MIC Negeri Johor ஜொகூர் மாநில ம.இ.கா

MIC Negeri Johor ஜொகூர் மாநில ம.இ.கா A place for Johor MIC Youths & general public can interact with one another, share info & ideas.


Selamat Bersidang kepada seluruh kepimpinan, perwakilan dan ahli MIC Bahagian Negeri Johor.Semoga persidangan ini menjad...
04/08/2026

Selamat Bersidang kepada seluruh kepimpinan, perwakilan dan ahli MIC Bahagian Negeri Johor.

Semoga persidangan ini menjadi platform untuk memperkukuhkan kepimpinan, mengeratkan perpaduan, serta memperkasa jentera parti demi meneruskan amanah rakyat.

Kejayaan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16 adalah hasil kesatuan, kerja keras dan komitmen semua pihak. Marilah kita terus mengekalkan semangat perjuangan ini, memperkukuhkan kerjasama dalam gabungan, serta berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kemajuan Johor dan kesejahteraan rakyat.

Semoga persidangan ini juga dapat melahirkan perbahasan yang bernas serta usul-usul yang konstruktif, demi memperkukuhkan parti, menjaga kebajikan ahli, dan membawa manfaat yang berterusan kepada masyarakat.

Selamat Bersidang. Terus Bersatu, Terus Berkhidmat, Terus Melakar Kejayaan.

Selamat Bersidang kepada seluruh perwakilan Pemuda, Wanita, Puteri dan Putera MIC Bahagian Negeri Johor.Semoga persidang...
30/07/2026

Selamat Bersidang kepada seluruh perwakilan Pemuda, Wanita, Puteri dan Putera MIC Bahagian Negeri Johor.

Semoga persidangan kali ini berjalan dengan lancar, penuh semangat perpaduan, serta menghasilkan keputusan dan idea yang membawa kemajuan kepada parti serta manfaat kepada masyarakat.

Selamat bersidang dan semoga berjaya


Syabas Dan tahniah Kepada YB. V. Rugendran di Atas pelantikan sebagai Timbalan Exco Pendidikan Dan Penerangan. Semoga tu...
22/07/2026

Syabas Dan tahniah Kepada YB. V. Rugendran di Atas pelantikan sebagai Timbalan Exco Pendidikan Dan Penerangan. Semoga tuhan mempermudahkan segala urusan

MIC Johor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YB B. Pannir Selvam, ADUN Perling, atas pelantikan belia...
18/07/2026

MIC Johor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YB B. Pannir Selvam, ADUN Perling, atas pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.

Semoga dengan pelantikan ini, YB akan terus menjalankan amanah dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan Negeri Johor.

Tahniah dan selamat menjalankan tugas

12/07/2026
PRN Johor 2026: Mandat Jelas Rakyat, Keyakinan Teguh Terhadap MIC dan Barisan NasionalPilihan Raya Negeri (PRN) Johor 20...
12/07/2026

PRN Johor 2026: Mandat Jelas Rakyat, Keyakinan Teguh Terhadap MIC dan Barisan Nasional

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 telah membuktikan bahawa masyarakat India bersama seluruh rakyat Johor telah memberikan mandat yang jelas kepada Barisan Nasional. Kejayaan MIC memenangi kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi mencerminkan keyakinan tinggi pengundi terhadap kepimpinan parti serta peranan MIC dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

Kejayaan ini turut membuktikan kepimpinan YBhg. Tan Sri Dato' Sri Dr. S.A. Vigneswaran selaku Presiden MIC, bersama kepimpinan MIC Johor di bawah YB Tuan Raven Kumar Krishnansamy, telah berjaya meyakinkan masyarakat India untuk terus memberikan sokongan padu kepada Kerajaan Barisan Nasional Negeri Johor.

Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat ini juga merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan YAB Dato' Onn Hafiz bin Ghazi sebagai Menteri Besar Johor, yang terus menerajui kerajaan negeri dengan komitmen terhadap kestabilan politik, pembangunan ekonomi dan kesejahteraan seluruh rakyat Johor.

Semoga mandat yang diberikan ini menjadi pemangkin untuk Barisan Nasional dan MIC terus berkhidmat dengan penuh amanah, memperkukuh perpaduan serta membawa kemajuan yang lebih cemerlang demi masa depan Negeri Johor.




Onn Hafiz Kembali Teraju Johor, Angkat Sumpah MB Penggal KeduaDatuk Seri Onn Hafiz Ghazi secara rasmi mengangkat sumpah ...
12/07/2026

Onn Hafiz Kembali Teraju Johor, Angkat Sumpah MB Penggal Kedua

Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua selepas Barisan Nasional (BN) memperoleh mandat untuk membentuk kerajaan negeri susulan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pelantikan itu menandakan kesinambungan kepimpinan beliau dalam menerajui agenda pembangunan negeri dengan memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi, pelaburan, peluang pekerjaan dan kesejahteraan rakyat Johor.

Dalam kenyataan selepas keputusan PRN, Onn Hafiz turut mengajak seluruh rakyat Johor merapatkan saf serta mengenepikan perbezaan politik demi membina masa depan negeri. Beliau menegaskan kerajaan negeri akan berkhidmat untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum atau fahaman politik.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua. Semoga kepimpinan ini terus membawa kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh Bangsa Johor.





Johor Bahru: Datuk Onn Hafiz Ghazi diangkat semula sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal yang kedua berturut-turut.

Sejarah Penubuhan Malaysian Indian Congress (MIC) MIC (Malaysian Indian Congress) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1946 di K...
02/07/2026

Sejarah Penubuhan Malaysian Indian Congress (MIC)

MIC (Malaysian Indian Congress) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1946 di Kuala Lumpur. Parti ini diasaskan oleh John Aloysius Thivy, seorang peguam dan pemimpin masyarakat India yang memperjuangkan hak serta kepentingan kaum India di Tanah Melayu.
Pada peringkat awal, MIC memberi tumpuan kepada kebajikan masyarakat India dan menyokong usaha kemerdekaan Tanah Melayu. Selepas itu, MIC bekerjasama dengan UMNO dan MCA membentuk Perikatan (Alliance) yang berjaya membawa negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Kini, MIC merupakan salah satu parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).
Objektif Penubuhan MIC
Memperjuangkan hak dan kepentingan masyarakat India di Malaysia.
Meningkatkan taraf pendidikan, ekonomi dan sosial masyarakat India.
Memelihara perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia.
Memastikan penyertaan masyarakat India dalam pembangunan negara.
Membela kebajikan rakyat melalui pelbagai program kemasyarakatan.
Menyokong sistem demokrasi berparlimen serta Perlembagaan Persekutuan.

Melahirkan pemimpin yang berintegriti dan berkhidmat kepada masyarakat.
Moto MIC
"Service to the Nation" (Berkhidmat untuk Negara)
Logo yang dikongsikan ialah logo rasmi Malaysian Indian Congress (MIC), yang melambangkan identiti dan perjuangan parti dalam memperjuangkan kebajikan masyarakat India serta menyumbang kepada pembangunan negara Malaysia.

01/07/2026

Cerita benar BANGUNAN MIC JOHOR

Hormati institusi Raja, berkempen dengan matang – MICKasthuri JeevendranVigneswaran berkata, perbezaan pendapat dalam po...
27/06/2026

Hormati institusi Raja, berkempen dengan matang – MIC

Kasthuri Jeevendran

Vigneswaran berkata, perbezaan pendapat dalam politik adalah perkara biasa, namun ia tidak seharusnya bertukar menjadi serangan melampau yang akhirnya menyukarkan kerjasama selepas pilihan raya berakhir.

Vigneswaran berkata, perbezaan pendapat dalam politik adalah perkara biasa, namun ia tidak seharusnya bertukar menjadi serangan melampau yang akhirnya menyukarkan kerjasama selepas pilihan raya berakhir.

Address

Ibu Pejabat Pemuda MIC Johor, Tingkat 6, Bangunan MIC Negeri Johor, No. 49, Jalan Segget
Johor Bahru
80000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MIC Negeri Johor ஜொகூர் மாநில ம.இ.கா posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share