Jabatan Mufti Johor

Jabatan Mufti Johor Jabatan M***i Johor

Semoga setiap langkah menuju ketaatan dipermudahkan dan setiap doa yang dipanjatkan diterima oleh Allah SWT.. Jangan lup...
03/09/2026

Semoga setiap langkah menuju ketaatan dipermudahkan dan setiap doa yang dipanjatkan diterima oleh Allah SWT.. Jangan lupa memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ..✨️





***iJohor

KASIH SAYANG ASAS UKHUWAHMarilah kita menyuburkan ukhuwah dengan saling mendoakan, membantu dan menginginkan kebaikan bu...
01/09/2026

KASIH SAYANG ASAS UKHUWAH

Marilah kita menyuburkan ukhuwah dengan saling mendoakan, membantu dan menginginkan kebaikan buat saudara kita sebagaimana kita menginginkannya untuk diri sendiri. 🌿

Kasih sayang mengikat hati, ukhuwah menguatkan ummah..

***iJohor

Jabatan M***i Johor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-69 Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati....
30/08/2026

Jabatan M***i Johor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-69 Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati..

MENUNAIKAN HAK SESAMA MANUSIAIslam mendidik kita agar sentiasa menunaikan hak sesama manusia dengan penuh amanah dan ihs...
26/08/2026

MENUNAIKAN HAK SESAMA MANUSIA

Islam mendidik kita agar sentiasa menunaikan hak sesama manusia dengan penuh amanah dan ihsan.

🌿 Akhlak terpelihara, integriti terbina, kehidupan lebih harmoni.

***iJohor



26/08/2026
26/08/2026
SALAM MAULIDUR RASUL 1448HMarilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memp...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah serta meneladani akhlak Baginda dalam setiap aspek kehidupan.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus subur dalam jiwa, memperkukuh ukhuwah dan membimbing kita menuju kehidupan yang diredai Allah SWT.


BICARA AKIDAH 2026 PERKUKUH PEGANGAN ASWJ DALAM KALANGAN MAHASISWA UTHMPAGOH, 20 Ogos 2026 – Jabatan M***i Johor dengan ...
22/08/2026

BICARA AKIDAH 2026 PERKUKUH PEGANGAN ASWJ DALAM KALANGAN MAHASISWA UTHM

PAGOH, 20 Ogos 2026 – Jabatan M***i Johor dengan kerjasama Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (iSWAJ), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program Bicara Akidah: M***i Bersama Mahasiswa 2026 bertempat di Dewan A9, UTHM Kampus Pagoh.

Program yang melibatkan para pelajar baru di UTHM Kampus Pagoh ini menjadi salah satu usaha berterusan dalam memperkukuh kefahaman dan penghayatan terhadap akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), khususnya dalam kalangan generasi muda yang bakal menjadi pewaris kepimpinan masyarakat pada masa akan datang.

Penganjuran program ini turut memberi ruang kepada mahasiswa untuk mendapatkan pencerahan berkaitan kepentingan akidah yang sahih sebagai asas pembentukan jati diri, pemikiran dan sahsiah seorang Muslim. Dalam mendepani perkembangan dunia semasa yang semakin kompleks, kefahaman agama yang kukuh amat penting bagi memastikan mahasiswa mampu menilai pelbagai bentuk pemikiran, fahaman dan ideologi berdasarkan neraca ilmu serta prinsip Islam yang sebenar.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Baharin bin Jalal, Ketua Penolong M***i Bahagian Fatwa, Jabatan M***i Negeri Johor, selaku wakil rasmi Sahibus Samahah Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad, M***i Negeri Johor.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Prof. Ts. Dr. Azme bin Khamis, Pengerusi Majlis Profesor Universiti, selaku wakil rasmi Naib Canselor UTHM; YBrs. Prof. Madya Dr. Khairun Nidzam bin Ramli, Pengarah iSWAJ UTHM; YBrs. Dr. Muhammad Faizal bin Ismail, Dekan Pusat Pengajian Diploma UTHM; serta Sahibul Fadilah Tuan Haji Mahzan bin Ibrahim, Ketua Penolong M***i Bahagian Falak, Jabatan M***i Negeri Johor.

Program ini juga menjadi platform interaksi antara Jabatan M***i Negeri Johor dan institusi pengajian tinggi dalam menyampaikan kefahaman Islam yang berteraskan ilmu dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiyah. Perkongsian yang diketengahkan memberi objektif yang tinggi dalam membantu mahasiswa mengenal pasti cabaran pemikiran semasa serta membina pengukuhan akidah dalam kehidupan mereka.

Kerjasama strategik antara iSWAJ UTHM, Jabatan M***i Negeri Johor dan PPD UTHM ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasakan pendidikan akidah serta pembangunan sahsiah mahasiswa. Usaha seumpama ini wajar diteruskan melalui pelbagai program ilmu yang bersifat semasa, interaktif dan dekat dengan realiti kehidupan generasi muda.

Address

Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar
Johor Bahru
80990

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072076500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Mufti Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Mufti Johor:

Shortcuts

Share