18/09/2018
Awal Muharram atau dikenali sebagai Maal Hijrah merupakan hari yang penting bagi umat Islam. Peristiwa hijrah merupakan sejarah Islam yang perlu diingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Tanggal 12 September 2018 , di Dewan Serbaguna, Tingkat 2 ,PTG Johor , Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat PTG Johor telah diadakan.
Antara aktiviti majlis tersebut ialah bacaan yasin dan solat hajat bersama-sama kakitangan PTG Johor.
Manakala ceramah disampaikan oleh Kadi Daerah Tangkak , As Sheikh Haji Mohd Nasri Bin Rahman. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Johor Tuan Haji Mohd Halim Bin Hasbullah bersama isteri Puan Hajjah Afrinah Binti Mohd Ikhsan selaku Pengerusi PUSPANITA PTG Johor.