02/09/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐,๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
JOHOR BAHRU, 1 SEPTEMBER 2026 - Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 28 Ogos 2026, menjatuhkan hukuman denda keseluruhan berjumlah RM 210,000 ke atas sebuah syarikat dalam sektor pembuatan setelah pengarah syarikat berkenaan mengaku bersalah atas 14 pertuduhan berkaitan pemasangan loji tanpa kelulusan bertulis.
Mengikut pertuduhan 1 hingga 14, syarikat berkenaan didakwa gagal sebagai penghuni di mana telah memasang atau menyebabkan untuk dipasang unit loji yang ditetapkan di bawah Seksyen 27B Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) iaitu unit chain hoist, goods hoist dan air receiver tank tanpa terlebih dahulu mendapatkan kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 27C (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Mahkamah menjatuhkan denda RM 15,000 bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan denda yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM 210,000. Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JKKP Johor berdasarkan siasatan komprehensif yang dijalankan oleh Pegawai Penyiasat JKKP Johor.
JKKP Johor menegaskan bahawa pihak jabatan mengambil sikap tegas dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan atau penghuni tempat kerja yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pemasangan loji berisiko hendaklah mengikut perundangan yang ditetapkan bagi memastikan integriti loji serta mencegah kemalangan di tempat kerja.
"Tindakan perundangan ini bukanlah bertujuan untuk menghukum semata-mata, tetapi berfungsi sebagai peringatan tegas kepada semua majikan agar sentiasa mematuhi keperluan yang ditetapkan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturan di bawahnya."
Sekian Terima Kasih
๐๐ข๐ค๐๐ฅ๐ฎ๐๐ซ๐ค๐๐ง ๐๐ฅ๐๐ก:
๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก
๐๐๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ค๐๐ซ๐ฃ๐๐๐ง ๐๐จ๐ก๐จ๐ซ
๐๐๐ฆ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ข๐๐ง ๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐
๐ ๐๐๐ฉ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐