26/03/2025
Terimalah sebuah cerita tentang cinta, penerimaan dan SYUKUR dari kami di Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh.
Hakikat penzahiran sebuah kesyukuran atas takdir dan ketentuan, mencipta cinta dan kasih sayang di bawah bumbung sebuah teduhan yang menjadi rumah untuk mereka sentiasa pulang.
Penerapan bahawa sebuah kejayaan bukan semata sekeping sijil atau segunung intan, tetapi kejayaan sebenar adalah apabila kita mampu mensyukuri sebuah kehidupan, walau segelap mana masa lalu yang yang menjadi laluan perjalanan ke masa hadapan.
Terima kasih buat kalian yang tidak pernah mengenal jemu memberi sokongan dan meletak segala kepercayaan untuk memberi anak-anak ini cahaya baru mencorak impian dan harapan. Sumbangan anda bukan hanya memberikan mereka makan minum, pakaian, pendidikan tetapi sebuah kehidupan.
Semoga segala amal kita diterima dan silaturrahim kita akan terus berkekalan.
Untuk kalian yang ingin terus menyumbang sebuah keikhlasan yang lahir dari hati boleh menerusi :-
NO AKAUN RASMI :
Pertubuhan Kebajikan Fitrah Qaseh Johor Bahru
8009889244 CIMB Bank
12C, Jalan Sabar,
Taman Dato Onn, Larkin
80350 Johor Bahru, Johor
Atau hubungi Cik Aieen
https://wa.me/60195480882
Salam Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin♥️