Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad

Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad Khidmat Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru:

1. Pembiayaan patuh syariah kepada Anggota daripada Sektor
Kerajaan
2. Sewaan Premis Perniagaan.

Khidmat Ar - Rahnu yang menawarkan harga upah simpan
yang berpatutan.
3.

22/07/2026

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA (AJK) BAGI JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN DAERAH JOHOR BAHRU BERHAD (KOOPJB) SESI 2026–2027

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor.

Dengan penuh rasa syukur, Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (KOOPJB) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada anggota-anggota yang telah diberikan kepercayaan dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Jawatankuasa-Jawatankuasa KOOPJB bagi Sesi 2026–2027.

Pelantikan ini merupakan satu amanah yang besar dalam memperkukuh tadbir urus koperasi serta menyokong usaha Lembaga Koperasi untuk terus memacu kecemerlangan organisasi melalui pengurusan yang berintegriti, profesional, telus dan berdaya saing.

Semoga setiap Ahli Jawatankuasa yang dilantik dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen, semangat kerjasama dan dedikasi demi memelihara kepentingan anggota serta merealisasikan visi dan misi KOOPJB.

JAWATANKUASA AR-RAHNU, HAL EHWAL ISLAM DAN GALAKAN PENDIDIKAN

1. Puan Adila binti Mohamed
2. Puan Siti Khadijah binti Rappa

JAWATANKUASA PERUNDANGAN, KEANGGOTAAN, SYER, LATIHAN, PENDIDIKAN DAN KEUSAHAWANAN, SOSIAL DAN SUKAN

1. Mohilan a/l Loganathan
2. Johan Muhriz bin Md. Shahadan

JAWATANKUASA TEKNIKAL PENYELENGGARAAN DAN PENGURUSAN ASET

1. Puan Salasiah binti Samsudin
2. Mohd Norzat bin Sabran

JAWATANKUASA ICT, PROMOSI, PERHUBUNGAN AWAM, RISIKO DAN INTEGRITI

1. Puan Salmeroha binti Mohamad
2. Puan Raja Zazilah binti Raja Mustafa

Sekalung tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik. Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh kecemerlangan KOOPJB serta membawa manfaat yang berterusan kepada seluruh anggota dan koperasi.

SATU BAGI RAMAI, RAMAI BAGI SATU

“Bersama Memperkasa Koperasi, Mengukuhkan Integriti dan Mencipta Kecemerlangan.”



SEKALUNG TAHNIAHSeluruh warga Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (KOOPJB) merakamkan setinggi-tinggi uc...
19/07/2026

SEKALUNG TAHNIAH

Seluruh warga Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (KOOPJB) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada

YB Tuan Haji Mohd Hairi bin Mad Shah

atas pelantikan beliau sebagai
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh pembangunan belia, memperkasa ekosistem keusahawanan serta memacu kecemerlangan gerakan koperasi ke arah yang lebih progresif, berdaya saing dan mampan di Negeri Johor.

KOOPJB menzahirkan sokongan penuh terhadap aspirasi Kerajaan Negeri dalam memperkukuh sektor koperasi sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi rakyat. Semoga YB Tuan Haji Mohd Hairi bin Mad Shah terus dikurniakan kesihatan yang baik, kebijaksanaan, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan dalam memikul amanah demi kemajuan Negeri Johor dan kesejahteraan Bangsa Johor.

Sekalung tahniah dan selamat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan.

Ikhlas daripada,

Anggota Lembaga Koperasi
Jawatankuasa Audit Dalaman
Anggota Koperasi dan
Seluruh Warga Kerja
Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (KOOPJB)

📢 PELAWAAN MENYERTAI SEBUT HARGA & TENDER KOOPJB 2026 Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (KOOPJB) denga...
17/07/2026

📢 PELAWAAN MENYERTAI SEBUT HARGA & TENDER KOOPJB 2026

Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (KOOPJB) dengan sukacitanya mempelawa kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk menyertai tawaran perolehan seperti berikut:

1. SEBUT HARGA Perkhidmatan Pembersihan Wisma KOOPJB dan Ar-Rahnu KOOPJB
Tempoh Kontrak: 24 Bulan

2. TENDER Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Premis KOOPJB
Tempoh Kontrak: 24 Bulan

MAKLUMAT PELAKSANAAN:

Taklimat & Lawatan Tapak
📅 23 Julai 2026 (Khamis)
🕐 1.00 Petang Jualan Dokumen Sebut Harga & Tender

📅 23 Julai 2026 hingga 27 Julai 2026
(Pembelian dokumen hanya selepas selesai sesi lawatan tapak.)

Tempat Pembelian Dokumen
📍 Wisma KOOPJB No. 27-01, Jalan Dataran Larkin 1,
80350 Johor Bahru, Johor.

Tarikh Tutup Penyerahan Dokumen
📅 27 Julai 2026 (Isnin)
🕛 Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari

KOOPJB berhak menerima atau menolak mana-mana tawaran, sama ada yang terendah atau sebaliknya, tanpa perlu memberikan sebarang alasan.

Keputusan KOOPJB adalah muktamad.

"SATU BAGI RAMAI, RAMAI BAGI SATU"
“Mengamalkan Tadbir Urus Cemerlang, Telus dan Integriti Terpelihara.

SEKALUNG TAHNIAHSeluruh Anggota Lembaga Koperasi, Jawatankuasa Audit Dalaman, Anggota Koperasi serta Warga Kerja Koperas...
12/07/2026

SEKALUNG TAHNIAH

Seluruh Anggota Lembaga Koperasi, Jawatankuasa Audit Dalaman, Anggota Koperasi serta Warga Kerja Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (KOOPJB) dengan penuh hormat merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi

atas pelantikan sebagai Menteri Besar Johor.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan YAB Dato’ kesihatan yang berpanjangan, kebijaksanaan dalam kepimpinan, serta kekuatan untuk terus menerajui Negeri Johor ke arah kemajuan yang lebih gemilang, mampan dan berdaya saing, sekali gus membawa kesejahteraan, kemakmuran dan keberkatan kepada seluruh Bangsa Johor.

Ikhlas daripada:
Anggota Lembaga Koperasi
Jawatankuasa Audit Dalaman
Anggota Koperasi dan Seluruh Warga Kerja
Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (KOOPJB)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan Salam Maju Johor.MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI KO...
12/07/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan Salam Maju Johor.

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI KOPERASI

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad akan ditutup sementara pada Isnin, 13 Julai 2026 sempena Cuti Peristiwa Negeri Johor.

Cuti peristiwa ini diberikan sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang telah menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16, selaras dengan pengumuman rasmi Kerajaan Negeri Johor.

Butiran operasi adalah seperti berikut:

* Tarikh Tutup: 13 Julai 2026 (Isnin)
* Beroperasi Semula: 14 Julai 2026 (Selasa)

Pihak Koperasi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kefahaman, sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh seluruh anggota serta pelanggan. Segala kesulitan yang timbul sepanjang tempoh penutupan ini amatlah dikesali.

Terima kasih.



PROGRAM BICARA KOPERASI BERSAMA YB TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN & KOPERASISatu sesi Program Bicara Koperasi tel...
09/07/2026

PROGRAM BICARA KOPERASI BERSAMA YB TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN & KOPERASI

Satu sesi Program Bicara Koperasi telah berlangsung bersama YB Datuk Mohamad bin Alamin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 9 Julai 2026 (Khamis), jam 8.00 malam bertempat di Restoran Koperasi Warisan Senibong.

Program ini menjadi platform yang amat bermakna dalam memperkukuhkan hubungan strategik antara kepimpinan koperasi dengan pihak Kementerian, di samping membuka ruang perbincangan yang konstruktif mengenai hala tuju, pembangunan dan pemerkasaan gerakan koperasi agar terus kekal relevan, berdaya saing serta memberi manfaat berterusan kepada seluruh anggota.

Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (KOOPJB) telah diwakili oleh barisan kepimpinan tertinggi iaitu:

* Encik Mohd Zakaria bin Ismail – Pengerusi Koperasi
* Puan Nafizah binti Pangah @ Pa’at – Timbalan Pengerusi Koperasi
* Encik Mohd Fadzli bin Ibrahim – Setiausaha Koperasi
* Puan Azlinda binti Mohamed – Bendahari Koperasi

Semoga sesi perkongsian ilmu, pandangan dan aspirasi yang dizahirkan sepanjang program ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan tadbir urus, memperluaskan jaringan kerjasama strategik serta melonjakkan kecemerlangan KOOPJB dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi koperasi yang mampan demi kesejahteraan seluruh anggota.



Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (KOOPJB) mempelawa anggota yang berminat dan berkelayakan untuk meny...
06/07/2026

Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (KOOPJB) mempelawa anggota yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai Jawatankuasa Koperasi bagi sesi 2026–2027. Tuan/Puan boleh melengkapkan borang yang disertakan untuk memohon.

https://forms.gle/dLzx85kcLWLujApD6

📅 Tempoh permohonan:
06 Julai 2026 sehingga 10 Julai 2026

Sebarang pertanyaan boleh diajukan KOOPJB.

Terima kasih atas penyertaan dan sokongan Tuan/Puan dalam memperkukuh pengurusan koperasi.

Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad dengan ini mempelawa anggota-anggota yang berminat dan berkelayakan untuk menawarkan diri bagi menyertai Jawatankuasa Koperasi bagi sesi 2026 – 2027. Tawaran ini adalah terbuka kepada semua anggota Koperasi tertakluk pada syarat - syarat yang ber...

KOOPJB TERUS MELANGKAH, MEMACU KECEMERLANGANAlhamdulillah, satu lagi pencapaian yang amat membanggakan apabila Koperasi ...
05/07/2026

KOOPJB TERUS MELANGKAH, MEMACU KECEMERLANGAN

Alhamdulillah, satu lagi pencapaian yang amat membanggakan apabila Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Berhad (KOOPJB) berjaya tersenarai dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2026 dengan kedudukan ke-84 di peringkat kebangsaan.

Pengiktirafan ini bukan sekadar nombor dalam senarai, tetapi merupakan lambang kepada kepercayaan anggota, kekuatan tadbir urus, kestabilan kewangan serta komitmen berterusan seluruh barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK), pengurusan dan kakitangan dalam memastikan koperasi terus berkembang secara mampan.

Dengan keanggotaan seramai 2,326 orang, syer dan yuran melebihi RM30.261 juta, Kumpulan Wang Anggota berjumlah RM47.578 juta, aset koperasi sebanyak RM65.910 juta serta pendapatan mencecah RM4.190 juta, KOOPJB membuktikan bahawa sebuah koperasi mampu berdiri kukuh sebagai institusi ekonomi yang berdaya saing, berintegriti dan memberi nilai tambah kepada setiap anggotanya.

Kejayaan ini adalah hasil daripada budaya kerja yang mengutamakan akauntabiliti, ketelusan, profesionalisme, inovasi dan semangat kerja berpasukan. Setiap keputusan yang dibuat berpaksikan kepentingan anggota, setiap usaha yang dilaksanakan berorientasikan prestasi, dan setiap cabaran dihadapi dengan iltizam untuk terus maju.

Namun, pencapaian ini bukanlah destinasi terakhir. Sebaliknya, ia menjadi penanda aras untuk KOOPJB terus memperkukuhkan kedudukan, meningkatkan prestasi kewangan, memperluaskan aktiviti perniagaan, memperkasa kebajikan anggota serta melonjakkan daya saing agar mampu berada dalam kelompok koperasi terbaik negara pada masa hadapan.

Kejayaan bukan berlaku secara kebetulan. Ia lahir daripada visi yang jelas, kepimpinan yang berwibawa, pengurusan yang cekap dan sokongan padu seluruh warga koperasi.

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota, ALK, pihak pengurusan dan kakitangan yang telah menyumbang kepada pencapaian ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk kita terus melangkah lebih jauh, memperkukuhkan legasi kecemerlangan serta mengangkat nama KOOPJB sebagai sebuah koperasi yang bukan sahaja cemerlang dari segi prestasi, malah menjadi contoh terbaik dalam tadbir urus, integriti dan pembangunan ekonomi koperasi di Malaysia.

“SATU BAGI RAMAI, RAMAI BAGI SATU"

“Bersatu Membina Kekuatan, Berintegriti Mencipta Kepercayaan, Berprestasi Mengukir Kecemerlangan.”

KOOPJB – Dari yang Baik kepada yang Terbaik, demi kemakmuran anggota dan masa depan koperasi yang lebih gemilang.

Sorotan Istimewa MAT59 KOOPJBDengan penuh rasa syukur dan penghargaan, dikongsikan momen-momen bermakna sepanjang berlan...
22/06/2026

Sorotan Istimewa MAT59 KOOPJB

Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, dikongsikan momen-momen bermakna sepanjang berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-59 (MAT59) Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (KOOPJB).

Pihak Pengurusan KOOPJB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh anggota yang telah meluangkan masa untuk hadir, memberikan pandangan, serta melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota koperasi dalam menjayakan MAT59. Kehadiran dan komitmen anda merupakan asas kekuatan yang terus memacu KOOPJB ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

Tahniah juga diucapkan kepada semua penerima cabutan bertuah MAT59. Semoga hadiah yang diterima menambahkan lagi kemeriahan dan kenangan indah sepanjang mesyuarat berlangsung.

Sesungguhnya kejayaan MAT59 adalah hasil kerjasama, kepercayaan dan semangat kebersamaan seluruh warga KOOPJB. Semoga segala keputusan yang telah dipersetujui menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dan kemajuan koperasi demi manfaat bersama.

Insya-Allah, kita akan bertemu kembali pada Mesyuarat Agung Tahunan akan datang dengan semangat yang lebih tinggi, pencapaian yang lebih cemerlang dan aspirasi yang lebih besar untuk KOOPJB.

Bersatu Melangkah, Bersama Mencipta Kejayaan.





Address

No 27-01, Jalan Dataran Larkin 1, Larkin Jaya
Johor Bahru
80350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072232201

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share