06/02/2026
๐ LAWATAN SAMBIL BELAJAR SK AYER MOLEK KE MAKMAL KESIHATAN AWAM JOHOR (MKAJB)
๐
28 Januari 2025 | 8.00 pagi โ 1.00 tengah hari
Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru dengan sukacitanya telah menerima kunjungan Lawatan Sambil Belajar daripada Sekolah Kebangsaan Ayer Molek, Johor Bahru di bawah inisiatif Program 100 Saintis, 100 Sekolah, 100 Hari anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
๐ฅ Jumlah Penglibatan: 29 orang peserta
- 23 orang murid Tahun 6
- 4 orang guru pengiring (Guru Besar, PK Kokurikulum & Guru STEM)
- 4 orang wakil saintis Program 100 Saintis
๐ฌ Aktiviti-Aktiviti Sepanjang Program:
Para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan dibawa melawat 6 unit makmal utama, iaitu:
- Unit Tibi / Kusta
- Unit Virologi
- Unit Sitologi
- Unit Biokimia
- Unit Bakteriologi
- Unit Parasitologi
Setiap sesi memberi peluang kepada murid untuk melihat sendiri operasi makmal, memahami kaedah ujian kesihatan awam serta berinteraksi secara langsung dengan pegawai sains yang berpengalaman.
๐ฏ Objektif Program:
- Memberi pendedahan awal kepada murid mengenai peranan dan fungsi Makmal Kesihatan Awam
- Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan awam dan pencegahan penyakit
- Menghubungkait pembelajaran subjek Sains dengan aplikasi sebenar di lapangan
Membentuk kemahiran insaniah seperti komunikasi, kerja berpasukan dan etika semasa berada di institusi rasmi
Program ini diharap dapat menyemai minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menceburi kerjaya dalam bidang sains dan kesihatan awam pada masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SK Ayer Molek, para saintis Program 100 Saintis serta seluruh warga Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru yang telah menjayakan program ini.
๐ธ Sekitar program lawatan sambil belajar