30/06/2026
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BAGI PERSEDIAAN PENUGASAN PRN JOHOR 2026
Balai Polis Majidee telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan sebagai persediaan menghadapi penugasan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 yang dipengerusikan oleh Insp. Khairul Naqwan Bin Md Razip, Ketua Polis Balai (KPB) Majidee, melibatkan penyertaan seramai 35 anggota.
Taklimat ini bertujuan memperkukuh tahap kesiapsiagaan anggota melalui penyelarasan penugasan, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta pemerkasaan koordinasi bersama agensi berkaitan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan tugas sepanjang proses pilihan raya.
Antara penekanan utama yang disampaikan termasuklah semakan penugasan dan kawasan tanggungjawab, koordinasi bersama Ketua Tempat Mengundi (KTM), kesiapsiagaan logistik dan peralatan operasi, pematuhan etika pemakaian, pengurusan keselamatan pergerakan peti undi serta tindakan segera dalam melaporkan sebarang insiden yang berpotensi menjejaskan ketenteraman awam.
KPB Majidee turut mengingatkan agar setiap petugas sentiasa mematuhi arahan operasi, mengamalkan disiplin yang tinggi serta melaksanakan amanah dengan penuh profesionalisme, berintegriti dan berkecuali selaras dengan peranan Polis Diraja Malaysia dalam menjamin keselamatan, keamanan dan kelancaran proses demokrasi.
Mengakhiri taklimat, beliau menegaskan moto penugasan Balai Polis Majidee bagi menghadapi PRN Johor 2026:
βBerkecuali, Berintegriti, Profesional dan Sentiasa Bersedia Menjamin Kelancaran Proses Pengundian.β
Balai Polis Majidee komited untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik demi memastikan proses Pilihan Raya Negeri Johor 2026 berlangsung dalam suasana yang aman, selamat dan teratur.