20/07/2026
HARI HOL JOHOR 2026
Pusat Kerjaya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merafakkan setinggi-tinggi penghormatan sempena Hari Hol Johor pada 21 Julai 2026, bagi memperingati ulang tahun kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.
Semoga jasa, kepimpinan dan pengorbanan Almarhum terus dikenang serta menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Johor dalam membina negeri yang maju, berdaya saing dan sejahtera.
Marilah kita bersama-sama menghayati sejarah serta mendoakan agar Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beroleh rahmat Allah SWT.
Al-Fatihah.