PAS Johor Bahru

PAS Johor Bahru Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PAS Johor Bahru, Political organisation, PUSAT TARBIYAH PAS JOHOR BAHRU, 19 Jalan Cenderamata, Kg. Kurnia, Kebun Teh, Johor Bahru.

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PAS NEGERI JOHOR 2026PAS Negeri Johor dengan sukacitanya akan menganjurkan Rumah Terbuka Aidilf...
28/03/2026

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PAS NEGERI JOHOR 2026

PAS Negeri Johor dengan sukacitanya akan menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri Johor bagi meraikan bulan Syawal dalam suasana penuh ukhuwwah dan keharmonian bersama masyarakat.

Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 12 April 2026 (Ahad)
๐Ÿ•š Masa: 11.00 pagi โ€“ 3.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Dataran Lamisa Tomyam
(Bersebelahan Shell Bukit Pasir, Parlimen Pagoh)

Majlis ini akan diserikan dengan kehadiran YAB Datoโ€™ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi Perikatan Nasional sebagai Tetamu Utama.

Pelbagai hidangan dan juadah istimewa turut disediakan bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri ini.

Sehubungan itu, seluruh masyarakat tanpa mengira latar belakang dijemput hadir bagi bersama-sama meraikan Aidilfitri dalam suasana penuh kemesraan, perpaduan dan keharmonian.

Kehadiran semua amat dialu-alukan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
Merangkap Pengerusi Sambutan
Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri Johor
28 Mac 2026

22/02/2026

Kenyataan Media

Pelantikan Sebagai Pengerusi Perikatan Nasional

Saya ingin merakamkan setinggiโ€“tinggi ucapan terima kasih atas kepercayaan dan amanah sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) baharu, yang diputuskan oleh semua Presiden parti anggota PN dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Perikatan Nasional (MPT PN) yang bermesyuarat khas pada hari ini, Ahad 22 Februari 2026.

Saya turut merakamkan setinggi penghargaan kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin atas khidmat bakti sebagai Pengerusi PN dari mula penubuhannya, bersama seluruh kepimpinan MPT PN yang membina PN sebagai asas muafakat politik yang dapat bergerak cemerlang sehingga mampu memenangi kerusi yang besar dalam Piihan Raya ke 15 yang lalu.

Tanggungjawab baharu kepada saya ini amatlah besar, berat dan mencabar, terutamanya dalam suasana pengharapan yang tinggi diberikan oleh pelbagai pihak dan rakyat kepada PN, untuk menjadi muafakat politik yang mampu membawa perubahan yang lebih baik kepada seluruh rakyat Malaysia pelbagai agama, bangsa, etnik dan latar belakang sosio ekonomi.

Saya akan berbincang dengan kepimpinan MPT PN untuk mengadakan mesyuarat MPT PN bagi menentukan pelantikan jawatan sebagaimana keperluannya dalam Perlembagaan PN.

Apa yang perlu disegerakan pada saat ini ialah pengukuhan muafakat politik ini, melaksanakan penambahbaikan struktur dan gerak kerja yang mampu menjadikan PN sebagai nukleus harapan rakyat.

YAB Datoโ€™ Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
22 Februari 2026/ 4 Ramadan 1447H

--------------------------------------------------------------------------

Press Statement

Appointment as Chairman of Perikatan Nasional

I would like to express my deepest gratitude for the trust and mandate entrusted to me as the new Chairman of Perikatan Nasional (PN), as resolved by all the Presidents of PN component parties and members of the Perikatan Nasional Supreme Council (MPT PN) during a special meeting held today, Sunday, 22 February 2026.

I extend my highest appreciation to YB Tan Sri Muhyiddin Yassin for his dedicated service as the Chairman of PN since its inception, alongside the entire leadership of the MPT PN, for building PN into a foundation of political consensus that has progressed excellently, enabling us to secure a significant number of seats in the recent 15th General Election.

This new responsibility bestowed upon me is immense, heavy, and challenging, particularly amidst the high expectations placed by various parties and the public upon PN to serve as a political consensus capable of bringing meaningful change for all Malaysians across diverse religions, races, ethnicities, and socio-economic backgrounds.

I will engage with the MPT PN leadership to convene an MPT PN meeting to determine the appointments for the necessary designations in accordance with the PN Constitution.

What must be expedited at this critical juncture is the consolidation of this political consensus, alongside the implementation of structural and operational enhancements that will position PN as the nucleus of people's hopes.

YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Sunday, 22 February 2026 / 4 Ramadan 1447H

22/02/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor merakamkan ucapan takziah yang setinggi-tingginya kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Tun Abdul Hamid Mohamad, Bekas Ketua Hakim Negara yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

Kami mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh almarhum, mengampunkan segala dosanya, serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh. Semoga ahli keluarga tabah dengan pemergian beliau.

Al-Fatihah



22/02/2026

KENYATAAN MEDIA

PN SELESAI MEMILIH PENGERUSI BAHARU

1. Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional telah diadakan pada hari ini jam 3.00 petang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

2. Mesyuarat dihadiri oleh semua ahli-ahli Majlis Tertinggi PN, termasuk empat Presiden Parti-parti Anggota iaitu Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (Presiden BERSATU), Tan Sri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Datuk Dr. Dominic Lau (Presiden Gerakan) dan P.Punithan (Presiden MIPP).

3. Agenda mesyuarat yang utama adalah untuk meluluskan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin selaku Pengerusi PN berkuatkuasa mulai 1 Januari 2026 dan melantik Pengerusi PN yang baharu.

4. Adalah dimaklumkan mesyuarat meluluskan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin selaku Pengerusi PN berkuatkuasa mulai 1 Januari 2026.

5. Mesyuarat seterusnya dengan sebulat suara melantik YAB. Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar sebagai Pengerusi PN yang baharu berkuat kuasa serta merta.

6. Perkara-perkara lain akan dibawa untuk dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang akan datang.

TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN (PRESIDEN BERSATU)

TAN SRI ABDUL HADI AWANG (PRESIDEN PAS)

DATUK DR. DOMINIC LAU (PRESIDEN GERAKAN)

P. PUNITHAN (PRESIDEN MIPP)

Bertarikh: 22 Februari 2026

22/02/2026

INFAQ DANA PEMBANGUNAN KOMPLEKS PAS JOHOR

Sabda Nabi SAW: "Apabila mati seorang manusia, terputus daripadanya amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dengannya atau anak soleh yang mendoakan baginya". (Hadis riwayat Muslim)

Pembangunan Kompleks PAS Johor ini sebagai simbol perjuangan kita memartabatkan syiar Islamiyah di bumi Johor. Sumbangan tuan puan amat berharga dan menjadi saham akhirat buat kita semua.

22/02/2026

MARHABAN YA RAMADHAN

Bulan Ramadan yang mulia kembali menjelma, membawa seribu keberkatan dan peluang untuk kita memperbaiki diri serta memperkukuh hubungan sesama insan. Semoga kedatangan bulan penuh rahmat ini menjadi medan untuk kita meningkatkan amalan, menyuburkan rasa syukur, serta mempererat ukhuwah dalam komuniti.

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Moga setiap amalan diterima, setiap doa dimakbulkan, dan setiap langkah diberkati oleh Allah SWT.
Salam Ramadan.

Semoga kita semua diberi kekuatan dan kesihatan untuk menjalani ibadah sepanjang bulan ini dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan.

Ramadan Kareem, Allahu Akram.




22/02/2026

TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada
YAB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
atas pelantikan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional.

Semoga amanah besar ini dipikul dengan penuh hikmah, kebijaksanaan dan ketegasan dalam memimpin muafakat, memperkukuh perpaduan serta membawa suara rakyat ke arah pentadbiran yang adil, bersih dan berintegriti.

PAS mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan, ketenangan dan petunjuk dalam setiap keputusan yang diambil demi agama, bangsa dan negara.

22/02/2026

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

Address

PUSAT TARBIYAH PAS JOHOR BAHRU, 19 Jalan Cenderamata, Kg. Kurnia, Kebun Teh
Johor Bahru
80250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Johor Bahru:

Share