Southern Brothers Club

Southern Brothers Club Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Southern Brothers Club, Social service, Johor Bahru.

Southern Brothers Fundamental Rights and Welfare Associations, Better known locally as Southern Brothers (SBC) is a human rights and welfare non-governmental organization (NGO) that works on foundamental human rights and welfare issues in Malaysia.

"Dharmathin vazhvu thanai soodhu kavvum" "Dharmam marubadi vellum"KENYATAAN kami dimulakan dgn literasi tamil sanatana d...
28/02/2026

"Dharmathin vazhvu thanai soodhu kavvum" "Dharmam marubadi vellum"

KENYATAAN kami dimulakan dgn literasi tamil sanatana dharma diatas yg membawa maksud
"Cara hidup yang berlandaskan dharma tidak mudah, ia akan menghadapi kesulitan dan diuji." "Namun dharma akan pasti kembali menang setelah diuji."

Ungkapan ini adalah selaras dgn situasi isu semasa berkenaan sasaran buli institusi keagamaan iaitu Rumah Ibadat Bukan Islam yg secara khususnya menyasarkan institusi keagamaan Hindu berikutan masalah pertikaian tanah dan sebagainya sehingga ada pihak melabelkan institusi keagamaan rumah ibadat dengan istilah Haram, pencuri, penceroboh, hina, jijik, gangsterism dan lebih teruk vigilism dan segala jenis istilah yg tidak wajar digunakan terhadap tempat suci agama masing masing.. Rujukan Seksyen 298A, Seksyen 427, Seksyen 504, Seksyen 295 kanun keseksaan dan di bawah akta hasutan.

Jauh kebelakang, negara ni pada awalnya adalah hindu buddha yg ramai sudah lupa.. b*k bukti bukti, structure kuil atau wat beserta fakta sejarah serta penemuan arca dan dewa ditemukan oleh pihak arkeologi.

tahun 1781 - Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi
bukti nyata yg boleh dilhat sampai sekrang sebuah rumah ibadat hindu yg berusia 245 tahun. Begitu juga B*k rumah ibadat seusia ni boleh dipetaka Dari utara ke selatan tanah air ni.

Tujuan kami perjelaskan ni adalah kerana ada pihak cuba membawa naratif extrimist dan mempersendakan apabila pihak rumah ibadat mempertahankan rumah ibadat yang telah wujud 30 50 70 walhal 100 tahun lalu tanpa memberi peluang kepada mereka utk membuktikan perkara tersebut.. Perbuatan mempersenda suatu isu yg melibatkan kepercayaan dan agama sesuatu etnik jelas akan menyebabkan kemarahan...

Bagi individu individu yg memainkan isu rumah ibadat ini dgn memperbandingkan masjid dan surau yg kebanyakannya didirikan secara sah, kami ajak kamu utk baca hingga abis kenyataan ini sebelum kamu nak buat andaian sendiri..

Pada era awal, kebanyakan masjid dan surau yang dibina secara tidak formal —iaitu secara haram.. ada yang didirikan atas tanah wakaf lisan, tanah individu tanpa pindah milik sah, malah ada yang berada di atas tanah kerajaan tanpa kelulusan bertulis. Keadaan ini berlaku dalam konteks masyarakat tradisional yang kurang penekanan terhadap dokumentasi rasmi.

Apabila Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) ditubuhkan di setiap negeri, fungsi kawal selia mula diperkemaskan. Banyak masjid dan surau yang sebelum itu tidak berdaftar atau tidak mempunyai status tanah yang jelas telah “Diputihkan” melalui proses pendaftaran dan pengiktirafan rasmi, Diambil alih pentadbiran dan pengurusannya oleh MAIN, Diselaraskan dari sudut jawatankuasa, kewangan dan penyelenggaraan dan Disahkan status wakafnya melalui dokumentasi yang sah.

Seterusnya, garis panduan baharu diperkenalkan. Pembinaan masjid atau surau memerlukan Kelulusan tanah dan status hak milik yang jelas, Pelan bangunan yang diluluskan PBT, Kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Pendaftaran rasmi, Berbilion ringgit diperuntukkan setiap tahun melalui bajet negeri dan persekutuan untuk pengurusan hal ehwal Islam ini termasuk elaun imam, penyelenggaraan masjid, pembangunan pendidikan agama dan pengurusan wakaf.

Hasilnya, kebanyakan masjid dan surau hari ini tidak lagi berdepan isu “pemilik haram” atau status tidak sah seperti dahulu. Namun, realitinya masih wujud kes terpencil pembinaan surau atau masjid tanpa kelulusan penuh, isu pertikaian tanah, wakaf lisan yang tidak didaftarkan, atau pertindihan kuasa antara pihak berkuasa agama dan pemilik tanah asal

Dalam sistem perancangan bandar moden, pemaju perumahan lazimnya diwajibkan menyediakan tapak untuk kegunaan Islam, khususnya surau atau masjid, sebagai sebahagian daripada syarat kelulusan pembangunan.

Ini menunjukkan bahawa agama rasmi Persekutuan diberi struktur institusi dan perancangan yang sistematik dengan adanya badan kawal selia, ada peruntukan kewangan besar, dan ada keperluan perancangan fizikal yang jelas.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia:
Islam ialah agama bagi Persekutuan (Perkara 3)
Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai
Prinsip kesamarataan di sisi undang-undang diperuntukkan dalam Perkara 8

Penegasan ini penting: hujahan ini bukan mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan atau hak istimewa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. Sebaliknya, ia menimbulkan persoalan dasar pentadbiran dan tadbir urus.

Jika agama Islam yang mempunyai:
Badan kawal selia rasmi di setiap negeri, Peruntukan kewangan besar, Kuasa statutori jelas, Keperluan rezab tanah dalam pembangunan pun masih berdepan isu pertikaian tanah, pendaftaran dan wakaf tidak sah maka dapat difahami bahawa agama lain yang Tiada majlis agama di bawah struktur kerajaan negeri dengan kuasa setara, Tiada peruntukan kewangan sebesar itu, Tiada kewajipan rezab khas dalam banyak skim pembangunan.. Institusi keagamaan selain islam ini Bergantung kepada persatuan berdaftar biasa lebih terdedah kepada masalah status tanah, pendaftaran rumah ibadat, dan konflik pemilikan.

Isu ini bukan semalaman. Ia berakar sejak puluhan tahun, merentas zaman kolonial, awal kemerdekaan, hingga era perancangan bandar moden.

Dalam kerangka perlembagaan, hak individu dan komuniti agama tidak boleh dinafikan. Jika wujud jurang struktur pentadbiran antara agama rasmi dengan agama lain sehingga menimbulkan kesan praktikal terhadap kebebasan beragama, maka ia wajar dibincangkan dari sudut dasar awam dan tadbir urus.

Perbahasan ini bukan untuk mencabar kedudukan Islam, tetapi untuk menilai sama ada sistem sedia ada benar-benar memastikan, Kebebasan beragama yang berfungsi secara praktikal, Kepastian undang-undang (legal certainty) terhadap rumah ibadat, Pengurangan konflik tanah dan pertikaian jangka panjang

Sebarang dakwaan bahawa wujud “pencabulan perlembagaan” memerlukan penelitian undang-undang yang mendalam serta tafsiran mahkamah. Namun dari sudut dasar awam, persoalan tentang keseragaman mekanisme kawal selia dan perlindungan hak agama lain adalah isu yang wajar dibincangkan secara matang, berfakta dan tanpa sentimen.

Isu ini akhirnya bukan soal siapa lebih berhak tetapi bagaimana memastikan kestabilan sosial, kepastian undang-undang dan keharmonian antara agama dapat dikekalkan dalam jangka panjang.

Di bawah kuasa legislatif biasa (Perkara 74 & Jadual Kesembilan), Parlimen atau Dewan Undangan Negeri boleh menggubal undang-undang untuk:

Menubuhkan badan berkanun
Mengawal selia institusi tertentu
Mengurus kepentingan awam

Ini bukan terhad kepada agama Islam sahaja.
Contoh dalam amalan:
Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) – walaupun bukan badan kerajaan, ia menunjukkan agama lain boleh berorganisasi..

Lembaga Wakaf Hindu Negeri Sembilan – contoh badan yang diwujudkan melalui undang-undang negeri untuk mengurus harta wakaf Hindu.

Ini membuktikan bahawa kerajaan negeri boleh menggubal undang-undang untuk mewujudkan badan pengurusan agama selain Islam jika ada kehendak politik dan dasar.

Tetapi persoalanya, kenapa tidak ditubuhkan secara menyeluruhnya?

Di Singapura walaupun majority berbangsa cina, ada majlis ugama islam Singapore dan beberapa agensi agama dibawah kerajaan.

Di Indonesia, ada kementerian agama republic Indonesia yg bertanggungjawab Mengurus Islam, Protestan, Katolik, Hindu, Buddha, Konghucu, Mengawal pendaftaran rumah ibadat Dan Mengurus pendidikan agama

Di india, walaupun india pro israel yg ramai rakyat malaysia kondem itu, negara itu mewujudkan Central Waqf Council bagi pentadbiran wakaf Islam dan berkenaan agama walaupun muslim adalah minority dinegara ni..

So tiba masanya negara kita juga menubuhkan secara rasmi Majlis Agama Selain islam bagi kawalselia agama agama lain di negara ini dengan wujudnya majlis ni maka tiada ada pihak boleh sewenangnya pertunggangkan isu agama lagi..

Bukti keberkesanan majlis agama islam dlm isu masjid surau tidak sah boleh dijadikan ukur aras bagi mewujudkan majlis agama bukan islam atau apa apa jua nama diberikan selagi ianya punyai kuasa statuari yg secukupnya.. Selagi tiada maka tidak akan ada solusinya... Dan extrimist serta individu akan bertindak vigilism pertunggangkan isu ini hingga keharmonian negara terjejas...

Ni bukan isu pencerobohan tapi startegic tersusun pihak extrimist bagi menunggang isu sensitive supaya mereka boleh memuaskan nafsu peribadi dan politik mereka...

Pihak kami tiada masalah sebarang perobohan secara sah ikut lunas undang2 bagi rumah ibadat yg didirikan atas tanah milik org lain secara tiba tiba maybe few years back, tapi its a big NO for perobohan rumah ibadat yg ada cultural history and identity.

But however, macam ungkapan awal tadi
Dharmathin vazhvu thanai soodhu kavvum" "Dharmam marubadi vellum"
Sanathana dharma - hindu dah survive dr awal manusia kenal diri hingga lah sekrang manusia yg menganggap dirinya adalah segalanya...

You can break a murthi, you can destroy the temple, BUT YOU CAN NEVER ENTIRELY DESTROY SANATANA DHARMA AS HINDUISM. we ara the people who see the god in everything, we bow to the earth, the sun, the water fire and the air. We see the divine in every living being. To truely destroy us, you would hv to destroy the very element of life, can you breathe without the air? Can you survive without the water? Or can you even exist without the nature that sustain you.. You can break anything that physical, but sanathana dharma is in every atom in this universe.. You CAN NEVER make us go away.. The worship just a gateway but the divine is everywhere

KENYATAAN MEDIAKami mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang pelajar yang telah memuat naik kandungan di Facebook beru...
26/02/2026

KENYATAAN MEDIA
Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang pelajar yang telah memuat naik kandungan di Facebook berunsurkan penghinaan terhadap agama Islam. Tindakan tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan keharmonian antara agama di negara ini.

Kami menyeru pihak berkuasa agar menjalankan siasatan secara telus dan mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang supaya menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya menghina, merendahkan atau mempermainkan agama atas apa jua motif termasuk kepentingan peribadi mahupun politik.

Namun begitu, dalam masa yang sama, kita juga perlu melihat isu ini secara menyeluruh dan adil. Apakah punca yang mendorong pelajar tersebut bertindak sedemikian?
Terdapat persepsi dalam kalangan masyarakat bahawa wujud tindakan bersifat “selective enforcement” oleh pihak berautoriti dalam isu-isu melibatkan sentimen agama. Kegagalan mengambil tindakan terhadap pihak tertentu yang didakwa menghina atau mempermainkan agama lain telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan ketidakpercayaan dalam kalangan rakyat.

Kami berpandangan bahawa sebarang bentuk penghinaan terhadap mana-mana agama sama ada Islam atau bukan Islam mesti ditangani secara konsisten dan adil tanpa mengira latar belakang pelaku. Keadilan yang dilihat tidak seimbang hanya akan menyuburkan kemarahan dan emosi yang akhirnya mencetuskan tindak balas yang tidak sihat. Pada hemahnya, kemungkinan pelajar tersebut bertindak sedemikian adalah kerana emosi dan kemarahan yg berpunca drpd tindakan sesetengah org islam sendiri ( selepas ni dikenali sebagai 4 sekawan) menyasarkan serta mempermainkan agama selain islam dinegara ini dan tiada sebarang tindakan diambil terhadap 4 sekawan tersebut walaupun beratusan laporan polis dibuat ditambahkan dgn kenyataan ahli politics dan kerajaan seolah olah menyokong individu tersebut.

Kerajaan dan pihak berautoriti perlu faham kumpulan 4 sekawan ini memainkan sentimen perkauman dan agama adalah kerana politik untuk menghasut rakyat membencikan kerajaan skrang dengan membawa naratif bahawa kerajaan ini seolah olah lemah dan gagal menjaga hak keistimewaan org melayu dan islam.. Realitynya mereka serta rakyat tahu keberkesanan kerajaan skrang...

Malangnya pihak kerajaan iaitu ahli politik sama ada sedar atau tidak seolah olah memihak kepada mereka ni..

1st, isu binaan rumah ibadat.. Isu ni kebanyakannya menyasar rumah ibadat agama Hindu yg dibina atas tanah kerajaan mahupun persendirian yg bukan milik rumah ibadat tersebut... kumpulan extrimist 4 sekawan mula
1. 1. melabelkan rumah ibadat ini dgn istilah ceroboh, haram, mencuri dan sebagainya...
1.2 mewujudkan dan mengumpul data secara tidak sah tanpa kebenaran berkenaan rumah ibadat dengan menyasarkan agama selain islam
1.3 mengeluarkan dan menyiarkan kenyataan2 berbaur hasutan, keji dan hina terhadap rumah ibadat serta menuduh rumah ibadat tersebut mencuri
1.4 mengkaitkan rumah ibadat dgn gejala negative seperti meminum arak, gangsterism memcuci wang haram dan sebagainya
1.5 bertindak sendirian meroboh rumah ibadat diwaktu malam tanpa permit perobohan pbt..

Apakah tindakan pihak kerajaan terhadap isu ini? Tiada, tapi kenyataan pmx menyalah pihak rumah ibadat adalah suatu yg tidak matang... Adalah sesuatu yg memalukan apabila pihak kerajaan, ahli politik mahupun PMX yg gelar dirinya MGR Yg membawa manifesto akan menyelesaikan isu rumah ibadat - tidak ambil peduli atau tidak tahu sejarah negara kita sendiri termasuk rumah ibadat yg telah wujud bukan semalaman tetapi semenjak era kolonial lagi..

Bagi memahami perkara ini, semua pihak perlu faham naratif 4 sekawan ini membawa isu ni seolah-olah tetiba b*k rumah ibadat terbina atas tanah org lain dan tanah milik kerajaan adalah suatu naratif yg bahaya malah akan mengamcam keamanan negara. Mereka bukan sahaja mencampuri hal ehwal agama lain tapi mereka juga mempertunggangkan isu ini utk menghina mencaci agama lain..

Pmx dan pihak kerajaan serta institusi diraja sedia maklum bahawa semenjak kemerdekaan beratusan rumah ibadat telah dirobohkan atas alasan pembangunan negara... Banyak isu melibatkan perobohan rumah ibadat ni menjadi perhatian dan sensasi.. Kenapa?

Kaum india yg majority beragama hindu, tidak ada masalah memindah suatu struktur binaan rumah ibadat sekiranya dilaksanakan dgn cara yg baik...

Kita sebagainya rakyat malaysia patut tahu identiti negara bangsa ni bukan terbina oleh satu bangsa saja tetapi hasil keringat semua bangsa... Oleh itu setiap identiti tu harus dihormati dan dilindungi.

Isu rumah ibadat yg diperhangatkan ni bukan suatu binaan yg baru tetapi telah wujud sekian lama sudah seiring dgn Kemajuan negara kita

Salah satu isu yang sering dipolemikkan kebelakangan ini ialah berkaitan pembinaan dan status rumah ibadat, khususnya rumah ibadat agama Hindu.

Perlu difahami bahawa banyak rumah ibadat masyarakat India, khususnya masyarakat Tamil Hindu, telah wujud sejak era kolonial lagi di kawasan ladang dan estet. Pada ketika itu, setiap kawasan ladang biasanya mempunyai kemudahan asas termasuk sekolah Tamil dan rumah ibadat yang dibina dengan kebenaran pihak pengurusan estet.

Sebahagian besar rumah ibadat kecil ini merupakan rumah ibadat Kula Theivam (dewa atau dewi pelindung keturunan dalam tradisi Tamil Hindu). Dalam tradisi ini, penghormatan kepada Kula Theivam adalah amalan turun-temurun dan mempunyai nilai spiritual yang sangat mendalam dalam struktur sosial serta kekeluargaan masyarakat tersebut.

Apabila kawasan estet dan ladang dibangunkan atau bertukar milik selepas era kolonial, banyak rumah ibadat ini kekal di lokasi asalnya. Ada yang dipindahkan secara teratur, namun ada juga yang terperangkap dalam isu pemilikan tanah akibat perubahan status tanah, pengenalan sistem Kanun Tanah dan pelan pembangunan moden.

Tanah tanah yg belum ada perancangan pembangunan masa tersebut dibiarkan dan kini dijual pada pihak ketiga dan ada yg ditukar status pemilikan... Bukti boleh dilihat dr kontex sekolah tamil, setiap kawasan sekolah tamil lama emg ada 3 hingga 4 buah rumah ibadat sekelilingnya... Sekolah tamil yg diambil alih oleh kementerian pelajaran pun ada yg masih bukan diatas tanah milik sekolah mahupun kementerian, then apa nasib rumah ibadat.

Kini Apabila integrasi kawasan bandar dan luar bandar dlm arus pembangunan ni, b*k rumah ibadat mula Kelihatan kerana penghapusan hutan estate dan ladang lama. Kumpulan 4 sekawan tadi mengambil kesempatan ini dgn membawa narafif yg salah berunsurkan provokatif serta extremsist dgn kenyataan seolah olah ianya ceroboh secara tetiba dan baru wujud... Apabila ada pihak termakan hasutan mereka ni maka lahirkan kebencian ant sesama kita sekaligus akan menunding jari pada pmx serta kerajaan supaya niat politik mereka tercapai.. Menjijikan apabila agama dan kaum dijadikan modal politik kumpulan 4 sekawan ini walaupun tanah air ni sudah nak menyambut merdeka ke 69..

Dalam undang-undang perancangan bandar, terdapat konsep,
“Lawful existing use” atau “existing non-conforming use”
bermaksud Sesuatu bangunan atau penggunaan tanah yang sah pada masa ia dimulakan Boleh diteruskan walaupun pelan pembangunan baharu tidak lagi membenarkan penggunaan tersebut.

Prinsip Natural Justice (Keadilan Asasi)Audi Alteram Partem ("Dengar pihak yang satu lagi") Perkara 7(1) Perlembagaan Persekutuan
Contoh Situasi:
Tahun 1965: Sebuah rumah ibadat dibina di ladang dengan kebenaran pengurusan estet (era kolonial).
Tahun 1980: Kawasan tersebut dizonkan semula sebagai zon komersial.
Tahun 2000: Pelan pembangunan baharu tidak lagi membenarkan rumah ibadat di situ.
Pihak berkuasa tidak boleh semata-mata menganggap pembinaan 1965 itu sebagai "salah" kerana undang-undang atau zon berubah kemudian.

Realitinya, isu ini bukan isu baharu dan bukan sesuatu yang muncul secara tiba-tiba. Ia adalah isu warisan sejarah yang kompleks dan memerlukan penyelesaian berhemah, bukan eksploitasi sentimen.

Pokoknya kalau ingin mendaulatkan undang-undang mulakan dr rumah setinggan serta pertanian haram kerana secara gambaran kasar keseluruhan pola kes di Malaysia berdasarkan contoh negeri yang tersedia, Pertanian haram menyumbang 90–93 %, Setinggan 2–5 % dan Rumah ibadat < 1 %.. Knp kumpulan extrimist 4 sekawan tak nak bersuara berkenaan setinggan dan pertanian haram,

Simple, sebab mereka x akan dpt liputan dan tak sesensasi berbanding memainkan isu sentimen perkauman dan agama. Sedar la wahai rakyat, buka mata buka minda jgn termakan dgn hasutan mereka ni, Perpaduan bukan sekadar slogan, tetapi asas kestabilan negara.

Kami menyeru semua pihak termasuk kerajaan, ahli politik dan rakyat agar:
1. Menghentikan eksploitasi isu agama untuk kepentingan politik.
2. Mengambil tindakan tegas terhadap sebarang penghinaan agama tanpa pilih kasih.
3. Menangani isu rumah ibadat secara berstruktur, berperikemanusiaan dan berpandukan sejarah sebenar negara.
4. Memelihara keharmonian antara agama sebagai tanggungjawab bersama.

Nilai perpaduan dan hormat-menghormati adalah warisan yang perlu kita pertahankan, terutama ketika negara menghampiri ulang tahun kemerdekaan yang ke-69.

Sejarah Kuil dan Sumbangan Kaum India di Malaysia:Fakta, Warisan, dan PerpaduanSering kita dengar kenyataan bahawa kuil ...
12/02/2026

Sejarah Kuil dan Sumbangan Kaum India di Malaysia:Fakta, Warisan, dan Perpaduan

Sering kita dengar kenyataan bahawa kuil di Malaysia banyak kerana “setiap kasta Hindu ada kuil sendiri”. Kenyataan ini tidak tepat secara sejarah. Kuil-kuil di Malaysia wujud bukan dibina semalaman, tetapi bertahun-tahun sebelum wujudnya kanun tanah moden. Semua ini ada bukti sejarah dan asas yang kukuh.

Sejak zaman kolonial British, sistem pendidikan, rumah ibadat, dan kemudahan untuk pekerja dibangunkan di ladang dan estate. Pekerja India membina kuil kecil di kawasan mereka bekerja sebagai perlindungan spiritual dan budaya. Inilah sebabnya kita melihat kuil wujud di semua ladang, gunung, dan perkampungan.

jauh sebelum istilah “Hindu” digunakan. Pada masa itu, agama ini dikenali sebagai Sanatana Dharma, yang mempunyai empat mazhab utama, antaranya Saivism dan Vaishnavism. Apabila orang asing melihat keserupaan amalan dan kepercayaan pelbagai mazhab ini, lahirlah teori bahawa agama ini adalah “Hindu”.

Seperti semua agama, Sanatana Dharma mempunyai mazhab berbeza dengan kitab dan amalan masing-masing. Penganut Saivism membina kuil khusus untuk dewa Siva, manakala penganut Vaishnavism membina kuil untuk dewa Vishnu. Walaupun amalan berbeza, prinsip utama tetap sama: menunaikan dharma dan menguatkan spiritualiti.

Sejarah pembentukan Tanah Melayu juga membuktikan pengaruh Hindu-Buddha sejak awal. Bukti termasuk:
Teks Jataka (± abad ke-3 SM – 2 M) dan catatan geografi Yunani seperti Aurea Chersonesus dan Ptolemy (abad ke-2 Masihi).
Prasasti Tanjore dan prasasti China, yang merujuk kepada Malaiyur.
Prasasti Cherok Tok Kun (Pulau Pinang, abad ke-4/5 Masihi) sebagai bukti kehadiran Hindu-Buddha.
Batu Bersurat Terengganu (1303M) sebagai bukti kedatangan Islam kemudian, sekitar abad ke-12 hingga ke-14 Masihi.

Kehadiran kaum India di Tanah Melayu juga jelas sejak zaman dahulu, walaupun jumlah mereka sedikit. Mereka hadir sebagai pedagang, pendakwah, dan pekerja, yang menyokong penyebaran budaya Hindu-Buddha. Semasa zaman Portugis, Tomé Pires (1512–1515) mencatatkan kehadiran pedagang Hindu dari Gujarat dan Selatan India, termasuk peniaga Islam dari Coromandel dan Malabar. Kuil-kuil seperti Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi Temple (Melaka, 1781M) juga menjadi bukti sejarah.

Semasa penjajahan British, lebih ramai tenaga kerja dari Selatan India dibawa masuk secara sah untuk bekerja di ladang dan estate. Mereka dijanjikan rumah, sekolah, dan kuil untuk kemudahan asas. Harper, T.N., The End of Empire and the Making of Malaya (1999) mencatatkan, apabila estate dan ladang wujud, bertambahlah kuil-kuil dan sekolah.

Laporan Malayan Agricultural Statistics 1920-an mencatat lebih kurang 10,000 estate getah yang diusahakan oleh kaum India. Jika setiap estate mempunyai sekurang-kurangnya satu kuil dan sekolah, jumlahnya sangat besar. Masalah muncul selepas British meninggalkan negara. Banyak harta seperti kuil dan sekolah diserahkan kepada pengurusan estate, dijual, atau dibiarkan tanpa perlindungan undang-undang.

Selama 69 tahun, kerajaan Malaysia tidak mengambil inisiatif untuk mengekalkan kuil-kuil ini, walaupun menyedari kewujudan dan kepentingannya. Di sinilah prinsip “Lex Prospicit Non Respicit” relevan dimana undang-undang baru tidak boleh menjejaskan hak atau status sesuatu yang sah sebelum ia digubal.

Sumbangan kaum India kepada pembangunan negara juga sering diabaikan. Tokoh seperti R.V. Sarma, P. Ramasamy, K. Thamboosamy Pillay, Janaki Athi Nahappan, Veerasamy Thirunyana Sambanthan, Thamizhvel, Nathan, Menon, dan ramai lagi bukan sahaja menentang penjajah, tetapi turut menyokong kemerdekaan dan pembangunan negara. Mereka bukan “pendatang sementara” tetapi warga yang telah menyumbang secara praktikal, sosial, dan politik untuk Malaysia.

Selain itu, pekerja India yang datang melalui kontrak (“indentured labour”) berhak memilih untuk menetap selepas kontrak tamat. Ramai yang memilih untuk tinggal dan membina keluarga, sekolah, dan kuil. Mereka turut berdiri bersama kaum Melayu dan lain-lain dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

Kesimpulannya,
Kehadiran kuil, sekolah, dan komuniti India adalah sebahagian daripada sejarah, budaya, dan identiti Malaysia. Ia bukan sekadar warisan, tetapi juga bukti sumbangan mereka kepada pembangunan negara. Sebelum menilai atau mengambil tindakan terhadap warisan ini, kita harus
Melihat fakta sejarah dengan objektif,
Menghormati hak dan warisan yang sah,
Mengutamakan toleransi, perpaduan, dan hormat-menghormati antara kaum.

Malaysia dibentuk oleh pelbagai bangsa dan budaya. Menghargai sumbangan semua pihak memperkuatkan perpaduan dan keharmonian, asas negara kita. Hormati sejarah, hormati semua kaum, dan bina perpaduan.

Sokong tak
Firdaus Wong Wai Hung

PEMBINAAN RUMAH IBADAT: SEMUA PIHAK WAJIB PATUHI UNDANG-UNDANG DAN JANGAN POLITIKKAN ISU AGAMA - SULTAN IBRAHIMKDYMM SPB...
11/02/2026

PEMBINAAN RUMAH IBADAT: SEMUA PIHAK WAJIB PATUHI UNDANG-UNDANG DAN JANGAN POLITIKKAN ISU AGAMA - SULTAN IBRAHIM

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah menegaskan sebarang isu berkaitan agama tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan keharmonian, perpaduan serta kestabilan negara yang berbilang kaum.

Seri Paduka Baginda, bertitah Malaysia sebuah negara yang dibina atas asas keharmonian, dan kekuatan negara terletak pada semangat saling menghormati, toleransi serta pematuhan kepada undang-undang.

Titah Seri Paduka Baginda, setiap rakyat bertanggungjawab memelihara nilai-nilai berkenaan demi kepentingan bersama.

Seri Paduka Baginda, bertitah menegaskan semua pihak wajib mematuhi undang-undang yang termaktub, termasuk dalam perkara berkaitan penggunaan tanah serta pembinaan rumah ibadat.

Isu pembinaan kuil, titah Seri Paduka Baginda, hendaklah ditangani mengikut peraturan dan saluran undang-undang yang sama seperti pembinaan masjid, gereja dan tokong.

Sultan Ibrahim mengimbas kembali pengalaman Baginda pada Januari 2018 apabila Seri Paduka Baginda bertindak sebagai pendamai dalam menyelesaikan isu perobohan sebuah kuil di Johor secara baik, berhemah dan berlandaskan undang-undang.

"Saya sendiri menyelesaikan masalah berkenaan secara baik serta menasihatkan semua pihak yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini serta menjaga ketenteraman awam.

"Agama Islam menekankan prinsip saling hormat-menghormati antara sesama manusia, dan Islam tidak menghalang penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan serta ibadat masing-masing.

"Penganut agama lain juga wajar menunjukkan sikap hormat terhadap Islam. Pendekatan saling menghormati ini penting bagi mengelakkan salah faham, ketegangan dan provokasi, sekali gus memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang agama dan budaya.

"Oleh demikian, apabila timbul sebarang isu berkaitan pembinaan kuil atau rumah ibadat, semua pihak hendaklah memahami serta menghormati undang-undang negara, di samping menyelesaikan perbezaan menerusi saluran yang sah demi mengekalkan keharmonian, toleransi dan semangat muhibah," titah Seri Paduka Baginda.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap YB Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, di Istana Negara pada hari ini (11 Februari).

Seri Paduka Baginda turut mengingatkan semua pihak agar mengelakkan sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh menimbulkan salah faham, perpecahan serta menggugat keamanan negara.
.........................................................................
Secara sipnosisnya
maka adalah tidak wajar dan adalah menjadi extremsist sekiranya pihak luar mempolitikkan isu ni dgn ugut nak beli jenkaut dan robohkan binaan dgn tindakan sendiri tanpa melalui rundingan, mahkamah atau pihak berkuasa... Individu2 tersebut perlulah berhenti membuat provokasi serta memcaci agama lain...
Firdaus Wong Wai Hung dan rakannya harap mengambil tahu berkenaan perkara ini dan tidak mencampuri serta mempolitikkan isu tersebut dan biarkan pihak berkuasa, pemilik serta pihak kuil menyelesaikan isu berbangkit secara rundingan, mahkamah atau penguatkuasaan sekalipun...

Isu yg dikaitkan bukan kuil yg baru semalam dibangunkan... So ada beza... Dlm perundangan “Lex prospicit non respicit” y...
09/02/2026

Isu yg dikaitkan bukan kuil yg baru semalam dibangunkan... So ada beza... Dlm perundangan “Lex prospicit non respicit” yg membawa maksud Undang-undang baharu tak boleh batalkan status sah sesuatu binaan yang:
Telah wujud sebelum undang-undang itu digubal
Atau Dibina ketika tiada larangan undang-undang

KENYATAAN MEDIAPersatuan Hak Asasi Dan Kebajikan Saudara SelatanNegara Hukum Tidak Boleh Memadam Sejarah: Selesaikan Isu...
09/02/2026

KENYATAAN MEDIA
Persatuan Hak Asasi Dan Kebajikan Saudara Selatan

Negara Hukum Tidak Boleh Memadam Sejarah: Selesaikan Isu Kuil Lama Secara Adil, Bukan Selektif

Kami menghormati kenyataan YAB Perdana Menteri bahawa Malaysia ialah negara hukum dan semua rumah ibadat mesti mematuhi undang-undang. Prinsip ini tidak dipertikaikan.

Namun, persoalan utama yang terus dielakkan ialah kewujudan kuil-kuil lama yang terperangkap akibat kegagalan perancangan bandar dan dasar tanah sejak puluhan tahun, khususnya kuil yang wujud sejak era ladang, estet dan pra-kemerdekaan.

Kuil lama bukan dibina sewenang-wenangnya, sebahagian besar kuil Hindu wujud sebelum kemerdekaan
Dibina dengan pengetahuan dan keizinan tuan tanah ladang
Menjadi pusat rohani pekerja estet yang kemudiannya dipindahkan akibat pembangunan..

Masalah timbul apabila tanah gantian dijanjikan tetapi tidak disempurnakan. Status “sementara” dibiarkan berdekad-dekad dan Perancangan bandar moden gagal memperuntukkan tapak rumah ibadat minoriti.. Kita sudah menyaksikan ratusan kuil dirobohkan atas alasan yg sama semasa era tun m. Beban Kegagalan kerajaan yg lepas jgn paksa rakyat yg pikul..

Kuil lama wajar dilindungi di bawah Akta Warisan. Rumah ibadat lama yang mempunyai Rekod sejarah, Sokongan komuniti dan Bukti kewujudan lama wajar dinilai dan digazet di bawah Akta Warisan Kebudayaan Negara 2005, bukan diruntuhkan secara pentadbiran.Meroboh tanpa proses pewartaan adalah perbuatan menghapuskan sejarah komuniti
Bertentangan dengan keadilan substantif
Menjadikan undang-undang alat ketidakadilan.

Penguatkuasaan mesti konsisten dan tidak selektif. Jika alasan utama ialah “pembinaan tanpa kelulusan”, maka penguatkuasaan mesti adil dan menyeluruh.
Hakikat yang jarang dibincang, Masalah setinggan jauh lebih besar dan serius Kajian tempatan menunjukkan ±55% setinggan dimiliki orang tempatan melibatkan ratusan ribu rumah di seluruh negara. Banyak disewakan kepada pelarian dan PATI, mencabar kedaulatan dan keselamatan negara Setinggan malah ianya bersifat kepentingan peribadi, Unsur ketamakan dan eksploitasi.

Kajian mendapati terdapat ±10,301 unit rumah setinggan yang dikenal pasti, yang mana 8,793 unit berada di Johor Bahru,
lebih 14,000 setinggan telah dikenal pasti di negeri Perak, 60 penempatan setinggan di seluruh negeri Selangor. data ini cuma melibatkan 3 buah negeri sahaja sudah puluhan ribu setinggan wujud..

Manakala Rumah ibadat ialah Kepentingan awam serta keperluan rohani masyarakat

Mengapa rumah ibadat ditekan, tetapi setinggan dibiarkan?

Kami tidak mempertahankan pembinaan haram. Kami menuntut penyelesaian berperingkat dan berfakta:
1. Audit nasional rumah ibadat lama
2. Pewartaan tapak warisan yang layak
3. Penyediaan tanah gantian sebenar
4. Moratorium perobohan sehingga proses selesai
5. Penguatkuasaan setara terhadap setinggan dan binaan tidak sah bagi premis perniagan di tempat awam

Malaysia tidak akan runtuh kerana kuil lama.
Tetapi Malaysia boleh retak jika keadilan dilaksana secara selectif.
Negara hukum bukan sekadar ikut peraturan,
tetapi berani membetulkan ketidakadilan yang diwarisi sejarah.

Jika benar kita mahu “selesai masalah dengan baik” seperti kata YAB PM,
selesaikan akar sejarahnya, bukan sekadar simptomnya.

Address

Johor Bahru
81300

Telephone

+60149296651

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Southern Brothers Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Southern Brothers Club:

Share

Category