P.UMNO MURNI

P.UMNO MURNI Sejarah kami bermula dari sekumpulan pembangkang, menjadi sekutu kerajaan BN dan 2018 kami kembali m

07/11/2025
21/08/2025

PENDAKWAAN YB DATUK DR AKMAL: KEADILAN BERSUARA & PRINSIP RUKUN NEGARA

1. Selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saya amat kesal dan memandang serius pendakwaan terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Datuk Dr Akmal Saleh.

2. ⁠Kebebasan bersuara adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan asas demokrasi negara. Namun, ia mesti diamalkan dengan penuh tanggungjawab berlandaskan prinsip Rukun Negara, khususnya Kesopanan dan Kesusilaan serta Kedaulatan Undang-Undang. Saya sentiasa percaya bahawa dalam ketegasannya, YB Dr Akmal tidak pernah berniat menghasut, sebaliknya ikhlas berpegang pada prinsip mempertahankan kedaulatan negara.

3. ⁠Pemuda UMNO menegaskan sebarang tindakan undang-undang mesti dilaksanakan secara adil, telus, dan bebas daripada tekanan politik. Keadilan yang berat sebelah hanya mencetus persepsi bahawa suara anak muda sedang disekat oleh sang penguasa.

4. ⁠Justeru, kami menyeru agar proses perundangan berjalan tanpa campur tangan. Biarlah mahkamah yang menentukan keadilan bukan tekanan politik atau persepsi jalanan.

5. ⁠Pemuda UMNO terus berdiri teguh bersama YB Datuk Dr Akmal dan yakin beliau akan melalui proses ini dengan tabah, berpegang kepada prinsip keadilan serta etika Rukun Negara.

YB MOHD HAIRI BIN MAD SHAH
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

14/04/2025

Innalillahiwainnailaihirojiun

Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Ke-5 yang juga mantan Presiden UMNO.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan bertaqwa serta diampuni dosa-dosanya dan tempatkannya di kekasih Allah.

Al-Fatihah.

Salam Takziah dari seluruh kepimpinan UMNO Malaysia

30/03/2025

*‘Taqabbalallahu minna wa minkum’*

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025

Salam lebaran daripada kami
Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin. Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan, dan rezeki yang melimpah untuk kita semua. Amin

Nikmati hari raya dengan penuh kegembiraan bersama keluarga dan sahabat. Jangan lupa, yang jauh didekatkan, yang dekat dieratkan!



30/01/2025
27/01/2025
Assalamualaikum & Salam SejahteraHimpunan Penyerahan Memorandum Kes Kedaulatan Pulau Batu PutihUntuk makluman, Majlis Be...
31/12/2024

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Himpunan Penyerahan Memorandum Kes Kedaulatan Pulau Batu Putih

Untuk makluman, Majlis Belia Negeri Johor akan menganjurkan satu perhimpunan bagi penyerahan memorandum kes kedaulatan Pulau Batu Putih sepertimana butiran dibawah :

Tarikh : 3 Januari 2025 (Jumaat)
Masa : 2.00 ptg
Tempat : Dataran Mahkota, Kota Iskandar (Berhadapan Bangunan Dato Jaafar Muhammad)

Mohon semua bangsa Johor dijemput hadir bersama-sama.

Address

Lorong Pemuda, Kampung Melayu
Johor Bahru
81100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when P.UMNO MURNI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share