11/12/2024
BENGKEL TPLINK INTEGRATED NETWORKING FOR EDUCATION DAN PERLAWANAN BOWLING.
Tarikh : 5 Disember 2024
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna SMK Majidee Baru 2 & Daiman Bowl Johor Jaya
Peserta : SPMK, PTIS Johor Bahru, PTIS Pasir Gudang, PTIS Kulai & FT Kolej Vokasional
Penceramah : En. Lai Jun Yik (Assistant Product Manager TP-Link)
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mewujudkan jaringan dua hala bersama TPLINK Distribution Malaysia bersama Pasukan Teknikal ICT Sekolah Johor Bahru dari segi perkongsian penggunaan peralatan internet yang terkini. Program ini dapat mengeratkan silaturrahim antara PTIS dari Daerah lain dan juga melibatkan PTIS dari Kolej Vokasional, SMK Teknik dan Sekolah Seni Malaysia.
Alhamdulillah, secara keseluruhan semua aturcara dapat dijalankan dengan baik dan lancar dengan izin-Nya. Kerjasama semua pihak telah berjaya melancarkan lagi program yang telah direncanakan.