Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor Laman Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 04 SEPTEMBER 2026 – Pengarah Imigresen Negeri Johor, YBhg. Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus meluangkan ...
04/09/2026

JOHOR BAHRU, 04 SEPTEMBER 2026 – Pengarah Imigresen Negeri Johor, YBhg. Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus meluangkan masa menghadiri Program Bacaan Yasin, Tahlil Arwah dan Tausiyah Ilmu yang dianjurkan secara bersama oleh Bahagian Pekerja Asing.

Program tersebut telah berlangsung di Kementerian Dalam Negeri, Taman Setia Tropika, Johor Bahru.

Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan mengimarahkan amalan keagamaan, malah menjadi platform dalam memperkukuh jalinan silaturahim dalam kalangan warga Jabatan.

Program ini turut mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada warga Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor, sama ada secara bersemuka mahupun dalam talian, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan dalam menyuburkan nilai-nilai kerohanian dalam perkhidmatan awam.









© 2026 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR

Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Johor https://linktr.ee/jimjohor

04/09/2026

[𝐍𝐎𝐓𝐈𝐅𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐌𝐔𝐌]
𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐋𝐈𝐍𝐓𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀-𝐒𝐈𝐍𝐆𝐀𝐏𝐔𝐑𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐀𝐏𝐔𝐑𝐀

Aliran trafik pengembara dan kenderaan telah mula bertambah di laluan Tambak Johor termasuk di Linkedua sempena cuti persekolahan Singapura yang akan bermula pada 5 September 2026 hingga 13 September 2026. Seperti biasa semua kaunter pemeriksaan sama ada secara manual atau automatik akan beroperasi pada tahap optimum untuk menampung peningkatan aliran trafik yang dijangka akan terus meningkat pada petang ini. Ikuti panduan yang disediakan ini sebagai langkah awal sebelum memulakan perjalanan.

Semua pengembara juga dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi MyNIISe melalui Apple App Store, Google Play atau Huawei AppGallery bagi menggunakan kemudahan pemeriksaan secara digital di lorong khas yang telah disediakan.

PERINGATAN MESRA:

❗️Pastikan dokumen perjalanan anda teratur dan masih dalam sah laku sebelum memasuki kaunter pemeriksaan imigresen.
❗️Kemukakan visa bagi negara yang memerlukan visa.
❗️Tambah nilai kad Touch 'N Go dan pastikan baki kad anda mencukupi sebelum tiba ke Bangunan Sultan Iskandar.
❗️Anda diwajibkan menyemak status kelayakan di portal MALAYSIA DIGITAL ARRIVAL CARD (MDAC) dan mengisi butiran perjalanan sebelum tiba di Bangunan Sultan Iskandar.
Untuk keselesaan serta keselamatan bersama, patuhi segala panduan atau arahan berkaitan yang dipaparkan dan beri laluan kepada yang lebih memerlukan. Kesabaran anda amat dihargai.

Klik butang 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 dan 𝑳𝑰𝑲𝑬 Media Sosial AKPS Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Media Sosial Rasmi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi mendapatkan informasi terkini dan aktiviti AKPS.

✅️ Facebook AKPS BSI
https://www.facebook.com/akpsbsi

✅ TikTok AKPS BSI
https://www.tiktok.com/.bsi

✅️ Facebook AKPS MALAYSIA
https://www.facebook.com/mybordercontrol












04/09/2026

𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐀𝐏𝐔𝐑𝐀.

Menjelang cuti persekolahan di Singapura, dijangka akan berlaku kesesakan lalu lintas di Kompleks Sultan Abu Bakar dari tarikh 04 September 2026 sehingga 13 September 2026. Maka, para pengembara dinasihatkan untuk merancang perjalanan agar aliran trafik lebih terkawal dan urusan pemeriksaan yang lebih lancar.

Jom 𝙁𝙊𝙇𝙇𝙊𝙒 dan 𝙇𝙄𝙆𝙀 Media Sosial Rasmi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Kompleks Sultan Abu Bakar (AKPS KSAB) dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia bagi mendapatkan informasi terkini dan aktiviti berkaitan AKPS.

Media Facebook AKPS KSAB
https://www.facebook.com/profile.php?id=61572678398257

TikTok Media AKPS KSAB
https://www.tiktok.com/









SENAI, 3 SEPTEMBER 2026 – YBhg. Dato' Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengarah Imigresen Negeri Johor telah mengadakan l...
03/09/2026

SENAI, 3 SEPTEMBER 2026 – YBhg. Dato' Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengarah Imigresen Negeri Johor telah mengadakan lawatan kerja ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS). Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Imigresen LTAS, Puan Seribuhana binti Baharoan.

Lawatan ini diadakan bagi meninjau perkembangan pelaksanaan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe), khususnya penggunaan kemudahan eGate NIISe yang telah mula beroperasi di LTAS sejak 31 Mac 2026. Sejak pelaksanaannya, beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta melancarkan proses pemeriksaan imigresen kepada para penumpang.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut berkesempatan mendengar taklimat operasi yang disampaikan oleh Encik Fairoo bin Hashim, Ketua Projek Analisis NIISe, berhubung pelaksanaan sistem, pencapaian semasa serta penambahbaikan yang telah dan sedang dilaksanakan. Beliau seterusnya meninjau sendiri operasi eGate NIISe bagi melihat keberkesanan sistem dalam mempercepatkan urusan pemeriksaan imigresen di pintu masuk negara.

Sejurus selepas itu, YBhg. Dato' Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus meneruskan lawatan kerja ke Pejabat Imigresen Puteri Harbour bagi meninjau pelaksanaan projek NIISe yang sedang beroperasi di pejabat berkenaan. Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Imigresen Puteri Harbour, Tuan Abdul Rahim bin Salleh bersama pegawai-pegawai pejabat tersebut. Lawatan ini bertujuan melihat sendiri kemajuan pelaksanaan sistem serta memastikan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan berjalan dengan lancar, cekap dan berkesan.

MyNIISe merupakan platform digital yang menghimpunkan pelbagai kemudahan perkhidmatan imigresen dalam satu aplikasi mudah alih. Inisiatif ini menyokong transformasi digital Jabatan Imigresen Malaysia dengan menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih selamat, pintar, cekap dan mesra pengguna.

Turut hadir mengiringi lawatan ialah Tuan Saufi Affandi bin Jamaluddin, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan Puan Norhana binti Rahmat, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat dan Rekod.








©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR

03/09/2026

✈️🌍 Heading overseas from Senai?

Make MyNIISe part of your travel checklist! 📲

*Download MyNIISe*, get your QR Code ready and enjoy a smoother journey through the NIISe eGate.

Get MyNIISe ready before you fly! 😉

✨ NIISe Way to Go!

OPERASI 48 JAM IMIGRESEN JOHOR PELBAGAI LOKASI DIGEMPUR, PEMATUHAN UNDANG-UNDANG DIPERKUKUH[ADUAN PATI] Laporkan segera ...
03/09/2026

OPERASI 48 JAM IMIGRESEN JOHOR PELBAGAI LOKASI DIGEMPUR, PEMATUHAN UNDANG-UNDANG DIPERKUKUH

[ADUAN PATI]

Laporkan segera kepada Jabatan Imigresen Negyeri Johor melalui saluran berikut:
☎️ 07 - 233 8400
💻 https://imi.spab.gov.my

Identiti anda DIRAHSIAKAN







© 2026 Unit Komunikasi Korporat | JABAT AN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR

Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Johor https://linktr.ee/jimjohor

[ADUAN PATI] Laporkan segera kepada Jabatan Imigresen Negeri Johor melalui saluran berikut:☎️ 07 - 233 8400💻 https://imi...
02/09/2026

[ADUAN PATI]

Laporkan segera kepada Jabatan Imigresen Negeri Johor melalui saluran berikut:
☎️ 07 - 233 8400
💻 https://imi.spab.gov.my

Identiti anda DIRAHSIAKAN









©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR

Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Johor https://linktr.ee/jimjohor

📢 JOM HADIR KE HARI BERTEMU PELANGGAN (HBP) PEJABAT IMIGRESEN MERSING!Ingin mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan ...
02/09/2026

📢 JOM HADIR KE HARI BERTEMU PELANGGAN (HBP) PEJABAT IMIGRESEN MERSING!

Ingin mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan imigresen atau mempunyai sebarang pertanyaan? Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Hari Bertemu Pelanggan (HBP) anjuran Pejabat Imigresen Mersing.

🗓️ Tarikh: 4 September 2026 (Jumaat)
🕘 Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Lokasi: Pejabat Imigresen Mersing

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah:
✅ Urusan Visa dan Pas
✅ Urusan Pas Lawatan Kerja Sementara (Jangka Pendek)
✅ Semakan Senarai Hitam
✅ Khidmat Nasihat dan Pertanyaan
✅ Aduan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

Program ini merupakan platform untuk memperkukuh hubungan antara Jabatan Imigresen Malaysia dengan masyarakat melalui penyampaian maklumat yang tepat, penyelesaian isu secara bersemuka serta penambahbaikan mutu penyampaian perkhidmatan.

🎁 Cenderahati menarik turut disediakan kepada para pengunjung. 🎁

Kami Sedia Membantu, Anda Diutamakan.
Jumpa anda di Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Imigresen Mersing!








© 2026 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 01 SEPTEMBER 2026 - Pada minggu terakhir bulan kemerdekaan, Depot Imigresen Pekan Nenas  telah melaksanakan...
01/09/2026

JOHOR BAHRU, 01 SEPTEMBER 2026 - Pada minggu terakhir bulan kemerdekaan, Depot Imigresen Pekan Nenas telah melaksanakan pemindahan ke atas 38 orang tahanan* dari pelbagai warganegara ke negara asal. Antara yang terlibat adalah 36 orang tahanan warganegara Indonesia, dan 02 orang tahanan warganegara Singapura.
Kesemua tahanan telah dipindahkan ke negara asal masing-masing melalui Terminal Feri Stulang Laut dan Bangunan Sultan Iskandar.

Kesemua tahanan yang dipindahkan ini memiliki pasport yang sah, sebahagian daripada mereka telah dikeluarkan dokumen perjalanan sementara / “Emergency Travel Document” untuk pemindahan ke negara asal oleh pihak kedutaan negara masing-masing.

Pembiayaan tiket sepenuhnya bagi setiap penghantaran pulang tahanan yang diterima adalah terdiri daripada simpanan peribadi tahanan, sumbangan ahli keluarga dan bagi kes-kes tertentu tiket penerbangan ke negara asal akan ditanggung oleh pihak kedutaan negara berkenaan.

Kesemua tahanan yang dihantar pulang ke negara asal ini telah disenarai hitam di dalam sistem Jabatan dan tidak dibenarkan untuk memasuki semula ke negara ini atas apa jua tujuan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Segala urusan penghantaran pulang melibatkan tahanan seperti pembelian tiket dan sebagainya, boleh di lakukan di Kaunter Perkhidmatan yang disediakan di Depot Imigresen Pekan Nenas. Tiada sebarang ’caj perkhidmatan’ dikenakan. Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Unit Rekod dan Pemindahan DIPN di talian 07-6993540 atau melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) https://eapp.imi.gov.my/tanya/create








© 2026 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR

Address

Blok 1, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Taman Setia Tropika
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Website

http://www.imi.gov.my/images/alamat-cawangan/johor.pdf

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor:

Shortcuts

Share