Media Inspektorat Johor

Media Inspektorat Johor Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri Johor

KURSUS KEPIMPINAN : LEAD LIKE MUHAMMAD PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KETUA PEGAWAI/PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSE...
22/10/2024

KURSUS KEPIMPINAN : LEAD LIKE MUHAMMAD PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KETUA PEGAWAI/PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN DAERAH PADA 21 OKTOBER 2024 YANG DIADAKAN DI DEWAN SERI MAHLIGAI HOSPITAL TEMENGGONG SERI MAHARAJA TUN IBRAHIM KULAI

7 Oktober 2024. Penguatkuasaan Pendidikan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [AKTA 852] telah dijalank...
08/10/2024

7 Oktober 2024. Penguatkuasaan Pendidikan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [AKTA 852] telah dijalankan di seluruh negeri Johor. Penguatkuasaan Advokasi dijalankan di Premis Makanan, Kedai Serbaneka, Kedai Runcit, Kedai Dobi, Stesen Minyak, Kompleks membeli-belah dan kedai khas

🚭 Berikut adalah 28 tempat yang dilarang di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).Bangun...
08/10/2024

🚭 Berikut adalah 28 tempat yang dilarang di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).
Bangunan dobi dan bangunan tempat kerja turut tersenarai sebagai tempat dilarang merokok namun tindakan penguatkuasaan bagi kedua-duanya akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2025.
Berhentilah merokok sekarang dan pilihlah amalan hidup yang sihat. Dapatkan rawatan berhenti merokok di klinik-klinik berhenti merokok di seluruh Malaysia atau layari jomquit.moh.gov.my

Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 2024 🚭B...
06/10/2024

Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 2024 🚭

Bermula 1 Oktober 2024, semua produk merokok perlu didaftarkan kepada KKM bagi mendapatkan kelulusan sebelum boleh diedarkan di pasaran.

KKM menyeru agar semua kementerian dan agensi berkaitan, badan profesional, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan peniaga dan pengguna serta seluruh lapisan masyarakat Madani dapat memberikan sokongan dan kerjasama dalam menguatkuasakan Akta 852 ini.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan Akta 852 ini orang ramai boleh menghubungi talian 03-8892 4552 atau menghantar pesanan melalui aplikasi Whatsapp ke talian 010-860 8949 dari hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang bermula 30 September 2024.

4 Oktober 2024. Advokasi Penguatkuasaan Pendidikan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [AKTA 852] diter...
05/10/2024

4 Oktober 2024. Advokasi Penguatkuasaan Pendidikan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [AKTA 852] diteruskan di seluruh negeri Johor. Akta ini mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubung dengan pendaftaran, pengiklanan, kawalan penjualan; dan pembelian produk tembakau, bahan merokok dan produk pengganti tembakau, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubung dengannya. Advokasi Penguatkuasaan dijalankan di Premis Makanan, Kedai serbaneka, Kedai Runcit, Kedai Dobi, Stesen minyak, Kompleks membeli belah dan kedai khas.

Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] mula berkuat kuasa pada hari ini, 1 Oktob...
02/10/2024

Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] mula berkuat kuasa pada hari ini, 1 Oktober 2024 🚭

Akta 852 ini memberi tumpuan kepada perlindungan kepada golongan orang belum dewasa (OBD) daripada bahaya penggunaan produk merokok terutama rokok elektronik/ v**e.

Justeru itu, KKM menyeru agar semua kementerian dan agensi berkaitan, badan profesional, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan peniaga dan pengguna serta seluruh lapisan masyarakat Madani dapat memberikan sokongan dan kerjasama dalam menguatkuasakan Akta 852 ini.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan Akta 852 ini orang ramai boleh menghubungi talian 03-8892 4552 atau menghantar pesanan melalui aplikasi Whatsapp ke talian 010-860 8949 dari hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang bermula 30 September 2024.

Terima Kasih PPKHT 2004!Selamat Datang AKTA 852!!!
01/10/2024

Terima Kasih PPKHT 2004!
Selamat Datang AKTA 852!!!

Lawatan Audit Teknikal Penguatkuasaan dan Pendakwaan daripada SIP KKM pada 19-20 Februari di UIP JKNJ, PKD Kulai dan PKD...
21/02/2024

Lawatan Audit Teknikal Penguatkuasaan dan Pendakwaan daripada SIP KKM pada 19-20 Februari di UIP JKNJ, PKD Kulai dan PKD Johor Bahru. Terima kasih atas cadangan penambahbaikan semoga membawa kebaikan kepada profesion, penyampaian perkhidmatan yang lebih efisyen dan efektif.

  | OPERASI GEMPUR AEDES BERSEPADU SIRI 1/2024 BERTEMA TAPAK BINAAN.Pada 22 Januari 2024, telah dilaksanakan dengan jaya...
25/01/2024

| OPERASI GEMPUR AEDES BERSEPADU SIRI 1/2024 BERTEMA TAPAK BINAAN.

Pada 22 Januari 2024, telah dilaksanakan dengan jayanya operasi gempur aedes bersepadu yang mana telah melibatkan seramai 60 anggota penguatkuasa kesihatan merangkumi Pegawai dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran serta Pembantu Kesihatan Awam daripada 6 Pejabat Kesihatan Daerah yang berbeza termasuk JKN Johor sendiri.

Operasi telah diketuai oleh Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri Johor iaitu Puan Kayrul Hidayah Binti Mansor dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.

Turut hadir sama ialah Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr. Hj Mokhtar Bin Pungut @ Hj Ahmad dan Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr. Siti Khatijah Binti Abdul Rahim. Wakil daripada pihak Sektor Inspektorat dan Perundangan KKM juga sempat bersama di dalam operasi ini.

Sebanyak 4 tapak bina utama telah di gempur dengan bantuan daripada agensi CIDB Negeri Johor yang bertujuan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Address

Bahagian Kesihatan Awam
Johor Bahru
81200

Telephone

+6072382203

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media Inspektorat Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Media Inspektorat Johor:

Share