Balai Bomba & Penyelamat Larkin, Johor Bahru

Balai Bomba & Penyelamat Larkin, Johor Bahru Balai Bomba & Penyelamat Larkin merupakan balai bomba kategori A yang terletak di Jalan Tun Abd Razak.

14/08/2026
"LATIHAN MALAM : SESSI PEMBELAJARAN SISTEM KEBOMBAAN DI PREMIS RTS DAN BRISKWALK DI LALUAN RTS LINK"14hb Ogos - Telah be...
13/08/2026

"LATIHAN MALAM : SESSI PEMBELAJARAN SISTEM KEBOMBAAN DI PREMIS RTS DAN BRISKWALK DI LALUAN RTS LINK"

14hb Ogos - Telah berlangsung Latihan Malam : Sessi Pembelajaran Sistem Kebombaan di Premis RTS dan Briskwalk sepanjang laluan RTS Link dari Depoh RTS Wadihana sehingga P47. Latihan dimulakan oleh sessi taklimat dari wakil RTSO (Safety dan Security) iaitu En Saravan dna En Amirul kepada Pegawai Bomba yang hadir. Selepas itu, Pegawai Bomba seramai 47 orang yang diketuai oleh PPjB Muhammad Al-Mustakim bin Abdul Hady, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Johor, turut diberikan Taklimat Keselamatan di sepanjang laluan RTS Link sebelum membuat Briskwalk dari Depoh RTS Wadihana sehingga P47.
Perjalanan yang bermula awal jam 01.00 pagi dan berakhir sekitar jam 03.30 pagi.

Perjalanan sejauh 6km berulang alik di ketinggian 35 meter ini, turut dihadiri Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Penolong Pengarah Bahagian Kejuruteraan, Ketua Zon, Pegawai Kanan Ibu Pejabat, Zon 1, Ketua2 Balai Zon 1 termasuk Ketua Balai BBP Larkin, TPgB I Haji Mohd Suhaimi bin Abdul Jamal dan Pegawai BBP Larkin.

09/08/2026

"TAMAN MERDEKA MENJADI PILIHAN PASUKAN CHARLIE UTK LATIHAN KECERGASAN"

9hb Ogos 2026 - Walaupun Cuaca sekarang agak membahang, ianya tidak menghalang, anggota dari Pasukan Charlie untuk meneruskan Latihan kecergasan. Dengan memakai pakaian penuh operasi Pemadaman, kesemua ahli Pasukan Charlie BBP Larkin memberikan komitmen yang terbaik dalam menjalankan latihan tersebut. Kebetulan rezeki Pasukan turut berjumpa dengan Penolong Pengarah Bahagian Operasi (PPON) , JBPM Negeri Johor, PgKB I Muhammad Tarmizi bin Md Jaafar yang bersama isteri beliau, turut melakukan aktiviti riadah di TAMAN Merdeka, Johor. Pasukan mendapat kata - kata semangat dan panduan drpd PPON dan terus memberikan yang terbaik di dalam Latihan Kecergasan ini.

08/08/2026

"PROGRAM BOMBA KOMUNITI PENDUDUK TAMAN AMIRA BERSAMA BBP LARKIN"

8hb Ogos 2026 - Telah berlangsung Program Bomba Komuniti bagi Penduduk Taman Amira bersama dengan Pegawai Bomba BBP Larkin. Di dalam program ini, setiap pendudul telah menjalankan aktiviti seperti berikut :-
1. Taklimat Keselamatan Kebakaran.
2. Pemadaman Api menggunakan Alat Pemadam Api.
3. Pemadaman Api Gas / Api Dapur.
4. Tatacara Penjagaan Pili Bomba.
5. Daftar Ahli Bomba Komuniti dan Teman Pili Bomba.

"JANGAN BERTINDAK MELULU, KETAHUI CARA SEBENAR MENYELAMAT MANGSA YANG TERKENA RENJATAN ELEKTRIK"Berikut merupakan antara...
06/08/2026

"JANGAN BERTINDAK MELULU, KETAHUI CARA SEBENAR MENYELAMAT MANGSA YANG TERKENA RENJATAN ELEKTRIK"

Berikut merupakan antara beberapa panduan yang boleh digunakan untuk menyelamatkan mangsa yang terkena renjatan elektrik. JANGAN BERTINDAK MELULU. Tenangkan diri dan persiapkan apa yang sepatutnya sebelum menyelamatkan orang yang terkena renjatan. Ingat!!! Bertindak dengan pantas dan betul dapat menyelamatkan nyawa.

TPgB I Haji Mohd Suhaimi bin Abdul Jamal, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin dan seluruh warga kerja BBP Larkin menyampaikan Salam Takziah kepada ahli keluarga 3 Anggota Polis yang telah terkorban akibat renjatan elektrik di Jalan Weston, Kampung Weston, Sabah.

"KERJASAMA DAN UKWAH ANTARA POLIS BANTUAN JCORP DAN BBP LARKIN DITERUSKAN DENGAN LATIHAN KEBAKARAN DAN KEJUTAN HARI LAHI...
06/08/2026

"KERJASAMA DAN UKWAH ANTARA POLIS BANTUAN JCORP DAN BBP LARKIN DITERUSKAN DENGAN LATIHAN KEBAKARAN DAN KEJUTAN HARI LAHIR"

6hb Ogos 2026 - Bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Larkin telah berlangsung Program Lawatan Sambil Belajar Polis Bantuan Johor Corporation (PB JCorp). Program ini merupakan program lawatan sambil belajar PB JCorp yang julung kali diadakan. Program bukan hanya utk meningkatkan ukhwah serta jalinan kerjasama di antara PB JCorp dan BBP Larkin. Mereka yang hadir telah diberikan :-
1. Taklimat Keselamatan Kebakaran oleh PBT II Mohamad Nazaruddin bin Ahmad Zainuddin, Ketua Pasukan Operasi BBP Larkin.
2. Tatacara Penggunaan Alat Pemadam Api.
3. Simulasi Kebakaran Kenderaan.
4. Simulasi Kebakaran Bilik.

Program ini kemudiannya diteruskan dengan kejutan Sambutan Hari Lahir Sub Inspektor Zamirambia Bin Hassan, PB JCorp, merangkap Pengurus bagi Program ini. Beliau dikejutkan dengan menyiram anggota Polis Bantuan dan dalam masa yang sama turut disiram oleh Team BBP Larkin. Selepas itu PB JCorp bersama Pegawai Bomba Larkin menyanbut dengan potongan Kek serta nyanyian lagu Selamat Ulangtahun Kelahiran.
Secara keseluruhan kesemua yang terlibat memberikan komitmen yang terbaik dan berpuashati dengan semua aktiviti yang dijalankan. In shaa allah, pada masa akan datang, beberapa siri akan dijalankan utk PB JCorp utk meningkatkan lagi kemahiran serta ukhwah bersama BBP Larkin dan JBPM Negeri Johor.

"PELAJAR DAN PENSYARAH NMUC MENERUSKAN LATIHAN KESELAMATAN DAN ASAS PENYELAMATAN BAGI TAHUN KEDUA"5hb Ogos 2026 - Bertem...
05/08/2026

"PELAJAR DAN PENSYARAH NMUC MENERUSKAN LATIHAN KESELAMATAN DAN ASAS PENYELAMATAN BAGI TAHUN KEDUA"

5hb Ogos 2026 - Bertempat di Rumah STINC, BBP Larkin, telah berlangsung Kursus Keselamatan Kebakaran dan Asas Penyelamatan bagi pelajar dan Pensyarah Netherlands Maritime University College (NMUC), Johor Bahru. Dengan kehadiran 25 orang pelajar dan 5 orang pensyarah mereka didedahkan dengan aktiviti :-
1. Taklimat Keselamatan Kebakaran.
2. Tatacara Penggunaan Alat Pemadam Api
3. Simulasi Kebakaran Kenderaan
4. Simulasi Kebakaran Bilik
5. Simulasi BA Gallery dan Sewer.
6. Tatacara mengangkat Mangsa
7. Asas Bantuan Kecemasan Awal (Basic First Aider)
8. Asas CPR.

Secara keseluruhan kesemua yang terlibat memberikan komitmen yang terbaik dan berpuashati dengan semua aktiviti yang dijalankan. In shaa allah, di masa akan datang Pihak NMUC akan bersama lagi utk membawa pelajar semester baru untuk menjalani latihan sebegini.

"35 PEGAWAI DAN PENSYARAH IPG JOHOR BAHRU MENDALAMI ILMU KEBOMBAAN DAN PENYELAMATAN"3hb Ogos 2026 - Bertempat di Rumah S...
03/08/2026

"35 PEGAWAI DAN PENSYARAH IPG JOHOR BAHRU MENDALAMI ILMU KEBOMBAAN DAN PENYELAMATAN"

3hb Ogos 2026 - Bertempat di Rumah STINC, BBP Larkin telah berjalan Kursus Keselamatan Kebakaran dan Asas Pertolongan Cemas Siri 1/2026 bagi Kakitangan dan Pensyarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Seramai 35 peserta yang terlibat di dalam kursus ini telah diberikan pendedahan berkaitan :-
1. Taklimat Keselamatan Kebakaran
2. Praktikal Tatacara Penggunaan Alat Pemadam Api.
3. Simulasi Kebakaran Kenderaan
4. Simulasi Kebakaran Api Bilik.
5. Asas Pertolongan Cemas.
6. Asas Bantuan Kecemasan Pernafasan - CPR
7. Simulasi BA Gallery dan Sewer.

Secara keseluruhan kesemua yang terlibat memberikan komitmen yang terbaik dan berpuashati dengan semua aktiviti yang dijalankan. In shaa allah akan datang, beberapa siri akan dijalankan lagi utk mereka yg lain yanh ada di IPG sama ada di Kampus Temenggong Ibrahim sendiri atau yg berada di luar Johor Bahru.

"12 PEGAWAI BOMBA TERMASUK KETUA BALAI BBP LARKIN MEWAKILI JBPM NEGERI JOHOR KE SUKBOM 2026"3hb Ogos 2026 - Telah berlan...
03/08/2026

"12 PEGAWAI BOMBA TERMASUK KETUA BALAI BBP LARKIN MEWAKILI JBPM NEGERI JOHOR KE SUKBOM 2026"

3hb Ogos 2026 - Telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera utk Kontigen JBPM Negeri Johor utk SUKBOM (Sukan Bomba) 2026. Utk kejohanan yg berlangsung bermula 4hb hingga 10hb Ogos nanti, seramai 12 orang Pegawai Bomba BBP Larkin termasuk Ketua Balai, TPgB I Haji Mohd Suhaimi bin Abdul Jamal mewakili pelbagai acara. Antaranya Olahraga, Dart, Tenpin Bowling dan juga sebagai fisioterapi.

Selepas Majlis, Ketua Balai turut menyampaikan amanat serta nasihat kepada semua atlet yg bertanding. Beliau juga turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada yg terlibat. Didoakan agar mereka yg mewakili JBPM Negeri Johor akan beroleh kejayaan dan dipermudahkan segala urusan.

Address

Jalan Tun Abd Razak
Johor Bahru
80350

Telephone

+6072243444

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba & Penyelamat Larkin, Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category