RELA Daerah Johor Bahru

RELA Daerah Johor Bahru Portal ini dibangunkan dan dikawal selia oleh Unit Media RELA (UMR), Pejabat RELA Daerah Johor Bahru NOR EIZLAN BIN ZULKPLY
Pembantu Tadbir (Umum)

EN.

CARTA ORGANISASI PEJABAT RELA DAERAH JOHOR BAHRU :

PPjR MAISARAH BINTI HAMZAH
Pegawai RELA Daerah

PgR MUHAMMAD ZAINI BIN HUSSAIN
Penolong Pegawai RELA Daerah

PgR FAKHRUL HASLAM BIN YUSOF
Penolong Pegawai RELA Daerah (Latihan)

PgR AZIZI MUSSIDI NASIR
Penolong Pegawai RELA Daerah (Logistik)

-

PN. NUR HAMIZAH BINTI MOHAMAD THAMRIN
Pembantu Tadbir (P/O)

EN. OMAR BIN MOHD FADZLI
Pemandu


SEJA

RAH RELA :

Home Guard atau Pengawal Kampung ditubuhkan bertujuan untuk menjaga keselamatan setempat apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Ahli-ahlinya terdiri daripada sukarelawan masyarakat setempat. Pasukan Pengawal Kampung dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960. Tenaga sukarelawan ditubuhkan sekali lagi apabila negara menghadapai ancaman konfrontasi dengan Indonesia dari tahun 1963-1965. Pasukan Kawalan telah diwujudkan bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia. Pada waktu itu, Pasukan Kawalan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan kepada pasukan keselamatan tentang ancaman pihak Indonesia. Apabila tamat konfrontasi pada tahun 1965, ia telah dibubarkan. Pada 13 Mei 1969 telah berlaku pergaduhan antara kaum. Insiden yang berlaku telah menyedarkan pemimpin-pemimpin negara pada ketika itu tentang pentingnya diwujudkan satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri mencadangkan supaya pasukan sukarela berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan. Pada 11 Januari 1972, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan RELA di bawah Seksyen 2 Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964. Pasukan RELA dikawal di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 ( Peraturan-Peraturan Perlu Ikatan Relawan Rakyat ) Pindaan 2005. Petikan ucapan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad yang juga Menteri Dalam Negeri disambutan Hari RELA yang pertama di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 13 Januari 1990. "...The ACs, Home Guard and the Pasukan Kawalan have all since been abolished. But RELA continues to exist since its inception 18 years ago. It continued existence is proof of its role in helping to determine the security and defence of the country. RELA also signifies the goverment commitment to harness the people support through voluntary means, both during peace time or otherwise...". Pada 20 Mac 1999, YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menjadi Menteri Dalam Negeri telah mewujudkan Falsafah RELA yang baru. Falsafah ini mengandungi falsafah perjuangan RELA berasaskan lunas-lunas yang meliputi benteng ketiga pertahanan negara, pasukan sokongan berwibawa, tugas-tugas kebajikan serta ekonomi dan berdikari.

1999 : RELA memiliki bangunan sendiri untuk dijadikan pusat latihan dengan perasmian Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Sungai Udang, Melaka oleh YAB Datuk Seri Abdullah Badawi yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri.

2004 : RELA diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) apabila Kementerian Dalam Negeri dijadikan dua (2) kementerian, iaitu Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dan KHEDN.

2005 : RELA diberi kuasa khas di bawah Akta Darurat Tahun 1964 untuk melaksanakan operasi membenteras Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI)

2007 : RELA membuat penstrukturan semula secara besar-besaran, termasuklah dengan pengambilan pertama Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17 (Penolong Pegawai RELA Daerah) lantikan tetap. Penstrukturan semula ini melibatkan semua peringkat, iaitu di IPRM, negeri, daerah dan juga Pusat Latihan.

2008 : RELA diletakkan dibawah KDN apabila KKDN dan KHEDN bergabung dan diletakkan di bawah satu nama sebagai Kementerian Dalam Negeri (KDN)

2012 : RELA yang diberi kuasa khas di bawah Akta Darurat Tahun 1964 untuk melaksanakan operasi membenteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah dimansuhkan dan nama Ikatan Sukarelawan Rakyat Malaysia ditukarkan kepada Pasukan Sukarelawan Malaysia

2013 : RELA telah diumumkan Sebagai Jabatan Sukarelawan Malaysia oleh YB Dato' Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi di Dataran Kompleks D, Putrajaya bersempena Program Pelancaran Semarak Jalur Gemilang

Tahniah kepada semua penderma darah! ๐ŸฉธSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah tam...
03/08/2026

Tahniah kepada semua penderma darah! ๐Ÿฉธ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah tampil menyumbangkan darah dalam menjayakan program derma darah.

ยฉ ๐—จ๐— ๐—ฅ | ๐—ก๐—˜๐—ญ

31/07/2026
31/07/2026
31/07/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 2026

Hari ini kita menzahirkan penghargaan dan penghormatan kepada seluruh wira negara yang telah berkorban demi mempertahankan kedaulatan, keamanan dan keselamatan Malaysia.

Terima kasih kepada semua anggota pasukan keselamatan dan para pahlawan negara, sama ada yang masih mengerah keringat, yang pernah mencurah bakti, mahupun yang telah gugur di bumi pertiwi. Jasa dan pengorbanan kalian akan sentiasa terpahat dalam lipatan sejarah serta sanubari rakyat Malaysia.

Ikhlas daripada YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha serta seluruh warga Kementerian Dalam Negeri.

31/07/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐‹๐€๐–๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Selamat Menyambut Hari Pahlawan kepada seluruh warga pasukan keselamatan yang telah dan sedang berbakti mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kesejahteraan negara.

Semoga semangat juang, keberanian serta pengorbanan para pahlawan negara terus menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan tanah air.

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan terus mendukung aspirasi keselamatan awam dalam memelihara keamanan, keharmonian dan kesejahteraan negara.

Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2026.







๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐”๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐๐„๐๐”๐†๐€๐’๐€๐ ๐“๐„๐“๐€๐ , 30 Julai 2026 - Tinjauan penugasan telah dilaksanakan pada malam ta...
30/07/2026

๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐”๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐๐„๐๐”๐†๐€๐’๐€๐ ๐“๐„๐“๐€๐

, 30 Julai 2026 - Tinjauan penugasan telah dilaksanakan pada malam tadi oleh Timbalan Pegawai RELA Daerah Johor Bahru, PPgKR Mohd Ezzehamshah bin Kamian bersama Penolong Pegawai RELA Daerah Johor Bahru, PPgKR Zakry bin Miswan di beberapa lokasi penugasan, iaitu:

i) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Johor
ii) Anjung Singgah YKN

Semasa sesi pemantauan, pegawai bertugas telah melaksanakan semakan terhadap dokumen dan rekod berkaitan penugasan anggota. Antara perkara yang diperiksa adalah buku rekod penugasan bagi memastikan catatan tugas dibuat dengan lengkap dan teratur, rekod kehadiran (punch card) bagi mengesahkan kehadiran anggota serta tahap pematuhan anggota terhadap arahan dan prosedur yang ditetapkan sepanjang menjalankan tugasan.






ยฉ ๐—จ๐— ๐—ฅ | ๐—ก๐—˜๐—ญ

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐”๐€๐ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐ˆ๐๐‘๐€๐‡๐ˆ๐Œ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ (๐๐ˆ๐’) ,30 Julai 2026 โ€“ Kelas mingguan Briged RELA Siswa Siswi (R...
30/07/2026

๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐”๐€๐ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ ๐‘๐„๐‹๐€๐’๐ˆ๐’ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐“๐„๐Š๐๐ˆ๐Š ๐ˆ๐๐‘๐€๐‡๐ˆ๐Œ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ (๐๐ˆ๐’)

,30 Julai 2026 โ€“ Kelas mingguan Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) telah diadakan di Bilik JKE, Politeknik Ibrahim Sultan. Antara slot pembelajaran yang telah disampaikan sepanjang kelas adalah:

โ€ข Kepimpinan Dalam Organisasi (KKPR)
โ€ข Pengurusan dan Pengendalian Mesyuarat
โ€ข Penyaluran Maklumat

Slot-slot pembelajaran ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan aspek kepimpinan, tatacara pengurusan mesyuarat yang berkesan serta kaedah penyampaian dan penyaluran maklumat secara tersusun dalam organisasi.





ยฉ ๐—จ๐— ๐—ฅ | ๐—ก๐—˜๐—ญ

Terima kasih! , 28 Julai 2026 - Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang te...
28/07/2026

Terima kasih!

, 28 Julai 2026 - Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan Program Bakti RELA.

Melalui program ini, sebanyak 400 set bekalan keperluan harian telah berjaya diserahkan kepada tujuh buah pertubuhan kebajikan yang menempatkan anak-anak yatim, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di sekitar Johor Bahru.
Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan menjadi amal kebajikan serta memberi manfaat kepada semua penerima.






ยฉ ๐—จ๐— ๐—ฅ | ๐—ก๐—˜๐—ญ

28/07/2026

SEMAK MULE CCID ๐Ÿ”
Sebelum membuat transaksi, luangkan sedikit masa untuk semak dahulu. Langkah ini dapat membantu anda mengurangkan risiko daripada menjadi mangsa penipuan.

๐Ÿ’ป Semak nombor akaun bank atau nombor telefon yang pernah dikaitkan dengan laporan jenayah komersial melalui portal rasmi PDRM:
๐Ÿ‘‰ https://semakmule.rmp.gov.my

Sebagai pengguna yang bijak, mari kita sama-sama tingkatkan kewaspadaan dan banteras jenayah penipuan demi keselamatan masyarakat. Jangan ambil ringan perkara ini!

๐Ÿ”’ Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1๏ธโƒฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโƒฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโƒฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

๐Ÿšจ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
๐Ÿ“ž Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐Ÿ“ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Address

Pegawai RELA Daerah Johor Bahru. Kompleks KDN, Setia Tropika, Kempas
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072351840

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RELA Daerah Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RELA Daerah Johor Bahru:

Shortcuts

Share