegembiraan, saling memaafkan, dan mempereratkan ikatan silaturahim bersama!

Address

Menara MSC Cyberport, Jalan Bukit Meldrum Darul Takzim
Johor Bahru
80300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6072761251

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MSC Cyberport posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share