27/08/2026
๐ PROGRAM TRANSFORMASI KETERAMPILAN & PERSONALITI DIRI SIRI 2/2026 ๐
๐
27 Ogos 2026 (Khamis)
โฐ 8.00 pagi โ 2.00 petang
๐ Bilik Aktiviti LPPKN, Kompleks Penyayang Kempas
AKRAB JKM Negeri Johor dengan kerjasama Unit Psikologi dan Kaunseling JKM Negeri Johor telah menganjurkan Program Transformasi Keterampilan & Personaliti Diri Siri 2/2026 sebagai salah satu usaha memperkasa pembangunan kendiri, keyakinan serta imej profesional warga kerja.
Program kali ini memberi fokus kepada analisis warna personaliti dan penampilan profesional, bagi membantu peserta mengenali pemilihan warna yang bersesuaian dengan diri serta mengaplikasikannya dalam penampilan seharian.
๐จ Antara pengisian program:
๐น Pengenalan Analisis Warna Personaliti
Peserta diperkenalkan kepada kategori warna Spring, Summer, Autumn dan Winter, mengenal pasti undertone kulit serta warna yang bersesuaian melalui kaedah color draping.
๐น Pemilihan Warna & Penampilan Profesional
Panduan memilih warna pakaian, tudung, aksesori dan solekan mengikut tona kulit, termasuk tip padanan warna yang sesuai untuk ke pejabat, majlis rasmi mahupun santai.
๐น Analisis Warna Individu & Personaliti
Peserta berpeluang menjalani analisis warna secara individu, mengenal pasti palet warna peribadi serta mendapatkan tip bagi meningkatkan keyakinan dan imej profesional.
โจ Melalui program ini, peserta bukan sahaja dapat mengenali warna yang menyerlahkan penampilan, malah memahami bahawa keterampilan diri, keyakinan dan imej profesional turut memainkan peranan penting dalam pembentukan personaliti yang positif.
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta membantu melahirkan warga kerja yang lebih yakin, positif dan berketerampilan. ๐
Akrab Jkm