16/08/2026
PENYERTAAN KURSUS LEADERSHIP NEGERI JOHOR 2026
Seramai 6 orang anggota RELA dari Taman Teratai, di bawah seliaan Pejabat RELA Daerah Kulai, telah menghadiri Taklimat Kursus Leadership Negeri Johor 2026 yang telah diadakan di PKKR Johor Jaya.
Program ini telah berlangsung selama dua hari, iaitu pada 15 dan 16 Ogos 2026, bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan anggota RELA, di samping memperkukuhkan semangat kerjasama, disiplin, komunikasi serta keupayaan anggota dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas dengan lebih berkesan.
Penyertaan anggota dalam program seperti ini diharapkan dapat melahirkan anggota RELA yang lebih berkeyakinan, berwibawa dan mempunyai kemahiran kepimpinan yang baik dalam menjalankan khidmat kepada masyarakat dan negara.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anggota RELA yang telah menyertai kursus ini.