05/08/2026
🎭✨ SEJARAH TERCIPTA… TAHNIAH PASUKAN TEATER SK SERI KENANGA✨🎭
Alhamdulillah! 🌟
Pasukan Teater SK Sri Kenanga telah mengharumkan nama Negeri Johor apabila berjaya meraih TEMPAT KEEMPAT dalam Festival Lakon dan Layar Sekolah Generasi MADANI (FLLaSH) Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di JKKN Melaka pada 27–30 Julai 2026.
🏅 Lebih membanggakan, ini merupakan penyertaan sulung SK Sri Kenanga di peringkat kebangsaan, sekali gus mencipta sejarah buat sekolah.
👏 Tahniah kepada:
🌟 Adellia Nurzara Nisrina binti Azrul Nizam - 5 Kristal
💐 Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Cikgu Juliati binti Jusoh sebagai guru pembimbing, ibu bapa, PIBG serta seluruh warga SK Sri Kenanga atas doa, bimbingan, sokongan dan pengorbanan yang tidak ternilai.
💙 Bukan sekadar bertanding, tetapi membuktikan bahawa murid SK Sri Kenanga mampu berdiri megah di pentas kebangsaan.
🌟 Terus melakar kejayaan, terus mengharumkan nama sekolah, daerah dan Negeri Johor!
🎉 Syabas dan tahniah! Kami bangga dengan anda semua! ❤️💙