KKDW Negeri Johor

KKDW Negeri Johor Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Pejabat KKDW Negeri Johor

10/08/2026
Selesai Sudah Hari Sukan Pejabat KKDW Negeri Johor 2026 πŸ†Kejohanan Hari Sukan Pejabat KKDW Negeri Johor 2026 yang berlan...
10/08/2026

Selesai Sudah Hari Sukan Pejabat KKDW Negeri Johor 2026 πŸ†

Kejohanan Hari Sukan Pejabat KKDW Negeri Johor 2026 yang berlangsung dari 24 Julai 2026 hingga 7 Ogos 2026 telah melabuhkan tirainya secara rasmi.

Kejohanan kali ini menyerlahkan bakat para warga pejabat menerusi pelbagai acara yang dipertandingkan, antaranya Bowling, Batu Seremban, Dart, Karom, dan Ping Pong.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kesemua empat pasukan yang bertanding :

- Pantera
- Rajawali Mega
- Cobra Strike
- Jerung Manis

Komitmen, disiplin, serta semangat kebersamaan yang dipamerkan sepanjang kejohanan amatlah memberangsangkan dan wajar dipuji.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat para pemenang yang berjaya merangkul kejuaraan! Semoga semangat kesukanan dan ukhuwah yang terjalin ini dapat terus memacu kecemerlangan Pejabat KKDW Negeri Johor.







28/07/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Haji Md. Israk Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuas...
28/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Haji Md. Israk Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor atas kesudian beliau mengadakan lawatan kerja ke Pejabat KKDW Negeri Johor baru-baru ini.

Lawatan ini memberi peluang kepada kami warga KKDW Johor untuk bertukar pandangan dan membincangkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan agenda kemajuan luar bandar di negeri Johor. Kami komited untuk terus bekerjasama rapat dengan pihak YB bagi memastikan objektif pembangunan luar bandar tercapai dengan jayanya.

Terima kasih sekali lagi, YB Tuan Haji Md. Israk atas sokongan yang diberikan.







21/07/2026

HARI HOL: SIMBOL KASIH DAN PENGHORMATAN RAKYAT JOHOR

Setiap tanggal 6 Safar, seluruh rakyat Johor menzahirkan penghormatan dan mengenang jasa Almarhum Sultan-Sultan Johor yang telah mangkat melalui sambutan Hari Hol, sebuah istiadat yang sarat dengan nilai sejarah, tradisi dan warisan Kesultanan Johor.

Sebagai sebahagian daripada istiadat, Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil diadakan pada 5 Safar sebagai tanda doa dan ingatan, memohon keampunan, rahmat serta kesejahteraan buat roh Almarhum Sultan-Sultan Johor dan kerabat Diraja yang telah kembali ke rahmatullah.

Tradisi yang penuh keberkatan ini diwarisi sejak pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar hingga ke hari ini.



20/07/2026

JOM KENALI LOGO TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Bersempena dengan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 semalam, ayuh kita kenali logo tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026!

Institut Kemajuan Desa (INFRA) menjunjung nilai perpaduan, kesejahteraan, semangat patriotisme dan pembangunan insan yang diterapkan menerusi logo ini, selaras dengan usaha pemerkasaan masyarakat desa yang mampan.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia





20/07/2026

πŸŽ™οΈ π„ππˆπ’πŽπƒ πŸ“ ππŽπƒπ‚π€π’π“ πŠπŠπƒπ– β€œπ‚π„π‘πˆπ“π€ 𝐃𝐄𝐒𝐀 πŠπˆπ“π€β€

Benarkah desa mampu menjadi destinasi pelancongan pilihan? Apakah yang menjadikan Desa Kirana begitu istimewa sehingga semakin mendapat perhatian para pelancong?

Dalam episod ini, YBrs. Zaflin bin Pakwanteh, Setiausaha Bahagian Pembangunan Komuniti Desa, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), bersama YBrs. Mohd Ashek bin Mohd Hassan, Pengurus Bahagian Pelancongan KEJORA, mengupas potensi Desa Kirana sebagai inisiatif pelancongan desa KKDW, termasuk strategi memperkasa ekonomi komuniti serta keunikan pengalaman yang ditawarkan di setiap destinasi.

πŸ“Ί Saksikan siaran penuh Episod Kelima Podcast KKDW β€œCerita Desa Kita” pada 31 Julai 2026 (Jumaat), 9.00 malam menerusi platform YouTube dan Facebook KKDW!





SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAHSeluruh warga Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri Johor ingin mera...
20/07/2026

SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH

Seluruh warga Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri Johor ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Md. Israk bin Abdullah atas pelantikan sebagai:

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor

Semoga dengan amanah dan kepimpinan YB Tuan, sektor pertanian, industri asas tani, serta pembangunan luar bandar di Negeri Johor akan terus berkembang pesat, makmur, dan memberi manfaat yang berkekalan kepada seluruh warga Johor.

Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan kecemerlangan.







Address

Jalan Dato Dalam
Johor Bahru
80000

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 15:00
Sunday 08:30 - 16:30

Telephone

+6072266406

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KKDW Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share