Johor National Parks

Johor National Parks Johor National Parks Corporation (JNPC) was established in 1992 under the gazzettement of the Johor National Park Corporation Enactment 1989.

https://forms.gle/8BNrt1XWX7vnufw4A
Para Pelawat juga diminta untuk memberi maklumbalas kepada kami melalui pautan diatas

Jom Meriahkan Johor!๐Ÿ“ฒ Scan QR Code pada poster untuk sertai aktiviti!๐Ÿ‘ Like dan upload gambar selfie anda pada ruangan k...
14/08/2026

Jom Meriahkan Johor!

๐Ÿ“ฒ Scan QR Code pada poster untuk sertai aktiviti!

๐Ÿ‘ Like dan upload gambar selfie anda pada ruangan komen di poster ini ketika berkunjung ke tapak pameran Taman Negara Johor.

๐ŸŽ Terhad kepada 69 pelawat terawal sempena sambutan 69 Tahun Hari Kebangsaan serta 100 cenderahati percuma. Jangan lepaskan peluang! ๐Ÿคฉ

๐Ÿ“ธ Scan. Like. Selfie. Post. Dapatkan cenderahati!

๐๐ž๐ซ๐ง๐š๐ก ๐๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ค ๐‚๐ž๐ง๐๐š๐ฐ๐š๐ง ๐‰๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐๐ข? ๐‰๐จ๐ฆ ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฅ ๐€๐ ๐ž๐ง ๐Š๐ข๐ญ๐š๐ซ ๐’๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐‡๐ฎ๐ญ๐š๐ง!๐‚๐ž๐ง๐๐š๐ฐ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐  (๐‘ท๐’š๐’„๐’๐’๐’‘๐’๐’“๐’–๐’” ๐’”๐’‚๐’๐’ˆ๐’–๐’Š๐’๐’†๐’–๐’”) adalah spesi...
14/08/2026

๐๐ž๐ซ๐ง๐š๐ก ๐๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ค ๐‚๐ž๐ง๐๐š๐ฐ๐š๐ง ๐‰๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐๐ข? ๐‰๐จ๐ฆ ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฅ ๐€๐ ๐ž๐ง ๐Š๐ข๐ญ๐š๐ซ ๐’๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐‡๐ฎ๐ญ๐š๐ง!

๐‚๐ž๐ง๐๐š๐ฐ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐  (๐‘ท๐’š๐’„๐’๐’๐’‘๐’๐’“๐’–๐’” ๐’”๐’‚๐’๐’ˆ๐’–๐’Š๐’๐’†๐’–๐’”) adalah spesies fungi yang mungkin anda biasa temui di hutan atau kawasan perumahan. Cendawan ini sangat mudah dikenalpasti menerusi warna jingga kemerahan atau jingga terang yang amat menyerlah ini merupakan ciri khusus genus ๐‘ท๐’š๐’„๐’๐’๐’‘๐’๐’“๐’–๐’”. Warna jingga terang cendawan ini datang daripada sebatian pigmen semula jadi (๐œ๐ข๐ง๐ง๐š๐›๐š๐ซ๐ข๐ง) yang juga mempunyai sifat antimikrob. Bentuk payungnya nipis, tegar seperti kipas atau cakera, dan selalunya tumbuh bertingkat-tingkat pada batang kayu.

๐‚๐ž๐ง๐๐š๐ฐ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐  sangat menyukai kawasan beriklim tropika yang lembap dan panas, dengan pendedahan cahaya matahari yang cukup. Anda boleh temui cendawan ini tumbuh melata pada batang kayu lapuk, tunggul kayu mati, atau dahan jatuh di seluruh Semenanjung Malaysia.

Fungi bukan sekadar penyeri landskap hutan, tetapi mereka adalah agen pengurai dan kitar semula semula jadi yang sangat penting!

๐Ÿ„ ๐€๐ ๐ž๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐š๐ข ๐“๐ž๐ ๐š๐ซ (๐Š๐š๐ฉ๐ฎ๐ซ ๐๐ฎ๐ญ๐ข๐ก / ๐–๐ก๐ข๐ญ๐ž ๐‘๐จ๐ญ) : Cendawan ini merembeskan enzim khas untuk menguraikan struktur kayu tegar (seperti ๐ฅ๐ข๐ ๐ง๐ข๐ง dan ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐จ๐ฌ๐š) yang sukar dihancurkan oleh organisma lain.
๐Ÿ„ ๐๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ค๐š๐ฅ ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐ข๐ž๐ง ๐’๐จ๐ข๐ฅ : Hasil penguraian kayu mati ini memulangkan semula zat penting seperti karbon, nitrogen, dan fosforus ke dalam tanah untuk diserap oleh benih dan pokok baharu.
๐Ÿ„ ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ค๐š ๐‘๐ฎ๐š๐ง๐  ๐Š๐ž๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ๐š๐ง ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ : Dengan mereputkan pokok tua atau mati, fungi membantu membersihkan kawasan hutan dan membuka 'ruang kanopi' serta ruang tanah bagi membolehkan cahaya matahari sampai ke anak pokok baharu.

Ada tak diantara anda yang selalu hunting gambar cendawan bila masuk hutan atau berjoging? Kalau ada simpan gambar cendawan menarik, jom kongsikan di ruang komen! ๐Ÿ‘‡โœจ

๐Ÿ“ธ Encik Sufian bin Suleiman
๐Ÿ“Taman Negara Johor Endau Rompin Peta

DIRGAHAYU TUANKU Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuan...
14/08/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Raja Zarith Sofiah, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 14 Ogos 2026 bersamaan 1 Rabiulawal 1448H.

Semoga Tuanku dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta terus memayungi rakyat dengan penuh kasih sayang dan kebijaksanaan.

Daulat Tuanku!

SELAMAT HARI GAJAH SEDUNIA 2026Gajah bukan sekadar haiwan terbesar di daratan, malah merupakan antara spesies penting da...
12/08/2026

SELAMAT HARI GAJAH SEDUNIA 2026

Gajah bukan sekadar haiwan terbesar di daratan, malah merupakan antara spesies penting dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem hutan.

Gajah Malaya merupakan khazanah hidupan liar yang amat bernilai dan menjadi sebahagian daripada biodiversiti hutan Johor. Kehadirannya membantu membentuk ekosistem melalui pergerakan, penyebaran biji benih serta peranannya dalam rantaian ekologi.

Namun, kelangsungan hidup gajah berdepan pelbagai cabaran termasuk kehilangan dan pemecahan habitat serta konflik antara manusia dan hidupan liar.

Sempena Hari Gajah Sedunia, marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran dan menghargai kepentingan gajah serta habitat semula jadinya. Usaha pemuliharaan bukan hanya untuk melindungi gajah, tetapi juga memastikan hutan terus menjadi rumah kepada pelbagai spesies untuk generasi akan datang.

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PERBADANAN TAMAN NEGARA JOHOR KE BALAI POLIS ISKANDAR PUTERIPerbadanan Taman Negara Johor tela...
11/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PERBADANAN TAMAN NEGARA JOHOR KE BALAI POLIS ISKANDAR PUTERI

Perbadanan Taman Negara Johor telah mengadakan kunjungan hormat ke Balai Polis Iskandar Puteri sebagai usaha memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Dalam kunjungan tersebut, Yang Berusaha Tuan Sufian bin Suleiman, Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor telah mengadakan pertemuan bersama Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Kumarasan A/L Muniandy.

Kunjungan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan serta membincangkan perkara-perkara berkaitan keselamatan, penguatkuasaan dan pengurusan kawasan taman negara bagi memastikan kelestarian serta kesejahteraan pengunjung sentiasa terpelihara.

Semoga hubungan baik dan kerjasama erat yang terjalin ini akan terus diperkasakan demi menyokong usaha pemuliharaan khazanah alam semula jadi serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

SELAMAT HARI ORANG ASAL SEDUNIASetiap 9 Ogos, kita meraikan dan menghargai sumbangan serta peranan penting komuniti Oran...
09/08/2026

SELAMAT HARI ORANG ASAL SEDUNIA

Setiap 9 Ogos, kita meraikan dan menghargai sumbangan serta peranan penting komuniti Orang Asal dalam memelihara budaya, warisan dan khazanah alam.

Perbadanan Taman Negara Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh komuniti Orang Asal, khususnya warga kerja PTNJ yang sentiasa menyumbang dengan dedikasi dan penuh keikhlasan dalam menjaga kelestarian alam.

Semoga kerjasama antara komuniti Orang Asal dan Taman Negara Johor terus diperkukuh demi kelestarian alam dan kesejahteraan generasi akan datang.

๐‘ด๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’‘๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’๐’†๐’Ž๐’–๐’‚๐’ ๐‘บ๐’†๐’Ž๐’–๐’๐’‚ ๐‘ฉ๐’†๐’ˆ๐’๐’๐’Š๐’‚ ๐’š๐’†๐’๐’š๐’†๐’๐’Š๐’‚๐’† ๐‘ท๐’†๐’“๐’๐’– ๐‘ซ๐’Š๐’“๐’‚๐’Š๐’Œ๐’‚๐’?๐‘ฉ๐’†๐’ˆ๐’๐’๐’Š๐’‚ ๐’š๐’†๐’๐’š๐’†๐’๐’Š๐’‚๐’† merupakan spesies begonia yang cukup istimewa...
07/08/2026

๐‘ด๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’‘๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’๐’†๐’Ž๐’–๐’‚๐’ ๐‘บ๐’†๐’Ž๐’–๐’๐’‚ ๐‘ฉ๐’†๐’ˆ๐’๐’๐’Š๐’‚ ๐’š๐’†๐’๐’š๐’†๐’๐’Š๐’‚๐’† ๐‘ท๐’†๐’“๐’๐’– ๐‘ซ๐’Š๐’“๐’‚๐’Š๐’Œ๐’‚๐’?

๐‘ฉ๐’†๐’ˆ๐’๐’๐’Š๐’‚ ๐’š๐’†๐’๐’š๐’†๐’๐’Š๐’‚๐’† merupakan spesies begonia yang cukup istimewa dan endemik, di mana ia hanya wujud secara eksklusif di Taman Negara Johor Endau Rompin. Daunnya yang membulat dengan tekstur beralun, rona gelap keunguan, serta urat daun menonjol pantas menjadikannya buruan peminat tumbuhan eksotik. Tumbuhan bersaiz kerdil ini mempunyai batang menjalar (rhizom) berisi air dan ciri bunga yang unik iaitu bunga jantan memiliki empat kelopak, manakala bunga betina hanya tiga kelopak. Sebagai tumbuhan yang sangat sensitif, ia hanya mampu bertahan subur di habitat yang sangat teduh, berlindung di celahan batuan berlumut berhampiran air terjun dan tebing sungai yang berkelembapan tinggi.

Nama ๐‘ฉ๐’†๐’ˆ๐’๐’๐’Š๐’‚ ๐’š๐’†๐’๐’š๐’†๐’๐’Š๐’‚๐’† diabadikan bersempena Dr. Sam Yen Yen, penyelidik yang menemui spesimen asal sebelum ia direkodkan secara rasmi pada tahun 2018 oleh ahli botani J.P.C. Tan dan pasukannya. Perekodan ini sekaligus membezakan dan mengklasifikasikan ๐‘ฉ๐’†๐’ˆ๐’๐’๐’Š๐’‚ ๐’š๐’†๐’๐’š๐’†๐’๐’Š๐’‚๐’† daripada 'pelanduk dua serupanya' yang sering mengelirukan, iaitu ๐‘ฉ๐’†๐’ˆ๐’๐’๐’Š๐’‚ ๐’“๐’‚๐’‹๐’‚๐’‰.

Namun, pada tahun 2023, kejadian banjir besar dan tanah runtuh di Endau Rompin telah menyebabkan habitat tumbuhan ini terjejas teruk sehingga dikhuatiri lenyap sepenuhnya. Walau bagaimanapun, penemuan semula spesies ini oleh kakitangan ๐‘ป๐’‚๐’Ž๐’‚๐’ ๐‘ต๐’†๐’ˆ๐’‚๐’“๐’‚ ๐‘ฑ๐’๐’‰๐’๐’“ ๐‘ฌ๐’๐’…๐’‚๐’– ๐‘น๐’๐’Ž๐’‘๐’Š๐’ (๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Š) merupakan satu kemenangan besar buat dunia konservasi yang perlu diraikan. Kini, langkah pemuliharaan yang ketat sedang giat dijalankan bagi memastikan ๐‘ฉ๐’†๐’ˆ๐’๐’๐’Š๐’‚ ๐’š๐’†๐’๐’š๐’†๐’๐’Š๐’‚๐’† terus dilindungi dan mekar di hutan Johor, kekal sebagai warisan khazanah alam untuk generasi akan datang.

๐Ÿ“ Taman Negara Johor Endau-Rompin Selai
๐Ÿ“ธ Anas, Mohd Rizuan, Azwa Rizal, Jelani

๐ˆ๐Š๐‹๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐Ž๐’๐Ž๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐๐€๐ƒ๐€๐๐€๐ ๐“๐€๐Œ๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ Sila imbas QR code atau klik pautan untuk iklan jawa...
04/08/2026

๐ˆ๐Š๐‹๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐Ž๐’๐Ž๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐๐€๐ƒ๐€๐๐€๐ ๐“๐€๐Œ๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

Sila imbas QR code atau klik pautan untuk iklan jawatan dan borang permohonan jawatan tersebut.

IKLAN JAWATAN KOSONG
https://shorturl.at/yCuPG

BORANG JAWATAN KOSONG
https://shorturl.at/Dn7MJ

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐ ๐’๐„๐๐”๐“๐‡๐€๐‘๐†๐€PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN PEJABAT DAN LANDSKAP DI BANGUNAN NUSAJAYA CENTRE, PERSIARA...
03/08/2026

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐ ๐’๐„๐๐”๐“๐‡๐€๐‘๐†๐€

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN PEJABAT DAN LANDSKAP DI BANGUNAN NUSAJAYA CENTRE, PERSIARAN LEDANG HEIGHTS, ISKANDAR PUTERI BAGI TEMPOH 24 BULAN (2026 โ€“ 2028)

MEMPERKUKUH ASPIRASI, MEMPERKASA WARGA, MELAKAR KECEMERLANGANPerbadanan Taman Negara Johor telah menganjurkan Perhimpuna...
03/08/2026

MEMPERKUKUH ASPIRASI, MEMPERKASA WARGA, MELAKAR KECEMERLANGAN

Perbadanan Taman Negara Johor telah menganjurkan Perhimpunan Bersama Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor Siri 2 Tahun 2026 yang menghimpunkan seluruh warga PTNJ dari ibu pejabat dan taman-taman negara Johor sebagai wadah memperkukuh penyampaian aspirasi organisasi, menyemai semangat kebersamaan serta mempererat hubungan antara pengurusan dan warga kerja.

Majlis diteruskan dengan Amanat Pengarah PTNJ, Yang Berusaha Tuan Sufian bin Suleiman, yang menekankan kepentingan budaya kerja berprestasi tinggi, integriti, profesionalisme dan semangat sepasukan dalam memastikan PTNJ terus menjadi peneraju pengurusan kawasan perlindungan serta pemuliharaan khazanah biodiversiti Negeri Johor.

Program turut diisi dengan Taklimat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang disampaikan oleh Cik Norzalikah binti Mohamad Zarani, yang memberikan penerangan mengenai perlindungan keselamatan sosial, faedah-faedah PERKESO serta pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan warga kerja.

Bagi menyemarakkan semangat kebersamaan, program diteruskan dengan Johor National Park Sports Day menerusi pertandingan ping pong yang berjaya memupuk semangat kesukanan, memperkukuh silaturahim serta menggalakkan budaya hidup sihat dalam kalangan warga PTNJ.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga PTNJ serta pihak Perkeso Johor atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga segala amanat, ilmu yang dikongsikan dan semangat kebersamaan yang terjalin menjadi pemangkin kepada kecemerlangan organisasi dalam memelihara dan memulihara warisan alam semula jadi Negeri Johor demi manfaat generasi masa hadapan.

Address

PERBADANAN TAMAN NEGARA JOHOR NUSAJAYA CENTER, NO. 8 PERSIARAN LEDANG HEIGHTS, ISKANDAR PUTERI DARUL TA'ZIM
Johor Bahru
79250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60137440961

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Johor National Parks posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Johor National Parks:

Shortcuts

Share

Category