Persatuan Ketua-ketua Kampung Daerah Johor Bahru

Persatuan Ketua-ketua Kampung Daerah Johor Bahru Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Ketua-ketua Kampung Daerah Johor Bahru, Public & Government Service, Johor Bahru.

19/07/2026
19/07/2026

[SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH]

Seluruh warga kerja Jabatan Perikanan Negeri Johor ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Dato' Zahari bin Sarip atas segala sumbangan, khidmat bakti, dan sokongan padu yang telah diberikan sepanjang YB Dato' berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor.

Segala usaha, komitmen, dan kepimpinan YB Dato' dalam memacu kecemerlangan serta memelihara kebajikan komuniti nelayan dan penternak dalam sektor perikanan di Negeri Johor amat kami hargai.

Selamat maju jaya diucapkan kepada YB Dato' dan semoga sentiasa diberkati dalam setiap usaha akan datang.

Ikhlas daripada:
Pengarah dan seluruh warga kerja
Jabatan Perikanan Negeri Johor

19/07/2026

Barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor bagi sesi 2026 telah mengangkat sumpah jawatan hari ini. Mereka akan membantu YAB Menteri Besar memacu pembangunan negeri terutama dalam mencapai hasrat menjadi Negeri Maju menjelang tahun 2030.

Sesungguhnya saya bersikap terbuka apabila tidak tersenarai dalam perlantikan kali ini. Setidak-tidaknya saya terlepas daripada memikul amanah besar ini.

Walau bagaimana pun, selaku mantan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor bagi penggal 2022 hingga 2026, saya telah cuba lakukan yang terbaik bersama team kami sebelum ini. Antaranya pencapaian hasil pertanian dan jualan tertinggi dalam negara, hasil tenusu dan akuakultur, pelaksanaan Program Jualan Kasih Johor serta memperkasa masyarakat luar bandar termasuk peranan dan kebajikan Ketua Kampung dan masyarakat orang asli.

Justeru saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak terutama Jabatan-Jabatan dan agensi yang banyak membantu merangka dan melaksana segala initiatif dalam portfolio ini. Jasa dan pengorbanan anda tak mampu saya balas dan akan tersemat dalam kenangan. Mohon maaf salah dan silap sepanjang kita berurusan.

Namun saya juga akui bahawa, banyak kelemahan dan ketidaksempurnaan dalam pentadbiran kami dulu. Maka saya mohon maaf kepada warga Johor terutama keluarga tani, penternak, nelayan, masyarakat luar bandar, warga felda, orang asli dan lain-lain yang berkaitan, jika sepanjang menjawat jawatan ini, saya tidak sempat atau gagal melaksanakan tanggungjawab ini sebaiknya. Maaf juga jika ada salah dan silap selama ini.

InsyaAllah saya percaya YB Hj Israk selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor untuk penggal ini mampu menerajui portfolio ini lebih baik lagi seiring dengan gagasan Maju Johor 2030. Tahniah dan Selamat Maju Jaya YB. Moga portfolio ini terus cemerlang di masa akan datang.

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIHDengan penuh rasa hormat dan penghargaan, Persatuan Ketua Kampung Negeri Johor mera...
19/07/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, Persatuan Ketua Kampung Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Zahari Bin Sarip atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang menggalas amanah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor bagi penggal 2022–2026.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, pelbagai usaha, inisiatif dan komitmen telah digerakkan demi memperkasakan sektor pertanian, membangunkan industri asas tani serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar di seluruh Negeri Johor. Keprihatinan dan kepimpinan YB Dato’ dalam menyantuni rakyat serta memberi perhatian terhadap pembangunan kampung-kampung di negeri ini amat kami hargai.

Bagi kami, jasa dan sumbangan YB Dato’ bukan sekadar satu amanah yang telah dilaksanakan dengan penuh dedikasi, malah menjadi inspirasi kepada seluruh kepimpinan akar umbi terutamanya Ketua Kampung untuk terus berkhidmat dengan penuh keikhlasan demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Semoga segala bakti dan usaha yang telah dicurahkan kepada Ketua Kampung diberikan ganjaran yang sebaik-baiknya, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan serta terus diberikan kekuatan untuk menabur bakti kepada Negeri Johor dan seluruh rakyat.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Jasa dikenang, bakti disanjung.

Ikhlas daripada,

PERSATUAN KETUA KAMPUNG NEGERI JOHOR
🙏🏻🙏🏻

03/05/2026
13/03/2026

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Ketua-ketua Kampung Daerah Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share