Balai Polis Setia Indah

Balai Polis Setia Indah Sebarang bantuan atau kecemasan, anda boleh menghubungi talian Balai Polis Taman Setia Indah di 07-3516422

29/07/2026
๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—œ๐—Ÿ ๐—ก๐—”๐— ๐—” ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฌ7/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—› - 28 Julai 2026 (Selasa), Ketua Polis Balai Taman Setia Indah,In...
28/07/2026

๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—œ๐—Ÿ ๐—ก๐—”๐— ๐—” ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฌ7/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—›

- 28 Julai 2026 (Selasa), Ketua Polis Balai Taman Setia Indah,Insp Soo Eng Heng telah mengadakan sesi Panggil Nama Bil. 07/2026 Anggota Balai Polis Taman Setia Indah bertempat di Bilik Mesyuarat Balai Polis Taman Setia Indah.

Ketua Polis Balai telah menyampaikan arahan dan peringatan kepada anggota berkaitan pematuhan arahan semasa, integriti, disiplin, kesiapsiagaan tugas, pencapaian KPI serta tanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Objektif utama Panggil Nama Bulanan ini adalah bagi memastikan penyampaian arahan pucuk pimpinan, mengukuhkan nilai integriti dalam kalangan anggota serta mengukuhkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja Balai Polis Taman Setia Indah.






13/07/2026

LOVE SCAM: JANGAN JADI MANGSA!

Perkenalan yang bermula dengan kata-kata manis di media sosial boleh bertukar menjadi mimpi ngeri apabila penipu mengambil kesempatan atas kepercayaan dan emosi mangsa. Love scammer menggunakan pelbagai taktik licik untuk memperdaya mangsa, terutamanya mereka yang mencari hubungan di alam maya.

Kenali antara taktik yang sering digunakan oleh scammer bagi memerangkap anda.
๐Ÿ’” Jangan percaya kepada individu yang hanya dikenali di alam maya, terutama jika melibatkan permintaan wang atau maklumat peribadi.

Sentiasa amalkan Konsep 3S:
1๏ธโƒฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโƒฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโƒฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan

๐Ÿšจ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
๐Ÿ“ž Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐Ÿ“ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Semak nombor akaun, nombor telefon dan nama syarikat terlebih dahulu melalui portal Semak Mule CCID: https://semakmule.rmp.gov.my/

Ingat! Jangan biarkan kata-kata manis dan cinta palsu menjadikan anda mangsa penipuan.

13/07/2026

๐Ÿ’ธ JANGAN BIARKAN WANG SIMPANAN ANDA LEBUR! ๐Ÿšจ

Simpanan bertahun-tahun boleh hilang dalam sekelip mata jika anda terjebak dengan skim pelaburan palsu.
Hati-Hati Dengan Janji โ€œPulangan Lumayanโ€

๐Ÿ”ด Pulangan terlalu tinggi dalam masa singkat biasanya datang dengan risiko besar atau lebih buruk lagi, ia mungkin penipuan!

Tips Penting Sebelum Melabur
โœ… Jangan pindahkan wang ke akaun peribadi individu yang tidak dikenali.
โœ… Semak syarikat pelaburan di laman web rasmi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC): ๐Ÿ‘‰ https://www.sc.com.my
โœ… Rujuk Investor Alert List untuk membuat semakan status syarikat atau individu

Ingat:
Jika pelaburan kedengaran terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, besar kemungkinan ia tidak benar. Jangan mudah terperdaya.

10/07/2026
04/07/2026





AWAS! PENIPUAN MENYAMAR SEBAGAI GURU

"Scammer" kini semakin licik apabila menyamar sebagai guru dan menyasarkan ibu bapa melalui aplikasi WhatsApp. Suspek menggunakan identiti guru sebenar dan menghantar kod QR pembayaran palsu bagi memperdaya mangsa untuk membuat bayaran ke akaun mereka.

Jangan mudah terpedaya, sentiasa buat pengesahan terlebih dahulu sebelum memindahkan wang dengan menghubungi nombor asal individu berkenaan dan menyemak nombor akaun penerima.

Elakkan mengimbas kod QR yang meragukan, jangan berkongsi maklumat peribadi dan laporkan segera kepada pihak polis sekiranya menjadi mangsa. Ingat, berwaspada adalah benteng terbaik untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.





#04072026

02/07/2026

Peringatan Penting untuk Lindungi Orang Tersayang daripada Penipuan.

Kongsikan mesej ini kepada ibu bapa, pasangan, anak-anak, dan rakan-rakan. Satu perkongsian anda mungkin dapat menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan.

๐Ÿšซ JANGAN:
โŒ Klik pautan mencurigakan
โŒ Muat turun fail .APK daripada sumber tidak dikenali
โŒ Kongsi OTP atau maklumat perbankan dengan sesiapa pun

Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk melindungi diri anda.
1๏ธโƒฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan
2๏ธโƒฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda
3๏ธโƒฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

๐Ÿ’ก Lindungi akaun bank anda, lindungi masa depan anda:
โœ… Jangan sesekali pinjamkan akaun bank
โœ… Laporakan aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa
๐Ÿ“ž Hubungi NSRC di 997 untuk mendapatkan bantuan atau membuat laporan

โš ๏ธ Berfikir sebelum bertindak. Semak sebelum percaya. Lindungi diri dan keluarga anda daripada scammer!

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—–๐—ข๐— ๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—ฌ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—–๐—œ๐—ก๐—š ๐—๐—ข๐—  ๐—•๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—” ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜...
25/06/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—–๐—ข๐— ๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—ฌ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—–๐—œ๐—ก๐—š ๐—๐—ข๐—  ๐—•๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—” ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—›

- 25 Jun 2026 (Khamis), Insp Soo Eng Heng Ketua Polis Balai Taman Setia Indah telah hadir ke Program Community Policing Jom Borak bersama Ahli Majlis Zon Setia Austin serta Persatuan Komuniti Penduduk Taman Setia Indah bertempat di E&Y Ansari Austin Crest.

Program ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama strategik antara Balai Polis Taman Setia Indah, pihak berkuasa tempatan serta komuniti setempat. Selain itu, sesi jom borak yang diadakan turut memberi ruang kepada penduduk untuk menyuarakan pandangan, aduan dan cadangan berkaitan isu keselamatan serta ketenteraman awam di kawasan mereka.

Melalui pendekatan Community Policing, masyarakat turut diberi pendedahan mengenai peranan penting komuniti dalam membantu usaha pencegahan jenayah serta penyaluran maklumat keselamatan kepada pihak polis.

Program telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti penduduk Taman Setia Indah. Pihak komuniti juga menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama dengan PDRM dalam memastikan persekitaran yang selamat, harmoni dan sejahtera.

Turut hadir semasa program ialah Miss Teow Chia Ling iaitu Ahli Majlis Zon Setia Austin serta lebih kurang 80 orang komuniti penduduk Taman Setia Indah.






24/06/2026

๐Ÿšจ HATI-HATI DENGAN SCAM PINJAMAN TAK WUJUD?
๐Ÿ’ธ Nampak senang nak dapat duit, blacklist, muflis, CTOS semua bolehโ€ฆ tapi rupanya, ia perangkap scam.

๐Ÿ‘€ Kalau jumpa yang macam ni di laman/media sosialโ€ฆ terus alert:
๐Ÿ‘‰Kelulusan terlalu mudah & pantas
๐Ÿ‘‰ Kena bayar dulu baru dapat pinjaman
๐Ÿ‘‰ Berurusan hanya melalui WhatsApp / Telegram
๐Ÿ‘‰ Asyik kejar suruh bayar cepat-cepat
๐Ÿ‘‰ Suruh transfer ke akaun personal
๐Ÿšฉ Ini semua RED FLAG!

โœ… Nak elak kena tipu? Ingat 4 perkara ni:
โœ” Pinjaman sah TAKKAN minta duit awal
โœ” Semak dulu lesen syarikat di laman rasmi agensi seperti Bank Negara Malaysia
โœ” Jangan sesekali share TAC atau maklumat bank anda
โœ” Kalau rasa pelikโ€ฆ STOP & CHECK dulu

๐Ÿ” Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1๏ธโƒฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโƒฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโƒฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

๐Ÿšจ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
๐Ÿ“ž Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐Ÿ“ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

โš ๏ธ Ingat: Kalau terlalu senang nak dapat pinjamanโ€ฆ besar kemungkinan itu PERANGKAP!

Sources: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil


Address

No 1 Jalan Setia 3/9, Taman Setia Indah
Johor Bahru
81100

Telephone

+6073516422

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Setia Indah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category