Perbendaharaan Negeri Johor

Perbendaharaan Negeri Johor Merancang, mengurus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan

DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Serta Ucap Selamat KepadaKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASERI ...
13/08/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Serta Ucap Selamat Kepada

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
RAJA ZARITH SOFIAH

sempena

Ulang Tahun Hari Keputeraan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

pada 14 Ogos 2026 Bersamaan 1 Rabiulawal 1448H
Pegawai Kewangan Negeri Johor

📢 Saksikan Siaran LangsungDiskusi Intelektual JohorZon Ekonomi Khas Johor–Singapura: Halatuju Masa Depan Pembangunan Joh...
06/08/2026

📢 Saksikan Siaran Langsung
Diskusi Intelektual Johor
Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura: Halatuju Masa Depan Pembangunan Johor

Bersama panel jemputan:

YANG BERHORMAT DATO’ HAJI MOHD. NOORAZAM BIN DATO’ HAJI OSMAN
Pegawai Kewangan Negeri Johor

Ikuti perbincangan yang mengetengahkan pandangan dan aspirasi mengenai pembangunan Johor melalui Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura serta hala tuju masa depan negeri.

đź“… Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti siaran langsung dan bersama-sama menyertai wacana yang bermanfaat.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perpustakaan UTM akan menganjurkan Diskusi Intelektual Johor , sebuah wacana ilmiah yang membincangkan isu, pemikiran dan perkembangan intelektual berkaitan Johor Darul Ta'zim. Program ini bertujuan menyediakan platform perkongsian ilmu dan percambahan idea dalam membincangkan pelbagai isu semasa, dasar dan hala tuju pembangunan negeri Johor daripada pelbagai perspektif. Program ini akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

Program: Diskusi Intelektual Johor
Tajuk: Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura: Haluan Masa Depan Pembangunan Johor
Tarikh: 7 Ogos 2026 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Lokasi: Ruang Terbuka, Aras 1, Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM Johor Bahru

đź’» Ikuti juga siaran langsung di:
Facebook: facebook.com/library.utm
YouTube: youtube.com/UTMLibraryMedia

Tempat adalah terhad dan mata CPD disediakan. Program ini turut membuka ruang untuk anda berkongsi pandangan dan menyertai perbincangan secara langsung. Jumpa di sana!

Sekian, terima kasih.




Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Nazrul Qayyum Bin Abdul Halim atas segala sumbangan ...
31/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Nazrul Qayyum Bin Abdul Halim atas segala sumbangan dan komitmen sepanjang berkhidmat bersama jabatan ini.

Selamat maju jaya di tempat baharu. Semoga terus cemerlang dalam melaksanakan amanah dan dipermudahkan segala urusan.
Pegawai Kewangan Negeri Johor

Kursus Modul Keseimbangan Emosi dan Produktiviti 17 hingga 19 Julai 2026Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor telah mengan...
23/07/2026

Kursus Modul Keseimbangan Emosi dan Produktiviti
17 hingga 19 Julai 2026

Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor telah menganjurkan Kursus Modul Keseimbangan Emosi dan Produktiviti sebagai usaha memperkukuh kesejahteraan emosi warga kerja serta meningkatkan tahap produktiviti dalam persekitaran kerja yang dinamik.

Melalui perkongsian ilmu, aktiviti interaktif dan pendekatan praktikal, para peserta didedahkan dengan teknik mengurus emosi, menangani tekanan secara positif serta membina keseimbangan antara komitmen kerja dan kehidupan.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam melahirkan warga kerja yang lebih berdaya tahan, bermotivasi dan cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Mesyuarat- Mesyuarat Utama Antara Kementerian Kewangan Malaysia dan Pejabat-Pejabat Kewangan Negeri Bilangan 2 Tahun 202...
22/07/2026

Mesyuarat- Mesyuarat Utama Antara Kementerian Kewangan Malaysia dan Pejabat-Pejabat Kewangan Negeri Bilangan 2 Tahun 2026

Pegawai Kewangan Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman telah menghadiri Mesyuarat Utama Antara Kementerian Kewangan Malaysia dan Pejabat-Pejabat Kewangan Negeri Bilangan 2 Tahun 2026 yang berlangsung pada 20 Julai 2026.

Mesyuarat ini menjadi platform strategik bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan pengurusan kewangan awam, tadbir urus fiskal serta penyelarasan dasar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Perbincangan yang konstruktif ini turut memperkukuh kerjasama erat dalam memastikan pengurusan kewangan yang cekap, berintegriti dan mampan demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.
Perbendaharaan Negeri Johor sentiasa komited untuk memperkasakan pengurusan kewangan negeri yang berhemah, telus dan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi Maju Johor.





Hari Memperingati Kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 21 Julai 2026 bersamaan 6 Safar ...
20/07/2026

Hari Memperingati Kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 21 Julai 2026 bersamaan 6 Safar 1448H.

Al-Fatihah.


17/07/2026

BAHAGIAN 3 (AKHIR): KEPIMPINAN, AMANAH DAN ASPIRASI JOHORMenutup ...

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim I...
16/07/2026

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan pada 17 Julai 2026 bersamaan 2 Safar 1448H.

Semoga Allah SWT merahmati usia Yang Amat Mulia Tunku.


Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleed...
15/07/2026

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran pada 16 Julai 2026 bersamaan 1 Safar 1448H.

Semoga Allah SWT merahmati usia Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota.


’Puan Mahkota Khaleeda Johor

Address

Perbendaharaan Negeri Johor, Aras 1 & 2, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak
Johor Bahru
79000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6072666566

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbendaharaan Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbendaharaan Negeri Johor:

Shortcuts

Share