Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru

Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru Selamat Datang Ke Laman Rasmi Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru.
~ linktr.ee/peneranganjohorbahru ~

PROGRAM JIWA@KELAB MALAYSIAKU SMK TAMAN NUSA DAMAI, PASIR GUDANG JOHOR BAHRU, 3 Sept - Sekitar program JIWA@Kelab Malays...
03/09/2026

PROGRAM JIWA@KELAB MALAYSIAKU SMK TAMAN NUSA DAMAI, PASIR GUDANG

JOHOR BAHRU, 3 Sept - Sekitar program JIWA@Kelab Malaysiaku SMK Taman Nusa Damai (STAND) yang telah diadakan pada 28 Ogos 2026 di dewan terbuka STAND, Dewan Damai Sejahtera.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Pertandingan Deklamasi Sajak Merdeka yang memberi peluang kepada para pelajar untuk mengetengahkan bakat, kreativiti dan kebolehan berkomunikasi di hadapan khalayak.

Para peserta menunjukkan keyakinan diri serta penghayatan yang baik ketika menyampaikan sajak, khususnya yang berkaitan dengan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara.

Program ini juga menjadi platform yang berkesan dalam memupuk semangat cintakan negara, mengukuhkan nilai perpaduan, meningkatkan keyakinan diri serta mencungkil bakat pelajar.

Terima kasih diucapkan kepada Pengetua STAND dan Ustazah Ronita selaku penyelaras program Kelab Malaysiaku SMK STAND bagi menjayakan program ini.

"Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati"

Erwin Khairul Ahmad
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor
Merdeka360











PERSIAPAN AWAL MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU JOHOR BAHRU, 2 Sep - Petugas Pejabat P...
02/09/2026

PERSIAPAN AWAL MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 2 Sep - Petugas Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru telah melaksanakan tugas membuat persiapan awal sebelum Majlis Perarakan dan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Johor Bahru pada 31 Ogos lalu.

Persiapan awal terdiri daripada pemasangan Alat Siaraya, penyediaan teks pengacara majlis, semakan kontinjen yang terlibat dan lain-lain tugasan telah bermula seawal jam 2 pagi.

'Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati'







01/09/2026

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Jabatan Penerangan Malaysia, khususnya di ibu pejabat, negeri dan daerah yang telah bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 pada 31 Ogos yang lalu.

Saya tahu, di sebalik kemeriahan sambutan, ada banyak usaha, masa, tenaga dan pengorbanan yang dicurahkan oleh warga JAPEN.

Sama ada berada di barisan hadapan atau bekerja di sebalik tabir, setiap sumbangan amat bermakna.

Tahniah dan terima kasih atas komitmen serta semangat kerja berpasukan yang luar biasa.

Selamat Hari Kebangsaan 2026.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

PROGRAM JIWA@KOMUNITI MADANI KANGKAR PULAI (SEMBANG SANTAI)Johor Bahru, 1 Sept โ€“ Sekitar Program JIWA@Komuniti MADANI Ka...
01/09/2026

PROGRAM JIWA@KOMUNITI MADANI KANGKAR PULAI (SEMBANG SANTAI)

Johor Bahru, 1 Sept โ€“ Sekitar Program JIWA@Komuniti MADANI Kangkar Pulai (Sembang Santai) sempena Program Hari Celik Kewangan bertempat di Econsave Kangkar Pulai pada akhir Ogos lalu.

Program Hari Celik Kewangan anjuran Pejabat Ahli Parlimen Iskandar Puteri YB Liew Chin Tong selaku Timbalan Menteri Kewangan ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang bijak serta perancangan kewangan dalam kehidupan seharian.

Program ini turut diserikan dengan penglibatan Komuniti MADANI melalui pengisian Program JIWA@Komuniti MADANI (Sembang Santai) bersama para peserta dan Komuniti MADANI Kangkar Pulai serta Komuniti MADANI Iskandar Puteri.

Dalam sesi tersebut, Komuniti MADANI mengambil kesempatan untuk berinteraksi secara santai dengan masyarakat sambil menyampaikan mesej berkaitan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara.

Edaran bendera Malaysia, Jalur Gemilang turut dilaksanakan kepada para peserta dan pengunjung sebagai salah satu usaha menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM)

Aktiviti ini mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat dan secara tidak langsung mewujudkan suasana mesra antara Komuniti MADANI dengan komuniti setempat.

Penglibatan melalui pendekatan sembang santai juga memberi ruang kepada masyarakat untuk berkomunikasi secara lebih dekat serta berkongsi pandangan mengenai isu-isu semasa dan kemasyarakatan.

Turut hadir, Ketua Komuniti MADANI Kangkar Pulai En Richard Wong Kim Meng dan Ketua Komuniti MADANI Iskandar Puteri KJ Chua Kwang Joo.

"Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati"

Erwin Khairul Ahmad
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor
Merdeka360










๐—ก๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก & ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐Ÿฒ๐Ÿต ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—”๐—›...
29/08/2026

๐—ก๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก & ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐Ÿฒ๐Ÿต ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—”๐—›๐—ฅ๐—จ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

JOHOR BAHRU, 29 Ogos - Penutupan Jalan dan Kawalan Lalu Lintas Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2026.

Warga Johor Bahru perlu merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang tempoh penutupan jalan berkenaan.

Sumber : Majlis Bandaraya Johor Bahru

Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Johor






๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐—ก๐—”๐—•๐—œ ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐— ๐—”๐—— ๐—ฆ.๐—”.๐—ช ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—”๐—›๐—ฅ๐—จ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด ๐—› / ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐— JOHOR BAHRU, 25 Ogo...
25/08/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐—ก๐—”๐—•๐—œ ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐— ๐—”๐—— ๐—ฆ.๐—”.๐—ช ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—”๐—›๐—ฅ๐—จ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด ๐—› / ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐— 

JOHOR BAHRU, 25 Ogos - Sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul Nabi Muhammad S.A.W. Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 1448 H / 2026 M telah berlangsung bertempat di Masjid Tun Hussein Onn, Kampung Dato' Onn Jaafar, Larkin Johor Bahru.

Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor telah berkenan berangkat ke majlis sambutan dan mengetuai perarakan bermula pada jam 7.30 pagi dari Bangunan Pejabat Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Larkin hingga ke perkarangan Masjid Tun Hussein Onn Larkin.

Sebanyak 45 kontinjen terdiri dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan dan sekolah serta komuniti setempat telah mengambil bahagian dalam acara perarakan tersebut.

Turut hadir sama Yang Berhormat Tan Sri Dato' Dr. Haji Azmi bin Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara; Yang Berhormat Datoโ€™ Dr. Daing A. Malek Bin Daing A. Rahaman & Yang Berhormat Datoโ€™ Haji Ismail Bin Karim, Ahli-ahli Penasihat Jumaah Majlis DiRaja Johor; Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni Bin Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru; Tuan Mohd Hisam bin Said, Pentadbir Tanah Johor Bahru; Tuan Haji Mohd Zaini bin Mohd Salleh, Kadi Daerah Johor Bahru; Ketua-ketua dan wakil jabatan daerah serta penghulu-penghulu mukim.

Selesai perarakan, kesemua jemputan dan peserta perarakan memasuki ke ruang utama Masjid Tun Hussein Onn Larkin untuk mengikuti acara seterusnya yang telah disusun sempena sambutan Maulidur Rasul antaranya memperdengarkan bacaan Al-Quran dan berzanji serta penyampaian tazkirah Maulidur Rasul oleh As-Sheikh Tuan Haji Mohd Zaini Bin Haji Mohd Salleh, Kadi Daerah Johor Bahru.

Sebelum mengakhiri majlis, Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor diiringi Tuan Pegawai Daerah Johor Bahru berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang kontinjen perarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 1448H/2026M bagi pertandingan perarakan terbaik dan sepanduk terbaik.







๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—”๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐—ก๐—”๐—•๐—œ ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐— ๐—”๐—— ๐—ฆ.๐—”.๐—ช ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—”๐—›๐—ฅ๐—จ JOHOR BAHRU, 25 Ogos - Seki...
25/08/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—”๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๐—ก๐—”๐—•๐—œ ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐— ๐—”๐—— ๐—ฆ.๐—”.๐—ช ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—”๐—›๐—ฅ๐—จ

JOHOR BAHRU, 25 Ogos - Sekitar Majlis Malam Ambang Sambutan Maulidur Rasul Nabi Muhammad S.A.W Peringkat Daerah Johor Bahru 1448 / 2026 yang diadakan di Masjid Tun Hussein Onn, Kampung Dato' Onn Jaafar, Larkin Johor Bahru, semalam.

Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah diikuti dengan berzanji dan berselawat serta solat isyak berjemaah dan jamuan.

Turut hadir, Pegawai Daerah Johor Bahru, Encik Mohd Masni bin Wakiman, Imam Kadi Daerah Johor Bahru, Ketua Penolong Pegawai Daerah Johor Bahru, Penghulu-Penghulu Mukim, pemimpin setempat dan para jemaah.

Foto : Pejabat KADI Daerah Johor Bahru







23/08/2026

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)

23/08/2026

Address

Tingkat 6, Blok B, Wisma Persekutuan Johor Bahru, Jalan Ayer Molek, Ibrahim International Business District (IIBD)
Johor Bahru
80888

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
13:30 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
13:30 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
13:30 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
13:30 - 17:00
Friday 08:00 - 12:30
14:30 - 17:00

Telephone

+6072239126

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru:

Shortcuts

Share