SK Seri Kenanga, Johor Bahru

SK Seri Kenanga, Johor Bahru Info dan Maklumat Terkini Untuk Warga SK Seri Kenanga

MAKLUMAN CUTI📍24 OGOS 2026 (ISNIN)[CUTI PERISTIWA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2026]📍25 OGOS 2026 (SELASA)[CUTI UMUM MAULI...
23/08/2026

MAKLUMAN CUTI

📍24 OGOS 2026 (ISNIN)
[CUTI PERISTIWA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2026]

📍25 OGOS 2026 (SELASA)
[CUTI UMUM MAULIDURASUL]

📌Murid akan kembali ke sekolah pada 26 OGOS 2026 (RABU)

22/08/2026

Esok lagi!

22/08/2026

Esok!

📢 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-39 SK SERI KENANGADimaklumkan bahawa Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-39 SK Seri ...
10/08/2026

📢 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-39 SK SERI KENANGA

Dimaklumkan bahawa Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-39 SK Seri Kenanga akan berlangsung pada:

🏆 Tarikh: 23 Ogos 2026 (Ahad)

Bagi memastikan kejohanan dapat dilaksanakan dengan lancar, beberapa aktiviti persediaan akan dijalankan seperti dalam poster.

Mohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk:

✅ Memastikan anak hadir ke sekolah mengikut jadual yang ditetapkan.

✅ Memastikan anak memakai pakaian sukan yang sesuai mengikut ketetapan sekolah.

✅ Membekalkan air minuman dan memastikan anak bersarapan sebelum hadir ke sekolah.

✅ Memberikan sokongan dan galakan kepada anak-anak agar mereka dapat menyertai setiap aktiviti dengan penuh semangat.

Semoga dengan kerjasama semua pihak, Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-39 SK Seri Kenanga 2026 dapat berlangsung dengan jayanya serta menjadi medan untuk murid menyerlahkan bakat, membina disiplin dan memupuk semangat kesukanan.

"Satu Rentak, Satu Semangat, Membina Generasi Madani."

Sekian, terima kasih.

Unit Sukan
SK Seri Kenanga

🎭✨ SEJARAH TERCIPTA… TAHNIAH PASUKAN TEATER SK SERI KENANGA✨🎭Alhamdulillah! 🌟Pasukan Teater SK Sri Kenanga telah menghar...
05/08/2026

🎭✨ SEJARAH TERCIPTA… TAHNIAH PASUKAN TEATER SK SERI KENANGA✨🎭

Alhamdulillah! 🌟

Pasukan Teater SK Sri Kenanga telah mengharumkan nama Negeri Johor apabila berjaya meraih TEMPAT KEEMPAT dalam Festival Lakon dan Layar Sekolah Generasi MADANI (FLLaSH) Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di JKKN Melaka pada 27–30 Julai 2026.

🏅 Lebih membanggakan, ini merupakan penyertaan sulung SK Sri Kenanga di peringkat kebangsaan, sekali gus mencipta sejarah buat sekolah.

👏 Tahniah kepada:
🌟 Adellia Nurzara Nisrina binti Azrul Nizam - 5 Kristal

💐 Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Cikgu Juliati binti Jusoh sebagai guru pembimbing, ibu bapa, PIBG serta seluruh warga SK Sri Kenanga atas doa, bimbingan, sokongan dan pengorbanan yang tidak ternilai.

💙 Bukan sekadar bertanding, tetapi membuktikan bahawa murid SK Sri Kenanga mampu berdiri megah di pentas kebangsaan.

🌟 Terus melakar kejayaan, terus mengharumkan nama sekolah, daerah dan Negeri Johor!

🎉 Syabas dan tahniah! Kami bangga dengan anda semua! ❤️💙

Selamat Datang ke SKSK Cikgu Nur RaihanSemoga terus cemerlang di SKSK!
04/08/2026

Selamat Datang ke SKSK Cikgu Nur Raihan

Semoga terus cemerlang di SKSK!

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KE SK SERI KENANGAKepada Cikgu Haniah binti Bachok yang dilantik sebagai Guru Penolong Kanan ...
22/07/2026

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KE SK SERI KENANGA

Kepada Cikgu Haniah binti Bachok yang dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid berkuatkuasa pada 20 Julai 2026.

MAKLUMAN CUTI HOL ALMARHUM SULTAN ISKANDAR📌21 JULAI 2026 (SELASA)📌Murid akan kembali ke sekolah pada hari Rabu, 22 Julai...
20/07/2026

MAKLUMAN CUTI HOL ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

📌21 JULAI 2026 (SELASA)

📌Murid akan kembali ke sekolah pada hari Rabu, 22 Julai 2026

LATIHAN RUMAH SUKAN SEMPENA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-39📌Latihan akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:🗓...
13/07/2026

LATIHAN RUMAH SUKAN SEMPENA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-39

📌Latihan akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

🗓️Lihat poster untuk senarai rumah sukan dan tarikh
⏰7:20 pagi - 9:30 pagi
👕 Murid DIBENARKAN memakai pakaian sukan / kemeja-T putih / kemeja-T KrMJ
🥤Bawalah air yang secukupnya

PERINGATAN
❗Selasa & Khamis : Bawa buku selepas rehat.
❗Rabu : Bawa buku waktu pertama, kedua dan selepas rehat. (Waktu 1 & 2 dibawa kehadapan semasa waktu kokurikulum)

📌Murid yang DIKECUALIKAN daripada latihan rumah sukan pada minggu ini :-
1. Murid Tahun 4 yang terlibat dengan PENTAKSIRAN AWAL MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4/2026
2. Murid yang terlibat dengan Kejohanan Bola Sepak MSSDJB 2026
3. Murid yang mempunyai masalah kesihatan.

JOM HADIR LATIHAN SUKAN RUMAH SUKAN

UNIT SUKAN
SK Seri Kenanga




12/07/2026

CUTI PERISTIWA NEGERI JOHOR
📅13 Julai 2026 (Isnin)

📌 Murid kembali bersekolah pada Selasa (14 Julai 2026)

Address

Jalan Kacung
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072323569

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Seri Kenanga, Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share