Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Jabatan Agama Islam Negeri Johor Laman rasmi berkaitan maklumat dan perkembangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Komited memperkasa syiar Islam, pentadbiran hal ehwal agama dan kesejahteraan ummah di Negeri Johor Darul Taโ€™zim.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-6931 Ogos 2026 | Jiwa MerdekaJabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengucapkan S...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

31 Ogos 2026 | Jiwa Merdeka

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi merupakan sebuah amanah untuk kita pelihara bersama. Nikmat keamanan yang dikecapi hari ini memberi ruang untuk kita menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta selaras dengan tuntutan Maqasid Syariah demi kemaslahatan dan kesejahteraan seluruh masyarakat.

Marilah kita menghayati erti kemerdekaan dengan penuh kesyukuran, menghargai pengorbanan generasi terdahulu serta menyemai rasa cinta kepada tanah air dalam diri dan keluarga.

Kerana jiwa yang merdeka bukan hanya bebas pada zahirnya, tetapi bebas daripada perpecahan, kebencian dan perkara yang merosakkan nilai kemanusiaan.

Semoga Malaysia terus dikurniakan keamanan, keberkatan dan kesejahteraan, dan kita semua terus memainkan peranan memelihara nikmat kemerdekaan sebagai amanah untuk generasi yang akan datang.

Ikhlas daripada
Pengarah
dan Warga Kerja
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ)

29/08/2026
28/08/2026
28/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL & DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN TAHUN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Dengan penuh rasa syukur dan kesyukuran, orang ramai dijemput hadir ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2026 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 30 Ogos 2026 (Ahad)
โฐ Masa: 5.45 petang
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Sultan Ibrahim, Muar, Johor

Marilah kita bersama-sama mengimarahkan majlis ini dengan bacaan Yasin, tahlil dan doa kesyukuran sebagai tanda syukur atas nikmat keamanan, kemakmuran dan keharmonian yang dikecapi oleh seluruh rakyat Malaysia.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Ya Allah, berkatilah Malaysia.
Peliharalah negara kami daripada segala perpecahan, bencana dan perkara yang memudaratkan. Kurniakanlah keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada seluruh rakyat Malaysia. Satukanlah hati kami dalam semangat kasih sayang, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air.

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan diberkati, serta sentiasa berada di bawah rahmat dan perlindungan Allah SWT.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka.
Merah putih, biru dan kuning โ€” lambang cinta kita kepada Malaysia.



27/08/2026
26/08/2026
26/08/2026

Address

Aras 4, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725
Johor Bahru
80990

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 12:30
14:30 - 16:30

Telephone

+6072076333

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Agama Islam Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Agama Islam Negeri Johor:

Shortcuts

Share