31/05/2013
===
Boikot Strategi Lama
===
Kata ilmuan Albert Einstein, "Manusia yang
kurang bijak adalah manusia yang melakukan
tindakan yang sama, tetapi mahu hasil yang
berlainan."
Benar. 100% setuju.
Jika kita tidak berjaya dengan strategi pertama,
maka jalannya jelas...
Ubahsuai kepada strategi kedua.
Realiti hari ini, manusia sering melakukan tindakan
yang sama. Sedangkan mereka mengimpikan
kehidupan yang berbeza.
Itu silap besar.
Jika tindakan pertama tidak jadi, maka tukar
kepada tindakan kedua.
Dalam hidup ini, sentiasa ada jalan keluar.
Cuma cara setiap manusia berbeza.