07/12/2022
AGENDA AWANI: KOS SARA HIDUP, APA โPLANโ MENTERI
Datuk Seri Salahuddin bin Ayub telah ditemubual di rancangan Agenda Awani mengupas isu Kos Sara Hidup yang menjadi agenda utama kepimpinan kerajaan baharu yang dilantik.
YB Menteri memperincikan kos sara hidup, adalah tentang perbelanjaan tetap bulanan yang bersifat hangus. Ia bermaksud perbelanjaan yang perlu dilakukan oleh isi rumah sebagai contoh, pembiayaan rumah, kenderaan serta makanan. Kedua; sumber pendapatan atau pembiayaan perbelanjaan hangus tersebut samada melalui sumber gaji, pendapatan lain seperti dividen, komisen dan sebagainya.
Kedua-dua perkara ini penting kerana yang pertamanya dari segi penawaran, iaitu jualan barangan dan perkhidmatan oleh pihak lain serta dari segi permintaan iaitu, perolehan keperluan oleh pengguna atau rakyat yang perlu dibayar terutamanya melalui gaji perlulah seimbang. Sekiranya keseimbangan ini tidak dicapai maka bermulalah episod keluhan, kerisauan serta tekanan yang dihadapi oleh rakyat terutamanya mereka yang berada dalam kategori berpendapatan rendah.
Dalam temubual tersebut, YB Menteri menjelaskan cadangan kepada penyelesaian isu kos sara hidup memerlukan keterlibatan semua kementerian. Sebagai contoh, cadangan berkenaan dengan harga dua peringkat (2-tiered pricing) termasuk polisi dan mekanisma pelaksanaan. Pemain industri bersedia menimbangkan pelaksanaan 2-tiered pricing dan ini akan diperincikan sehingga semua aspek diambil kira.
Kementerian ini juga akan meneliti rantaian bekalan bagi menjamin bekalan barangan keperluan mencukupi dan dijual pada harga yang berpatutan.