Maahad Johor

Maahad Johor Bersama Menjana Kecemerlangan Maahad Johor Sebuah sekolah menengah agama (SMANJ) dibawah kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
(234)

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 🌷اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن...
07/09/2026

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 🌷
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ 🌺

✨ Hari kedua Pentaksiran Pusat SPM 2026.

🎙️ Ujian Lisan Al-Lughah Al-‘Arabiah Al-Mu‘asirah
📖 Ujian Lisan Hifz Al-Quran

Teruskan melangkah dengan tenang dan penuh keyakinan. Baca, hafaz dan persembahkan ilmu yang telah dipelajari dengan sebaik-baiknya. 🌿

🤲🏻 اللَّهُمَّ يَسِّرْ وَلَا تُعَسِّرْ، وَتَمِّمْ بِالْخَيْرِ

"Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Engkau persulitkan, serta sempurnakanlah dengan kebaikan." 🤍

Semoga Allah mempermudah setiap urusan para calon. 🌷

PENTAKSIRAN PUSAT SPM 2026بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 🌷اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آل...
06/09/2026

PENTAKSIRAN PUSAT SPM 2026

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 🌷
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ 🌺

📖 PENTAKSIRAN PUSAT SPM 2026
🏫 Maahad Johor & Maahad Tahfiz Negeri Johor

Alhamdulillah, para calon SPM 2026 akan melalui beberapa komponen Pentaksiran Pusat SPM yang melibatkan pentaksiran lisan dan bertulis bagi mata pelajaran berkaitan.

🗓️ 7 – 10 September 2026
🎙️ Ujian Lisan Al-Lughah Al-‘Arabiah Al-Mu‘asirah — 5403/2
📖 Ujian Lisan Hifz Al-Quran — 5301/1

🗓️ 14 – 21 September 2026
📖 Ujian Lisan Maharat Al-Quran — 5302/1

🗓️ 24 September 2026
📝 Peperiksaan Bertulis Hifz Al-Quran — 5301/2

Buat semua calon SPM 2026, persiapkan diri dengan sebaiknya. Hadapilah setiap pentaksiran dengan tenang, yakin dan penuh kesungguhan. 🌿

Sesungguhnya setiap usaha dalam menuntut ilmu adalah suatu ibadah apabila dilakukan dengan niat yang ikhlas. Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. 🤲🏻

📖 دُعَاءُ لِلطَّلَبَةِ
اللَّهُمَّ بَارِكْ فِي طُلَّابِنَا، وَافْتَحْ عَلَيْهِمْ فُتُوحَ الْعَارِفِينَ، وَوَفِّقْهُمْ فِي امْتِحَانَاتِهِمْ، وَاجْعَلْهُمْ مِنَ النَّاجِحِينَ وَالْفَائِزِينَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ.

Maksudnya:
"Ya Allah, berkatilah para pelajar kami, bukakanlah bagi mereka pintu-pintu kefahaman, berikanlah mereka kejayaan dalam peperiksaan serta jadikanlah mereka dalam kalangan orang yang berjaya dan beroleh kemenangan di dunia dan akhirat." 🤍

Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala mengurniakan ketenangan hati, kelancaran lisan, kekuatan hafazan dan kejayaan yang cemerlang buat semua calon. 🌸

بِالتَّوْفِيقِ وَالنَّجَاحِ ✨

Kredit poster: Cikgu

03/09/2026

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN ENAM PENGAJIAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) BAGI TAHUN 2027

Permohonan kemasukan Pengajian STAM bagi Tahun 2027 akan dibuka bermula 12 OGOS 2026 hingga 09 SEPTEMBER 2026

Pusat Pengajian
1. Maahad Johor, Johor Bahru
2. Maahad Pontian, Pontian
3. SMA Parit Raja, Batu Pahat
4. SMA Bugisiah, Tampok, Pontian

📌Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSft03f8CnbZOgoz-eJFpJUcjPQkcxE7z8oZ6_O0KEU_4Y0raw/closedform

📌Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Bahagian Pendidikan Islam (Unit Pengurusan Sekolah Menengah) melalui email [email protected]

Sekian, terima kasih

03/09/2026

𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟕

https://esmanj.bpijainj.my/

Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada

𝐑𝐀𝐁𝐔 - 𝟐𝟗 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝟐 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠)

dan akan ditutup pada

𝐑𝐀𝐁𝐔 - 𝟎𝟖 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝟎𝟓.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠)

***

𝑺𝒀𝑨𝑹𝑨𝑻 𝑨𝑺𝑨𝑺 𝑷𝑬𝑹𝑴𝑶𝑯𝑶𝑵𝑨𝑵

1. Warganegara Malaysia.
2. Sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
3. Terhad kepada calon lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015.

𝑫𝑶𝑲𝑼𝑴𝑬𝑵 𝒀𝑨𝑵𝑮 𝑫𝑰𝑷𝑬𝑹𝑳𝑼𝑲𝑨𝑵:
1. Keputusan Peperiksaan UPKK
2. Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)/Setara
3. Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 5 SAKJ
4. Angka Giliran Peperiksaan SDEA 2026 - 𝒌𝒍𝒊𝒌 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒌𝒂𝒏 ( https://esdea.bpijainj.my )
5. Keputusan PAJSK Tahun 5 Sesi 2025

Untuk maklumat lanjut, sila layari

https://esmanj.bpijainj.my/

***

Murid Tahun 6 sesi 2026 adalah dipelawa bagi menyambung pengajian di...

𝗠𝗮𝗮𝗵𝗮𝗱 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 (𝗠𝗝), 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝗕𝗮𝗵𝗿𝘂 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 Maahad Johor
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama dan Perakaunan KPM
Menawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun
Ditawarkan kepada murid lelaki dan perempuan
Turut menawarkan pengajian di peringkat STAM

***
𝗠𝗮𝗮𝗵𝗮𝗱 𝗧𝗮𝗵𝗳𝗶𝘇 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 (𝗠𝗧𝗡𝗝), 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝗕𝗮𝗵𝗿𝘂 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 Maahad Johor
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz KPM (Hafazan Al Quran sepenuhnya 30 juz dalam tempoh 5 tahun)
Khas untuk murid lelaki sahaja

***
𝗦𝗠𝗔 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿, 𝗞𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 (𝗦𝗠𝗔𝗞𝗝) Sek Men Agama Kerajaan Johor (Smakj), Kluang, Johor
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM
Turut menawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun

***
𝗠𝗮𝗮𝗵𝗮𝗱 𝗣𝗼𝗻𝘁𝗶𝗮𝗻, 𝗣𝗼𝗻𝘁𝗶𝗮𝗻 (𝗠𝗣) Sekolah Maahad Pontian
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM
Turut menawarkan pengajian peringkat STAM

***
𝗦𝗠𝗔 𝗣𝗮𝗿𝗶𝘁 𝗥𝗮𝗷𝗮, 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗣𝗮𝗵𝗮𝘁 (𝗦𝗠𝗔𝗣𝗥) Sekolah Menengah Agama Parit Raja(SMAPR)
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama Perdagangan dan Perakaunan KPM
Turut menawarkan pengajian peringkat STAM

***
𝗦𝗠𝗔 𝗕𝘂𝗴𝗶𝘀𝗶𝗮𝗵, 𝗧𝗮𝗺𝗽𝗼𝗸 𝗣𝗼𝗻𝘁𝗶𝗮𝗻 (SMABU) Sma Bugisiah Sek Amanah - Rasmi
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama KPM
Menawarkan Program hafazan Al Quran 13 juz dalam tempoh 5 tahun bagi murid terpilih
Turut menawarkan pengajian peringkat STAM

𝑴𝑨𝑲𝑳𝑼𝑴𝑨𝑻 𝑩𝑬𝑹𝑲𝑨𝑰𝑻𝑨𝑵 𝑼𝑱𝑰𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑳𝑨𝒀𝑨𝑲𝑨𝑵

Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu;
1. Ujian Secara Dalam Talian
- dijalankan selama 1 jam.
- merangkumi penguasaan asas BM, BI, BA, Matematik, Sains, Tajwid, Jawi dan Pengetahuan Am.
2. Ujian Inventori Personaliti Murid (IPM) selama 30 minit.
3. Ujian Lisan
- Bacaan surah al Fatihah
- Bacaan 3-5 baris ayat Al Quran
- Tasmik hafazan al Quran (khas bagi permohonan ke MJ, MTNJ, dan SMAKJ). Calon akan diberi masa 30 minit untuk menghafaz satu muka surat al Quran yang akan ditentukan pada hari Ujian dijalankan.








🇲🇾✨ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-68 ✨🇲🇾31 Ogos 2026 | Malaysia Tanah Airkuبِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ🤍 ...
31/08/2026

🇲🇾✨ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-68 ✨🇲🇾

31 Ogos 2026 | Malaysia Tanah Airku

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
🤍 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ 🤍

Alhamdulillah, pada hari yang penuh bermakna ini, Maahad Johor dan Maahad Tahfiz Negeri Johor mengucapkan:

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69! 🇲🇾

68 tahun merdeka bukan sekadar angka yang bertambah, tetapi sebuah perjalanan panjang yang sarat dengan sejarah, perjuangan, pengorbanan dan harapan.

Hari ini, kita menikmati keamanan.
Kita menuntut ilmu dengan bebas.
Kita hidup dalam kepelbagaian.
Kita membina masa depan bersama.

Semua ini adalah nikmat yang tidak seharusnya dipandang ringan. 🤍

🌿 Sebagai generasi pewaris negara, kemerdekaan perlu diterjemahkan melalui ilmu, akhlak, disiplin, perpaduan dan bakti.

Kerana mencintai Malaysia bukan hanya dengan mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi dengan menjadi insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan tanah air.

🇲🇾 Kita mungkin berbeza latar dan budaya, tetapi kita berkongsi satu tanah air.

💚 Dari Johor kita berdiri, untuk Malaysia kita berbakti.

Semoga Malaysia terus menjadi sebuah negara yang aman, makmur dan diberkati Allah SWT serta terus melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan teguh jati dirinya.

🤲 Ya Allah, peliharalah Malaysia. Satukanlah hati rakyatnya, kurniakanlah keamanan kepada negara kami dan bimbinglah generasi kami untuk menjadi insan yang membawa manfaat kepada agama, bangsa dan tanah air.

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-68, MALAYSIA!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾🔥

Mengenang Sejarah • Menghargai Warisan • Menyemai Patriotisme










🇲🇾

🇲🇾✨ **SYARAT PERTANDINGAN LUKISAN TOTE BAG MERDEKA** ✨🇲🇾Perhatian kepada semua peserta yang telah mendaftarkan penyertaa...
29/08/2026

🇲🇾✨ **SYARAT PERTANDINGAN LUKISAN TOTE BAG MERDEKA** ✨🇲🇾

Perhatian kepada semua peserta yang telah mendaftarkan penyertaan dan mengambil **Jute Bag Pertandingan Lukisan Tote Bag Merdeka**.

Seramai **24 peserta lelaki dan 14 peserta perempuan** telah mengesahkan penyertaan. Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua peserta! 👏🎨

📌 Mohon semua peserta meneliti syarat pertandingan yang telah ditetapkan dan memastikan hasil karya memenuhi tema serta kriteria yang diberikan.

🎨 **Tema:** Elemen Jalur Gemilang & Bunga Raya
🇲🇾 **Semangat:** Kreativiti Warna, Semangat Merdeka
🖌️ **Tarikh pertandingan:** 29 Ogos hingga 6 September 2026

Ayuh, serlahkan bakat dan kreativiti anda! Jadikan tote bag anda sebagai medium untuk menzahirkan **semangat cintakan negara, kreativiti dan jiwa Malaysia Madani**. ❤️🤍💙💛

✨ **Tunjukkan kreativiti anda, warnai Merdeka dengan karya terbaik!**

Selamat berkarya dan semoga berjaya kepada semua peserta! 🇲🇾🎨

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ🎶📖 K...
27/08/2026

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ

🎶📖 KURSUS TARANUM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI JOHOR 📖🎶

Alhamdulillah, seramai 20 orang pelajar Maahad Johor dan Maahad Tahfiz Negeri Johor yang terdiri daripada 10 banin dan 10 banat Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 telah menyertai Kursus Taranum Sekolah-Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Johor anjuran Akademi Al-Quran.

📅 Tarikh: 26 & 27 Ogos 2026
📍 Tempat: Akademi Al-Quran Negeri Johor, Masjid Kota Iskandar
👨🏻‍🏫👩🏻‍🏫 Guru Pengiring: 1 guru lelaki & 2 guru perempuan
👥 Peserta: 10 banin & 10 banat
📚 Tingkatan: 1, 2, 3 & 4

✨ Objektif Program
🔹 Memberikan pendedahan awal kepada para pelajar berkaitan asas ilmu taranum.
🔹 Membina minat dan kemahiran pelajar dalam seni bacaan al-Quran yang bertajwid dan berlagu mengikut kaedah lahjah Arabiyah.

Kursus ini menjadi satu wadah yang amat bermakna dalam memperkenalkan keindahan seni bacaan al-Quran kepada generasi muda, di samping membimbing mereka agar membaca al-Quran dengan tajwid yang betul, suara yang baik serta alunan yang menepati kaedah taranum. 🌙📖

Semoga penyertaan para pelajar dalam kursus ini menjadi langkah awal untuk terus mencintai al-Quran, memperindah bacaan serta mengembangkan bakat dalam seni tilawah al-Quran.

Jazakumullahu khairan dan tahniah kepada pihak penganjur, asatizah tarannum, para guru pengiring dan anak-anak Maahad. BaarakAllahu fikum

بارك الله في جهود الجميع، وجعل القرآن ربيع قلوبنا ونور صدورنا 🤲🏻✨








📚✨ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ ✨📚📖🌿 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّد 🌿📖🌟 PROGRAM JEJAK MAKLUMAT & LA...
26/08/2026

📚✨ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ ✨📚
📖🌿 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّد 🌿📖

🌟 PROGRAM JEJAK MAKLUMAT & LAWATAN KE BAZAR BUKU ANTARABANGSA JOHOR 2026 🌟

Alhamdulillah, seramai 4 orang Pengawas Pusat Sumber (PPS) banin Tingkatan 3 bersama Ustaz Muhammad Naufal bin Razak telah menyertai program Jejak Maklumat dan Lawatan ke Bazar Buku Antarabangsa Johor 2026.

📅 24 Ogos 2026 | Isnin
⏰ 10.00 pagi – 5.00 petang

📚✨ Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka dunia buku dengan lebih dekat, mencari dan mengenal pasti maklumat, serta menimba pengalaman baharu dalam suasana bazar buku yang penuh dengan bahan bacaan dan ilmu.

Senyuman, keterujaan dan rasa ingin tahu para PPS jelas terpancar sepanjang program. Setiap helaian buku yang ditemui menjadi peluang untuk belajar, mencari inspirasi dan menambahkan kecintaan terhadap ilmu. 📖💡

🌱 Semoga pengalaman ini dapat membentuk PPS yang lebih aktif, berilmu, berkemahiran mencari maklumat dan cinta akan budaya membaca.

👏📚 Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta pihak yang telah menjayakan program ini.

✨ Jejak maklumat, temui ilmu, bina masa depan! ✨

📚 KHAMIS | 27 OGOS 2026PEPERIKSAAN PERCUBAAN PIB 2026بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 🌷اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِ...
26/08/2026

📚 KHAMIS | 27 OGOS 2026

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PIB 2026

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 🌷
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ 🌺

✨ Hari terakhir Peperiksaan Percubaan PIB 2026! ✨

Hari ini para calon Tingkatan 1 meneruskan perjuangan dengan dua kertas Bahasa Inggeris:

📖 Bahasa Inggeris 1 (Reading & Writing)
🕗 8.00 – 10.00 pagi

🎧 Bahasa Inggeris 2 (Listening)
🕚 11.00 – 11.30 pagi

Buat semua calon, berikanlah yang terbaik hingga ke helaian jawapan yang terakhir. Jangan terburu-buru, baca arahan dengan teliti dan jawab dengan tenang. 🌿

Setelah berusaha, serahkanlah hasilnya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan penuh tawakal. Semoga pengalaman sepanjang peperiksaan percubaan ini menjadi ruang untuk mengenal pasti kekuatan dan memperbaiki kelemahan sebelum menghadapi peperiksaan sebenar. 📚💪🏻

🤲🏻 دُعَاءُ التَّيْسِيْرِ
اَللّٰهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا.

Maksudnya:
"Ya Allah, tiada yang mudah kecuali apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau mampu menjadikan sesuatu yang sukar itu mudah apabila Engkau kehendaki." 🤍

🌷 Selamat menamatkan Peperiksaan Percubaan PIB 2026.

Semoga segala usaha, doa dan kesungguhan anak-anak Tingkatan 1 membuahkan hasil yang terbaik dan diberkati Allah Subhanahu wa Ta'ala.

بِالتَّوْفِيْقِ وَالنَّجَاحِ ✨

Address

Jalan Gertak Merah
Johor Bahru
80000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072232732

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Maahad Johor:

Shortcuts

Share