31/08/2026
ALPH TURUN PADANG, SANTUNI PENDERMA DARAH SEMPENA KEMPEN SARONG MERDEKA
JOHOR BAHRU, 31 Ogos 2026 – Pengerusi bersama barisan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sultan Ismail Johor Bahru (ALPH), diketuai oleh Encik Fauzi bin Rohani, hari ini turun padang menyantuni para penderma darah sempena Kempen Derma Darah Sarong Merdeka anjuran Unit Perubatan Transfusi / Blood Seekers HSIJB.
Turut bersama ialah Pakar Perubatan Transfusi HSIJB, Dr Sharmila Manian yang meluangkan masa beramah mesra dan menyantuni para penderma yang hadir.
Dalam suasana santai dan penuh semangat patriotik, barisan ALPH turut menyampaikan cenderahati eksklusif sempena Merdeka kepada para penderma sebagai tanda penghargaan atas kesudian mereka menyumbang darah demi membantu pesakit yang memerlukan.
Kehadiran ALPH mencerminkan sokongan berterusan terhadap usaha Unit Perubatan Transfusi HSIJB dalam memperkasakan budaya derma darah serta menghargai jasa para penderma yang menjadi nadi kepada kelangsungan bekalan darah hospital.
Sarong bergaya, Merdeka diraikan, penderma darah terus disanjung! 🇲🇾