Balai Polis Larkin IPD JBS

Balai Polis Larkin IPD JBS Balai Polis Larkin

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA POLIS BALAI LARKIN IPD JOHOR BAHRU SELATAN , 29 September 2025 (Isnin) | 10.00 pagi – Ma...
29/09/2025

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA POLIS BALAI LARKIN IPD JOHOR BAHRU SELATAN

, 29 September 2025 (Isnin) | 10.00 pagi – Majlis Serah Terima Tugas bagi jawatan Ketua Polis Balai Larkin, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan telah berlangsung dengan penuh tertib dan istiadat di Bilik Mesyuarat, Aras 5, IPD Johor Bahru Selatan.

Majlis disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, YDH ACP Raub Bin Selamat, melibatkan penyerahan tugas Ketua Polis Balai Larkin oleh Insp. Zulkifly Bin Abdullah kepada pengganti beliau Insp. Thesingan A/L Sivakumar. Tahniah diucapkan kepada kedua-duanya & selamat menjalankan tugasan ditempat baru masing-masing.



PROGRAM PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA PASUKAN BALAI POLIS LARKIN DAN KPDNKK JOHOR , 11 Ogos 2025 – Satu perl...
11/08/2025

PROGRAM PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA PASUKAN BALAI POLIS LARKIN DAN KPDNKK JOHOR

, 11 Ogos 2025 – Satu perlawanan persahabatan bola sepak telah berlangsung antara pasukan Balai Polis Larkin (Jersi biru) dan pasukan KPDNKK Johor (Jersi merah).
Perlawanan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara anggota polis dan Jabatan lain. Selain itu, dapat memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga PDRM. Acara ini juga menjadi platform untuk mendorong gaya hidup sihat dan kesejahteraan mental di kalangan peserta.
Perlawanan berakhir sekitar jam 7.00 petang dengan keputusan kemenangan berpihak kepada balai polis Larkin 3-1. Program seperti ini akan diteruskan di masa akan datang bagi menggalakkan setiap anggota mengamalkan gaya hidup yang sihat demi kesihatan fizikal dan mental kepada semua anggota.







PERJUMPAAN KETUA POLIS BALAI  LARKIN BERSAMA POLIS BANTUAN LARKIN SENTRAL JOHOR BAHRU  > 06/08/2025 (Rabu) - Perjumpaan ...
06/08/2025

PERJUMPAAN KETUA POLIS BALAI LARKIN BERSAMA POLIS BANTUAN LARKIN SENTRAL JOHOR BAHRU

> 06/08/2025 (Rabu) - Perjumpaan antara KPB Larkin Insp Zulkifly Bin Abdullah bersama (2) anggota Polis Bantuan iaitu SM/PB Noor Azman Bin Yusof dan LK/PB Muhammad Hassanuddin Bin Ahmad bertujuan untuk memperkenalkan T/KPB Larkin yang baru SM Sham Zani Bin Ahmad kepada pihak Polis Bantuan Larkin Sentral.

Semasa perjumpaan itu juga KPB Larkin mengulas beberapa perkara berharap pihak Polis Bantuan Larkin Sentral dapat memberi kerjasama yang baik dan pantas dalam melakukan tugasan. Jika ada apa-apa isu yang menarik mahupun kejadian yang melibatkan risiko berbahaya boleh hubungi terus talian nombor telefon Balai Polis Larkin yang telah sedia ada bagi mendapatkan bantuan dengan segera dari anggota rondaan yang sedang bertugas ketika itu.

Selain itu, perjumpaan tersebut berjalan dengan lancar dan baik dan tiada aduan dari pihak Polis Bantuan.





*PROGRAM PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA PASUKAN BALAI POLIS LARKIN DAN BOMBA JOHOR* , 02Julai 2025 – Satu per...
02/07/2025

*PROGRAM PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA PASUKAN BALAI POLIS LARKIN DAN BOMBA JOHOR*

, 02Julai 2025 – Satu perlawanan persahabatan bola sepak telah berlangsung antara pasukan Balai Polis Larkin (Jersi biru) dan pasukan Bomba Johor (Jersi kuning).
Perlawanan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara anggota polis dan Jabatan lain. Selain itu, dapat memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga PDRM. Acara ini juga menjadi platform untuk mendorong gaya hidup sihat dan kesejahteraan mental di kalangan peserta.
Perlawanan berakhir sekitar jam 7.00 petang dengan keputusan kemenangan berpihak kepada balai polis Larkin 3-2. Program seperti ini akan diteruskan di masa akan datang bagi menggalakkan setiap anggota mengamalkan gaya hidup yang sihat demi kesihatan fizikal dan mental kepada semua anggota.







27/04/2025

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA..

> 27/04/2025 (AHAD) - Penghargaan kepada anggota polis Balai Polis Larkin, Johor Bahru Selatan iaitu Lans Koperal Sharif Bin A. Aco anggota Kuanter Aduan Balai Polis Larkin membantu seorang Warga Emas yang telah selesai berurusan di Balai Larkin.

Warga Emas yang dibantu mengucapkan terima kasih. Bagi kami, ini bukan sekadar tugas, ia adalah tanggungjawab dan akan terus berkhidmat dengan dedikasi, kerana *Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada!*





09/04/2025

ANGGOTA BALAI POLIS LARKIN MEMBANTU ORANG AWAM YANG MENGALAMI KEROSAKAN KENDERAAN

> 09/04/2025 (Rabu) - Dua anggota polis dari Unit Ronda Cegah Jenayah, Balai Polis Larkin telah membantu seorang lelaki bangsa cina mengalami kerosakan kenderaan di Jalan Tun Abdul Razak menolak ke bahu jalan bagi mengelak kesesakan lalulintas.

Konstabel Sukri bersama rakan setugas Konstabel Yoo Yong Chun yang ketika itu sedang menjalankan rondaan, sekali gus menjaga keselamatan awam dan mengurangkan risiko kejadian tidak diingini daripada berlaku.





SUMBANGAN BARANGAN MAKANAN RINGAN DARIPADA KILANG BJC(MALAYSIA) SDN.BHD  > 11/03/2025 (Selasa) - Insp Zulkifly Bin Abdul...
11/03/2025

SUMBANGAN BARANGAN MAKANAN RINGAN DARIPADA KILANG BJC(MALAYSIA) SDN.BHD

> 11/03/2025 (Selasa) - Insp Zulkifly Bin Abdullah (KPB Larkin) bersama Sjn Mohd Rozi Bin Darman telah menerima sumbangan dari Pihak kilang BJC diwakili oleh Dato' Kassim Ali Mydin (HR Director) bersama 3 pekerja kilang beberapa makanan ringan dan air mineral sebagai bukti hubungan akrab pihak kilang dengan Balai Polis Larkin dan juga sebagai sumbangan BJC kilang ke Balai Larkin.



PROGRAM CERAMAH PENCEGAHAN JENAYAH DAN SALAH LAKU DI SEKOLAH AGAMA DATO' ONN JAAFAR LARKIN JOHOR BAHRU  > 14/01/2025 (Se...
14/01/2025

PROGRAM CERAMAH PENCEGAHAN JENAYAH DAN SALAH LAKU DI SEKOLAH AGAMA DATO' ONN JAAFAR LARKIN JOHOR BAHRU

> 14/01/2025 (Selasa) - SM Mohd Fauzi bin Yahya (Timbalan KPB Larkin) bersama 2 Anggota Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Balai Polis Larkin telah menghadiri jemputan program memberi ceramah mengenai (Pencegahan Jenayah Dan Salah Laku) di Sekolah Agama Dato' On Jaafar Larkin kepada pelajar sekolah seramai (905) berserta (15) orang cikgu sekolah turut mengikuti program ceramah tersebut.

Selain itu, program tersebut memberi kerjasama antara pihak polis kepada pihak sekolah bagi membantu menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah sehingga selesainya program berakhir pada jam 05:30 petang tadi telah berjalan dengan lancar dan baik.





PROGRAM PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA PASUKAN BALAI POLIS LARKIN DAN PASUKAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH  , 26 ...
26/12/2024

PROGRAM PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA PASUKAN BALAI POLIS LARKIN DAN PASUKAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH

,
26 DESEMBER 2024 – Satu perlawanan persahabatan bola sepak telah berlangsung antara pasukan Balai Polis Larkin dan pasukan Hospital Sultanah Aminah di padang Arena Bdr Dato Onn Johor Bahru.

Perlawanan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara anggota polis dan penduduk setempat. Selain itu, dapat memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga PDRM. Acara ini juga menjadi platform untuk mendorong gaya hidup sihat dan kesejahteraan mental di kalangan peserta.

Perlawanan berakhir sekitar jam 7.00 petang dengan keputusan 7-4 kemenangan berpihak kepada pasukan Hospital Sultanah Aminah.Program seperti ini akan diteruskan di masa akan datang bagi menggalakkan setiap anggota mengamalkan gaya hidup yang sihat demi kesihatan fizikal dan mental kepada semua anggota.






Address

Jalan Dato Jaafar
Johor Bahru
80350

Telephone

+6072182330

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Larkin IPD JBS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share