UMNO Pulai

UMNO Pulai UMNO BAHAGIAN PULAI, JOHOR BAHRU
Wadah Perjuangan, Demi Agama, Bangsa dan Negara Sebuah Perjuangan

PERSIDANGAN PERWAKILAN MIC BAHAGIAN PULAI KE-33 πŸ‡²πŸ‡ΎYB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang Di-Pert...
24/08/2026

PERSIDANGAN PERWAKILAN MIC BAHAGIAN PULAI KE-33 πŸ‡²πŸ‡Ύ

YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara merangkap Ketua UMNO Bahagian Pulai telah merasmikan Persidangan Perwakilan MIC Bahagian Pulai ke-33, bersempena Sambutan Ulang Tahun MIC ke-80 yang berlangsung di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Johor Bahru

Turut hadir bersama ialah Datuk Wira Sheikh Ahmad Nafiq bin Sheikh A. Rahman, Naib Ketua UMNO Bahagian Pulai merangkap Ahli Majlis MBJB.

Tahniah kepada seluruh Ahli-Ahli MIC atas 80 tahun perjuangan dan khidmat kepada masyarakat. Semoga hubungan erat UMNO-MIC terus diperkukuh demi perpaduan dan kepentingan rakyat.

Selamat Ulang Tahun ke-80 MIC!

Datuk Wira Sheikh Ahmad Nafiq bin Sheikh A. Rahman, Ahli Majlis MBJB Zon Bandar serta YBhg. Dato’ Haji Abd Rashid Kasman...
12/08/2026

Datuk Wira Sheikh Ahmad Nafiq bin Sheikh A. Rahman, Ahli Majlis MBJB Zon Bandar serta YBhg. Dato’ Haji Abd Rashid Kasman, Ahli Majlis MBJB, turut bersama mengiringi lawatan kerja YB Pannir Selvam, Exco Perpaduan, Kebudayaan & Warisan bersama YB Dato’ Sr. Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru ke tapak landskap mercu tanda 0KM Johor Bahru.

Wajah baharu Kilometer Sifar JB kini tampil lebih moden, kemas dan menarik, sekali gus memberikan suasana yang lebih selesa kepada warga Johor serta para pelancong yang berkunjung.

Hasil kerja yang dilaksanakan juga amat membanggakan, dengan reka bentuk landskap yang kemas dan cantik, serta berjaya menyerlahkan identiti Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya yang moden, berdaya tarikan dan mempunyai nilai tersendiri.

Semoga pembaharuan ini terus memperkukuh imej Johor Bahru sebagai antara destinasi pelancongan dan mercu tanda penting di negeri Johor.

Memikul tanggungjawab bersama komuniti merupakan antara usaha berterusan dalam memastikan kebajikan dan keperluan masyar...
11/08/2026

Memikul tanggungjawab bersama komuniti merupakan antara usaha berterusan dalam memastikan kebajikan dan keperluan masyarakat sentiasa diberi perhatian.

Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg Dato' Haji Abd Rashid Kasman, mewakili ADUN Perling merangkap Setiausaha Eksekutif Yayasan Penyayang MBIP, bersama Ahli Majlis MBIP Zon 24 Perling.

Pertemuan bersama masyarakat setempat menjadi ruang untuk mendengar pandangan, memahami keperluan serta melihat sendiri isu-isu yang dekat dengan kehidupan rakyat.

UMNO Pulai akan terus bersama masyarakat dan memperkukuhkan kerjasama dengan semua pihak demi kesejahteraan komuniti.

Bersama Rakyat, Demi Rakyat. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€πŸ»

26 Julai 2026 - Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai Kali Ke-39 Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat, ...
06/08/2026

26 Julai 2026 - Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai Kali Ke-39 Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat, mencerminkan kesatuan, iltizam dan komitmen seluruh kepimpinan serta ahli-ahli UMNO Bahagian Pulai dalam memperkukuhkan perjuangan parti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed selaku Ketua UMNO Bahagian Pulai yang telah menyempurnakan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai Kali Ke-39 Tahun 2026. Penghargaan juga dirakamkan kepada seluruh barisan kepimpinan bahagian yang terus memimpin serta memperkukuh semangat perjuangan dan kebersamaan dalam kalangan ahli.

Terima kasih kepada semua perwakilan, barisan sayap parti, para jemputan dan petugas yang telah menjayakan mesyuarat ini. Semoga segala pandangan, usul dan keputusan yang dibincangkan menjadi pemangkin untuk terus memperkukuhkan UMNO serta memperjuangkan kebajikan rakyat.

Bersatu, Berkhidmat, Berbakti.


π‹πšπ°πšπ­πšπ§ π˜π€π 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐒 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐉𝐨𝐑𝐨𝐫 𝐀𝐞 π’π‰πŠπ“ π‰πšπ₯𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐑𝐲𝐚 π€π°πšπ₯JOHOR BAHRU, 6 Ogos – YBhg. Dato’ Haji Abd Rashid bin Kasman, Ah...
06/08/2026

π‹πšπ°πšπ­πšπ§ π˜π€π 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐒 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐉𝐨𝐑𝐨𝐫 𝐀𝐞 π’π‰πŠπ“ π‰πšπ₯𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐑𝐲𝐚 π€π°πšπ₯

JOHOR BAHRU, 6 Ogos – YBhg. Dato’ Haji Abd Rashid bin Kasman, Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), hadir mengiringi YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, dalam lawatan kerja ke SJKT Jalan Yahya Awal pagi tadi.

Kehadiran YAB Menteri Besar turut memberi ruang kepada pihak sekolah untuk berkongsi pandangan dan cadangan berhubung aspek pembangunan serta penambahbaikan infrastruktur, sejajar dengan usaha Kerajaan Negeri dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berkualiti untuk generasi akan datang.

Turut mengiringi lawatan tersebut ialah barisan pegawai kerajaan negeri serta pihak berkaitan. Lawatan ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri Johor terhadap pembangunan pendidikan dan kebajikan seluruh warga sekolah tanpa mengira latar belakang.

30/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami rakamkan kepada seluruh jentera UMNO Bahagian Pulai, Barisan Nasional, Pemuda, Wanita, Puteri, parti-parti komponen serta para sukarelawan yang telah bertungkus-lumus sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri.

Pengorbanan masa, tenaga dan keringat yang dicurahkan membuktikan semangat perjuangan serta kesetiaan yang tidak pernah luntur. Tidak dilupakan juga kepada seluruh ahli keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang Keluarga Pulai, memberikan doa, sokongan dan kekuatan kepada setiap jentera yang turun berjuang.

Alhamdulillah, segala usaha ini telah membuahkan hasil dengan kemenangan kedua-dua calon Barisan Nasional di DUN N.46 Perling dan DUN N.47 Kempas. Kemenangan ini adalah hasil kerja berpasukan, perpaduan serta keikhlasan setiap insan yang bersama-sama menggalas amanah.

Terima kasih kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada perjuangan ini. Marilah kita terus melangkah sebagai satu pasukan, mengukuhkan ukhuwah dan meneruskan khidmat bakti demi agama, bangsa, negeri dan rakyat.

Keluarga Pulai, kita menang bersama. πŸ’™

09/07/2026



07/07/2026

SEDUTAN 1: PODCAST PULAS BERSAMA AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO MERANGKAP KETUA UMNO BAHAGIAN PULAI, DATO' NUR JAZLAN MOHAMED




πŸ“’ JEMPUTAN KE PROGRAM JELAJAH ORANG JOHOR (JOJ) DUN PERLING 2026 πŸ“’Assalamualaikum WBT dan Salam Bangsa Johor.Seluruh war...
05/06/2026

πŸ“’ JEMPUTAN KE PROGRAM JELAJAH ORANG JOHOR (JOJ) DUN PERLING 2026 πŸ“’

Assalamualaikum WBT dan Salam Bangsa Johor.

Seluruh warga DUN Perling dijemput hadir memeriahkan Program Jelajah Orang Johor (JOJ) DUN Perling 2026 yang akan berlangsung pada:

πŸ—“ 06 Jun 2026 (Sabtu)

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sekeluarga antaranya:

βœ… Jualan Kasih Johor
βœ… Pameran Agensi Kerajaan
βœ… Pertandingan Sukan Rakyat & Bola Sepak 9 Sebelah
βœ… Ramah Mesra Bersama Penduduk
βœ… Pertandingan Memasak & Mewarna
βœ… Konvoi Ziarah Kasih
βœ… Ceramah Perdana
🎁 Cabutan Bertuah Menarik Menanti Anda!

🎀 Perasmian oleh:
YB Senator Datuk Nur Jazlan Bin Tan Sri Mohamed

Mari bersama-sama mengeratkan silaturahim, menyokong program komuniti dan menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan.

πŸ“ Lokasi-lokasi sekitar DUN Perling seperti yang tertera pada poster.

Jumpa anda pada 6 Jun nanti! Jangan lepaskan peluang membawa keluarga dan rakan-rakan bersama.

Address

Jalan Mata Kuching
Johor Bahru
81200

Telephone

+6072321405

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMNO Pulai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share