MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Komen / kiriman berbaur perkauman, keagamaan, dan / atau lucah akan dipadam dan pengguna akan disekat Sebarang komen/cadangan boleh la di post kan di wall ini..

TQ

🌿 AKTIVITI PLOGGING & JALAN ANGKAT (PJA) MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI 🌿Warga Iskandar Puteri dijemput untuk bersama-...
14/08/2026

🌿 AKTIVITI PLOGGING & JALAN ANGKAT (PJA) MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI 🌿

Warga Iskandar Puteri dijemput untuk bersama-sama menyertai aktiviti Plogging dan Jalan Angkat (PJA) bagi memupuk gaya hidup sihat serta mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan lestari.

📌 Butiran Program

📅 17 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ 7.30 pagi
📍 Blok B1-B4 Flat Kenari, Kangkar Pulai

Ayuh bersama-sama memainkan peranan dalam menjaga kebersihan kawasan kita. Setiap langkah dan usaha kecil yang dilakukan mampu memberi impak besar dalam mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, hijau dan lestari untuk generasi akan datang.

✨ JOM SERTAI KAMI! ✨




14/08/2026
Dirgahayu Tuanku.Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda R...
14/08/2026

Dirgahayu Tuanku.

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda pada 14 Ogos 2025 bersamaan 1 Rabiulawal 1448H.

Sembah takzim daripada Datuk Bandar, Ahli-ahli Majlis dan Warga Kerja Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

14/08/2026

Bacaan Surah Yunus Ayat 61-70 | Dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar bin Watak | 14 Ogos 2026 bersamaan 30 Safar 1448h |

13/08/2026

Sorotan Kempen Cegah Wabak Denggi 2026

MBIP telah menerima kunjungan panel penilai bagi Lawatan Verifikasi Pelaksanaan Kempen Kesihatan Persekitaran 2026.

Lawatan ini melibatkan semakan data dan tinjauan ke lokaliti kempen sebagai usaha memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan persekitaran serta mencegah penularan wabak denggi.



12/08/2026

🚍 Laluan Baru, Arah Baru untuk Iskandar Puteri

Dulu nak ke bandar… mesti ke JB?
Sekarang, Bandar Medini Iskandar dah jadi pilihan baharu 💙

Dengan laluan P215 & P216,
dari Kangkar Pulai & Taman Selesa Jaya
terus ke Medini — lebih mudah, lebih dekat, PERCUMA!

✨ Lagi best — kami akan kongsikan aplikasi untuk anda trace lokasi bas secara LIVE
macam naik Grab 📱🚌
Tak perlu tunggu tanpa kepastian lagi!

Jom ubah cara kita bergerak.
Jom kenal bandar kita sendiri.

🎥 Klik video & tengok sendiri perjalanan baru anda.

LAWATAN VERIFIKASI PELAKSANAAN KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN 202612 Ogos 2026 |...
12/08/2026

LAWATAN VERIFIKASI PELAKSANAAN KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN 2026

12 Ogos 2026 | Bandar Uda Utama

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah tercalon dalam senarai pendek Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada 13 PBT yang mengambil bahagian dalam pengurusan Kempen Cegah Wabak Denggi 2026. Untuk makluman, majlis pelancaran kempen telah diadakan pada 18 Julai 2026 yang lalu. Lawatan verifikasi ini telah dijalankan oleh panel penilai daripada Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diketuai oleh Encik Jegathesan a/l Ratnam dan Encik Mohd Zulfadli bin Nordin. Lawatan ini turut disertai oleh Puan Nurulain binti Rahmat, Pengarah Kesihatan Awam, MBIP.

Lawatan ini bertujuan untuk menjalankan verifikasi yang merangkumi semakan data dan tinjauan ke atas lokaliti kempen. Penyertaan dan pelaksanaan Kempen Cegah Wabak Denggi ini merupakan salah satu usaha pihak pentadbiran MBIP dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan kawasan persekitaran dalam usaha untuk mencegah penularan wabak denggi.

‼️Tiada aedes, tiada denggi ‼️



12/08/2026

ISKANDAR PUTERI JOM EXPLORE !

Ada tempat yang nampak cantik dalam gambar. Tapi bila datang sendiri, baru kita tahu… rupanya banyak lagi yang menarik untuk diterokai.

Itulah Iskandar Puteri. Mungkin selama ini kita cuma lalu, pernah dengar nama atau tengok di media sosial. Tapi kalau betul-betul luangkan masa untuk explore, ada macam-macam yang boleh kita nikmati di sini.

Nak jalan-jalan santai sambil layan angin petang? Nak tengok sunset? Nak cari tempat makan menarik? Atau nak luangkan masa dengan keluarga, kawan-kawan dan orang tersayang? Semuanya ada.

Kadang-kadang tak perlu pergi jauh pun untuk cipta memori baru. Cukup keluar sekejap, jalan-jalan dan tengok sendiri apa yang ada di sekitar kita.

🎥 Jom tengok video ini dan explore sisi Iskandar Puteri yang mungkin selama ini kita terlepas pandang.

Kalau anda dah pernah explore Iskandar Puteri, mesti ada satu spot yang paling anda s**a kan? Share dengan kami di ruangan komen 👇🏻

Address

Jalan Medini Sentral 9
Johor Bahru
79250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri:

Shortcuts

Share