Perbadanan Islam Johor

Perbadanan Islam Johor “Keteguhan Ekonomi Membangun Ummah”

Perbadanan Islam Johor adalah sebuah badan berkanun negeri yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor pada 6hb mei 1976 dan mula beroperasi pada 1hb Januari 1977.

14/08/2026

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*
*ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ*

🕌 INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT 🕌
📆 TARIKH : 1 RABIUL AWAL 1448H/ 14 OGOS 2026

📜 TAJUK: KEMULIAAN DISEBALIK SEMPADAN

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman dalam Surah Al-Anfal Ayat 74 yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia."

1️⃣ Bertakwa kepada Allah SWT.

2️⃣ Keadaan bergolak yang berlaku di sesetengah negara telah menyebabkan sebahagian rakyat di negara tersebut berhijrah ke tempat lain. Begitu juga, ada sebahagian daripada mereka yang telah berhijrah ke negara kita untuk menumpang teduh.

3️⃣ Sebagai umat Islam, menjadi keutamaan kita untuk menghulurkan bantuan dan menunjukkan simpati kepada mereka yang memerlukan, khususnya terhadap mereka yang sedang ditimpa kesusahan. Persaudaraan Islam tidak dibatasi oleh sempadan negara, bangsa atau bahasa, bahkan diikat oleh akidah yang sama.

4️⃣ Begitulah semangat para sahabat RA ketika peristiwa hijrah. Orang Ansar di Madinah begitu cekal untuk menerima kehadiran golongan Muhajirin walaupun mereka sendiri berhadapan dengan kekurangan.

5️⃣ Rasulullah SAW juga mengajar kepada kita bahawa orang-orang beriman itu ibarat satu tubuh. Apabila salah satu anggota jatuh sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya.

6️⃣ Terdapat beberapa panduan penting yang seharusnya dipegang oleh umat Islam dalam mendepani saudara-saudara kita yang digelar sebagai pelarian ini.

Pertama, Rasulullah SAW mendidik kita supaya menjadi umat yang santun dan beradab. Sesungguhnya Allah tidak meletakkan kemuliaan pada sesebuah bangsa dan bukan juga pada warna kulit. Akan tetapi, kemuliaan seseorang itu adalah berdasarkan ketakwaannya kepada Allah SWT.

7️⃣ Kedua, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segelintir daripada kumpulan pelarian ini yang menunjukkan sikap tidak baik ketika berada di negara kita. Mereka gagal memahami budaya dan adat resam masyarakat tempatan. Ada dalam kalangan mereka yang melakukan jenayah dan tidak kurang juga yang berlaku kasar. Namun, perkara ini bukanlah ruang untuk kita melepaskan kemarahan terhadap keseluruhan mereka.

8️⃣ Mereka datang dari pelbagai negara. Ada yang datang dari Timur Tengah, negara-negara Afrika dan ada juga dari Asia Tenggara. Masing-masing datang dengan pelbagai latar belakang dan budaya yang berbeza. Sekiranya terdapat jenayah atau kesalahan yang dilakukan, maka kita serahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang.

9️⃣ Kesimpulannya, marilah kita menjiwai semangat sebagai seorang mukmin yang sejati. Jika kita marah, maka biarlah kemarahan itu berpada-pada. Janganlah sesekali menghina dan menunjukkan rasa kebencian yang melampau terhadap saudara-saudara kita kerana perbezaan bangsa, negara, warna kulit dan budaya, apatah lagi menggunakan kekerasan ke atas mereka.

Wallahu a‘lam.

[Infografik oleh : Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JAINJ]



𝗗𝗜𝗥𝗚𝗔𝗛𝗔𝗬𝗨 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨Merafak Sembah Dengan Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Ra...
14/08/2026

𝗗𝗜𝗥𝗚𝗔𝗛𝗔𝗬𝗨 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨

Merafak Sembah Dengan Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda pada 14 Ogos 2026 bersamaan 1 Rabiulawal 1448H.

Sembah takzim daripada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurus Besar dan Seluruh Warga Kerja Perbadanan Islam Johor

PEWAKAF SETIA TABUNG WAQAF RAKYAT JOHOR (TWRJ)Alhamdulillah, TWRJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Yon...
13/08/2026

PEWAKAF SETIA TABUNG WAQAF RAKYAT JOHOR (TWRJ)

Alhamdulillah, TWRJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Yon Chik binti Arifin dari Johor Bahru yang terus istiqamah menunaikan ibadah wakaf melalui TWRJ pada setiap tahun.

Kepercayaan dan komitmen yang berterusan ini mencerminkan keindahan amalan wakaf sebagai satu bentuk sedekah jariah yang manfaatnya terus mengalir kepada masyarakat. Semoga amalan murni ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai masyarakat untuk bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan ummah di negeri Johor.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, melimpahkan rezeki yang berkat serta menerima setiap wakaf yang disumbangkan sebagai amal soleh yang berpanjangan dan bekalan menuju kehidupan akhirat.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang berterusan kepada TWRJ.





13/08/2026
SELAMAT BERSARA & TERIMA KASIH diucapkan kepada Tuan Abdul Malik bin Haji Ismail atas segala jasa, sumbangan, dedikasi d...
12/08/2026

SELAMAT BERSARA & TERIMA KASIH diucapkan kepada Tuan Abdul Malik bin Haji Ismail atas segala jasa, sumbangan, dedikasi dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat.

Tulus Ikhlas Daripada :
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurus Besar dan Seluruh Warga Kerja Perbadanan Islam Johor




08/08/2026
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗨𝗠𝗔𝗡!================LOT PREMIS UNTUK DISEWA (BANGUNAN PIJ, KEBUN TEH)السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَر...
07/08/2026

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗨𝗠𝗔𝗡!
================
LOT PREMIS UNTUK DISEWA (BANGUNAN PIJ, KEBUN TEH)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Kepada semua penyewa-penyewa yang berminat, boleh terus berhubung dengan 𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝘄𝗮𝗮𝗻 Perbadanan Islam Johor di talian sebagaimana berikut :

📞 𝟬𝟳-𝟯𝟯𝟲𝟵𝟮𝟬𝟬
⏰ 8.00pagi - 4.30petang (Isnin - Khamis)
🚩 Rehat (1.00 petang - 2.00 petang)
---------------------------------------
⏰ 8.00pagi - 4.30 petang (Jumaat)
🚩 Rehat (12.15 petang - 2.45 petang)

Sekian, terima kasih.



07/08/2026

KHUTBAH JUMAAT JOHOR HARI INI

TAJUK : APABILA REZEKI DATANG BERSAMA BARAKAH
TARIKH : 7 OGOS 2026 | 23 SAFAR 1448 H

[Infografik oleh : Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JAINJ]



07/08/2026
06/08/2026

Address

Tingkat 3, Bangunan PIJ, Jalan Rebana, Kebun Teh
Johor Bahru
80250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6073369200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Islam Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Islam Johor:

Shortcuts

Share