12/06/2026
๐๏ผข๏ผต๏ผฌ๏ผฅ๏ผด๏ผฉ๏ผฎ ๏ผฎ๏ผก๏ผฎ๏ผก๏ผณ๐
๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐จ๐๐ก ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐๐จ๐ก๐๐ก ๐๐ก๐๐จ๐ฆ๐ง๐ฅ๐ ๐ก๐๐ก๐๐ฆ ๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ก๐จ, ๐ฃ๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ
๐
20-21 Mei 2026 | ๐ Jerteh, Terengganu dan TKPM Lanchang, Pahang dan Batu 9, Kuala Langat, Selangor
๐Pada 20 dan 21 Mei 2026, En. Rosmizam bin Haji Md. Yusof, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Tanaman, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah mengadakan siri lawatan pemantauan ke kebun nanas di Jerteh, Terengganu serta projek pembangunan tanaman nanas di TKPM Lanchang, Pahang dan Batu 9, Kuala Langat, Selangor.
๐Lawatan ini bertujuan mendapatkan input secara langsung daripada pengusaha dan peserta projek berhubung isu, cabaran serta keperluan pembangunan industri nanas di peringkat lapangan. Selain itu, pemantauan turut dilaksanakan bagi menilai kemajuan pembangunan kebun, pelaksanaan projek serta kaedah pembekalan input mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
๐Melalui sesi turun padang ini, LPNM dapat mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh pengusaha serta penerima bantuan, di samping membincangkan cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan projek, produktiviti tanaman dan daya saing industri nanas negara.
๐Hasil pemantauan mendapati projek pembangunan yang dilaksanakan berada pada tahap yang memuaskan dengan aktiviti pembangunan kebun berjalan mengikut perancangan, manakala pembekalan input pertanian turut dilaksanakan mengikut spesifikasi dan SOP yang ditetapkan.
๐LPNM akan terus komited mendekati pengusaha dan pemain industri melalui program turun padang bagi memastikan setiap cabaran yang dihadapi dapat ditangani secara berkesan demi memperkukuh pembangunan industri nanas yang mampan, produktif dan berdaya maju.
๐๐๐๐๐๐ - BPPT ๐ป๐ฟ๐ฝ๐ผ
๐๐๐
๐๐๐๐ ~ ๐ญ๐๐๐๐๐ ~ ๐บ๐๐๐๐
FB :
https://www.facebook.com/lpnm.gov
tiktok :
https://www.tiktok.com/
Laman Web :
https://www.mpib.gov.my/