SSD JOHOR

SSD JOHOR Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SSD JOHOR, JABATAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN, TINGKAT 8, WISMA TNB Jalan YAHYA AWAL, Johor Bahru.

JOB ALERT‼️‼️MOHON SEGERAPEMBANTU KESELAMATAN (KONSTABLE POLIS BANTUAN)SYARAT KELAYAKAN• Warganegara Malaysia, berumur 1...
14/11/2025

JOB ALERT‼️‼️
MOHON SEGERA

PEMBANTU KESELAMATAN (KONSTABLE POLIS BANTUAN)

SYARAT KELAYAKAN
• Warganegara Malaysia, berumur 18-26 tahun pada tarikh tutup iklan.
• Bukan warga kerja TNB atau Anak Syarikat TNB.
• Lulus SPM/SPMV dengan sekurang-kurangnya 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu & Sejarah, atau SVM (BM Gred C, CGPA Akademik ≥ 2.00, CGPA Vokasional ≥ 2.67, SKM Tahap 2).
• Ketinggian minima 168cm, berat minima 54kg, julat BMI 19-26, ukuran dada 81 cm (biasa) / 86cm (tarik nafas).
• Penglihatan baik tanpa cermin mata, tidak rabun warna, tiada sebarang kecacatan dan sihat tubuh badan.
• Tiada rekod jenayah dan tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
• Lesen memandu B2 & D (keutamaan kepada pemegang lesen).

TARIKH TUTUP: 23 November 2025
Maklumat lanjut serta permohonan, hanya melalui
jobs.tnb.com.my

PRIHATIN PENGURUSAN SSD JOHOR 218 September 2025 | Muar – Tanda prihatin terhadap kebajikan anggota, Pengurusan Security...
23/09/2025

PRIHATIN PENGURUSAN SSD JOHOR 2

18 September 2025 | Muar – Tanda prihatin terhadap kebajikan anggota, Pengurusan Security Services Department (SSD) Johor 2 telah mengadakan Ziarah Kasih ke kediaman Sarjan/PB Md Zaini bin Seman @ Husin di Muar yang kini sedang menerima rawatan akibat masalah kesihatan slip disc. Lawatan ini diadakan bagi memberi sokongan moral daripada pihak pengurusan kepada anggota.

Dalam ziarah tersebut, turut berlangsung penyampaian watikah kenaikan gred kepada Kpl/PB Mohd Azam bin Rosli yang disampaikan oleh Sarjan/PB Md Zaini bin Seman @ Husin. Selain itu, KGN Johor 2 turut menyerahkan sumbangan daripada PERUNIKA kepada Sarjan/PB Md Zaini bin Seman@Husin sebagai tanda prihatin pihak persatuan terhadap kebajikan anggota.

Turut hadir dalam ziarah ini ialah KGN Johor 2 Tuan ASP/PB Rahmat bin Ghozi, Kpl/PB Mohd Azam bin Rosli, Konst/PB Moogaaneveran a/l Parkash serta Konst/PB Suhaimi bin Muhamad. Sikap prihatin ini diharap dapat memberi semangat kepada Sarjan/PB Md Zaini bin Seman @ Husin agar beliau cepat sembuh dan menjalankan tugas seperti biasa.

KEPRIHATINAN SSD JOHOR 1 TERHADAP KESELAMATAN AWAMJohor Bahru | 16 September 2025 - KGT bersama PUP Johor Bahru 1 yang d...
16/09/2025

KEPRIHATINAN SSD JOHOR 1 TERHADAP KESELAMATAN AWAM

Johor Bahru | 16 September 2025 - KGT bersama PUP Johor Bahru 1 yang diketuai oleh SM/PB Sithambranathan A/L Krishnan (Ketua Gerakan Tempatan Johor Bahru) serta diselia oleh KPL/PB Mohd Sahfian bin Abd Karim (Penyelia Unit Peronda Johor Bahru 1) telah melaksanakan satu tugasan kecemasan apabila terserempak dengan sebuah kenderaan yang mengalami kerosakan tayar di Lebuhraya Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), dalam perjalanan menuju ke Tanjung Kupang.

Insiden tersebut berlaku di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko samun, sekali gus menimbulkan kebimbangan kerana kenderaan berkenaan dinaiki oleh sebuah keluarga yang mempunyai anak kecil serta seorang isteri yang sarat mengandung. Situasi itu berpotensi mengancam keselamatan mereka sekiranya dibiarkan terlalu lama di lokasi kejadian.

Dengan kepantasan tindakan dan kecekapan pasukan, bantuan menukar tayar telah diberikan segera. Usaha ini bukan sahaja berjaya mengurangkan risiko bahaya yang mungkin menimpa, malah memberikan kelegaan dan rasa selamat kepada keluarga berkenaan.

Tindakan proaktif dan penuh tanggungjawab oleh SM/PB Sithambranathan A/L Krishnan serta KPL/PB Mohd Sahfian bin Abd Karim jelas memperlihatkan komitmen tinggi pasukan dalam memastikan keselamatan orang awam sentiasa menjadi keutamaan. Kejayaan ini juga menyerlahkan peranan penting PUP JB1 dalam memelihara ketenteraman pepasangan TNB dan keselamatan orang awam di jalan raya, khususnya di kawasan yang berisiko.

Taklimat Persediaan - Pemantapan kawalan keselamatan Sebelum AuditKulai | 07 September 2025 Pengawal Keselamatan Syarika...
09/09/2025

Taklimat Persediaan - Pemantapan kawalan keselamatan Sebelum Audit

Kulai | 07 September 2025

Pengawal Keselamatan Syarikat ZMZ Security diberi taklimat persediaan akhir sebelum masuk ke audit sebenar, oleh Ketua Gerakan Negeri (KGN) Johor Utara-Timur Tuan Rahmat Bin Ghozi. Fokus utama semua pengawal pastikan ikut prosedur 5T – Tahan, Tanya, Tengok, Tulis & Tentu.

Selain itu, ada juga penerangan tentang DER (Denied Entry Reports) oleh KGT Kulai supaya kawalan di pintu masuk lebih mantap. Uniform, disiplin & alatan tugas pun turut disemak supaya semuanya seragam dan kemas.

Menariknya, sesi kali ini turut dibantu oleh team SSD Kuala Lumpur bersama wakil dari SSD Kluang & SSD Pontian. Terima kasih atas sokongan dan perkongsian pengalaman yang sangat berguna buat semua pengawal kita!

POKOK TUMBANG ATAS TALIAN ELEKTRIK DAN HALANG JALAN, TINDAKAN PANTAS SSD PONTIAN ELAK RISIKO KEMALANGANPONTIAN, 5 SEPTEM...
09/09/2025

POKOK TUMBANG ATAS TALIAN ELEKTRIK DAN HALANG JALAN, TINDAKAN PANTAS SSD PONTIAN ELAK RISIKO KEMALANGAN

PONTIAN, 5 SEPTEMBER 2025 (JUMAAT)

Satu insiden pokok tumbang yang menghempap talian elektrik dan menghalang lalu lintas di Jalan Kukup berjaya ditangani hasil tindakan pantas anggota Security Services Department (SSD) Pontian.

Kejadian disedari ketika Rondaan Tambahan Malam dijalankan oleh Kpl/PB Mohamad Nor Iman bin Aladin bersama Habibun Nahar bin Hamin (Pelatih OJT). Kedua-dua anggota segera mengambil tindakan awal dengan menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Pontian serta TNB CareLine bagi mendapatkan bantuan susulan.

Beberapa minit kemudian, pasukan bomba tiba di lokasi dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan bagi memastikan laluan kembali selamat digunakan.

Tindakan pantas ini berjaya mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini serta memastikan keselamatan orang awam dan mengembalikan kelancaran trafik.

OPERASI IRINGAN KESELAMATAN TNB MERSING BERJAYA DILAKSANAKANMersing, 26 – 28 Ogos 2025Polis Bantuan TNB (SSD) Mersing te...
03/09/2025

OPERASI IRINGAN KESELAMATAN TNB MERSING BERJAYA DILAKSANAKAN

Mersing, 26 – 28 Ogos 2025

Polis Bantuan TNB (SSD) Mersing telah berjaya melaksanakan operasi iringan keselamatan bersama pasukan kerja TNB Mersing semasa tugasan bacaan meter di beberapa pulau sekitar daerah Mersing.

Operasi tiga hari ini diketuai oleh SJN/PB Mohd Hairul Nizam bin Ahmad dengan dibantu oleh KPL/PB Mohd Syahrill bin Mohd Isa. Turut serta ialah Ketua CCO Mersing, En. Mohd Khairul bin Ali, bersama lima anggota kerja pembaca jangka TNB.

Sebanyak 207 akaun pelanggan berjaya dilaksanakan meliputi Pulau Tinggi, Pulau Besar, Pulau Pemanggil, Pulau Aur dan Pulau Sibu.

Sepanjang operasi, pasukan berdepan pelbagai cabaran termasuk meredah hutan tebal dan berbukit, risiko binatang buas serta berbisa, dan keadaan laut bergelora akibat angin kencang. Walau bagaimanapun, tugasan dapat diselesaikan dengan selamat, teratur dan tanpa sebarang insiden tidak diingini hasil kawalan keselamatan Polis Bantuan TNB.

Di akhir operasi, Ketua CCO Mersing, En. Mohd Khairul bin Ali, menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Polis Bantuan TNB Mersing atas komitmen tinggi dalam memastikan keselamatan serta kelancaran operasi di lapangan.

PEMANTAPAN PROSEDUR KAWALAN AKSES & KESEDARAN KESELAMATANBatu Pahat, 25 Ogos 2025Satu sesi Latihan Dalam Perkhidmatan (L...
31/08/2025

PEMANTAPAN PROSEDUR KAWALAN AKSES & KESEDARAN KESELAMATAN

Batu Pahat, 25 Ogos 2025

Satu sesi Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bertajuk “Pemantapan Prosedur Kawalan Akses & Kesedaran Keselamatan” telah diadakan bagi meningkatkan tahap kefahaman dan profesionalisme dalam kalangan anggota keselamatan iaitu Polis Bantuan TNB dan Pengawal Keselamatan SKS.

Latihan ini memberi penekanan kepada kepentingan pematuhan prosedur kawalan akses serta kesedaran keselamatan dalam melaksanakan tugas seharian. Antara aspek yang disentuh termasuklah pemeriksaan identiti dan pas keselamatan, pengurusan rekod keluar/masuk, serta tindakan segera terhadap sebarang pelanggaran prosedur.

Selain itu, anggota keselamatan ini turut didedahkan dengan contoh-contoh ancaman dan risiko keselamatan yang berpotensi berlaku di kawasan kawalan. Penekanan khusus diberikan kepada tanda-tanda kejanggalan atau tingkah laku mencurigakan yang perlu segera dilaporkan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Dalam LDP ini juga, sesi penerangan mengenai HSERA (Health, Safety, Environment Risk Assessment) telah diadakan khusus kepada semua anggota keselamatan yang bertugas di premis/pepasangan TNB. Tujuan penerangan ini adalah untuk memberi kefahaman yang lebih jelas berhubung aspek kesihatan, keselamatan, alam sekitar dan penilaian risiko yang menjadi keutamaan TNB dalam setiap operasi.

LDP ini telah disampaikan oleh SM/PB Mohd Azha Bin Jaeszan (KGT Batu Pahat, SSD Johor 2 Utara/Timur) dan beliau berharap anggota keselamatan ini dapat memperkukuh peranan sebagai barisan hadapan keselamatan, meningkatkan tahap disiplin, dan memberi keyakinan kepada pihak pengurusan bahawa aspek keselamatan sentiasa terjamin.

28/08/2025

Mari saksikan video berkaitan Laporan Halangan Kemasukan ( Denied Entry Report)

Disediakan oleh :
Kpl/PB Mohamad Fahmi Bin Zahar

Disunting oleh :
ASP/PB Muhammad Fuad Bin Ruba’ai

SSD JOHOR SIAP SEDIA BERENTAP, SEMARAKKAN SUKAN TNB 2025Johor Bahru | 27 Ogos 2025 – Bahang Sukan TNB 2025 semakin teras...
27/08/2025

SSD JOHOR SIAP SEDIA BERENTAP, SEMARAKKAN SUKAN TNB 2025

Johor Bahru | 27 Ogos 2025 – Bahang Sukan TNB 2025 semakin terasa apabila atlet-atlet hebat dari Security Services Department (SSD) Johor kini bersiap sedia untuk turun ke gelanggang bagi mengharumkan nama negeri Johor.

Dengan semangat juang yang tinggi serta latihan rapi yang telah dijalankan, SSD Johor tampil penuh keyakinan untuk menyahut cabaran dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan. Kehadiran pasukan ini bukan sekadar membawa nama jabatan, malah membawa harapan dan doa seluruh warga Johor agar kejayaan dapat digenggam.

Penyertaan ini juga menjadi bukti komitmen SSD Johor dalam membudayakan gaya hidup sihat, semangat berpasukan dan nilai kesukanan yang utuh. Setiap peluh yang dicurah, setiap langkah yang diatur adalah demi sebuah kemenangan bermaruah.

Didoakan agar semua atlet SSD Johor dapat mempamerkan aksi terbaik, sekali gus mengangkat martabat Johor di persada sukan TNB.

Dengan penuh kebanggaan, SSD Johor mengangkat slogan rasmi:
“🔴🔵 Merah Biru Pasti Padu!” 💪🏼

OPS GEGO OPCN DAERAH MUAR13  OGOS 2025 | Muar Operasi pemotongan bekalan elektrik (OPS GEGO) ke atas pengguna OPCN telah...
26/08/2025

OPS GEGO OPCN DAERAH MUAR

13 OGOS 2025 | Muar

Operasi pemotongan bekalan elektrik (OPS GEGO) ke atas pengguna OPCN telah selesai dijalankan sekitar kawasan daerah Muar, Johor.

OPS GEGO OPCN ini disertai oleh anggota kerja TNB daerah Muar yang terdiri daripada 2 orang anggota kerja Unit Collection & Recovery ,2 orang anggota kerja Field Crew, 1 orang anggota kerja Fleet Management & 2 orang anggota kerja Security Services Department iaitu Konstabel/PB Suhaimi Bin Muhamad & Konstabel/ PB Moogaaneveran A/L Prakash

Wakil Security Services Department (SSD) TNB daerah Muar KPL/PB MOHD AZAM BIN ROSLI telah memberi taklimat ringkas tentang keselamatan bagi memastikan kelancaran operasi, keselamatan anggota kerja serta meminimakan sebarang risiko dan ancaman semasa operasi dijalankan.

Objektif operasi ini diadakan adalah untuk mendapatkan kutipan hutang yang melibatkan 26 akaun OPCN berjumlah RM113,576.77 Kutipan pada 14/8/25 setakat jam 1200 sebanyak RM40,854.05 dan % Kutipan adalah sebanyak 36%. Tujuan operasi ini juga diadakan untuk mengurangkan jumlah tunggakan bil elektrik dan seterusnya menyumbang ke arah memperteguhkan aliran wang tunai syarikat. OPS GEGO telah selesai dengan selamat dan tiada sebarang ancaman semasa operasi dijalankan

Address

JABATAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN, TINGKAT 8, WISMA TNB Jalan YAHYA AWAL
Johor Bahru
80100

Telephone

+6072192010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SSD JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share