Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, JKN Johor

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, JKN Johor Memastikan keselamatan makanan dan mempertingkatkan integriti negara dalam keselamatan dan kualiti m

๐Ÿšจ **WARNING: JURI EKSA NAK DATANG!** ๐ŸšจWarga BKKM JKN Johor, sila ambil perhatian sebelum korang "ditegur" secara berhema...
21/08/2026

๐Ÿšจ **WARNING: JURI EKSA NAK DATANG!** ๐Ÿšจ

Warga BKKM JKN Johor, sila ambil perhatian sebelum korang "ditegur" secara berhemah!

**๐Ÿ“† Tarikh Penilaian:** 24 Ogos 2026 (Isnin ini sahaja!)

**Kategori Bertunang... eh, Dipertandingkan:**

* ๐Ÿ’ผ **Bilik Pegawai Terbaik:** Meja penuh fail bertimbun tu, tolong bagi "bernafas" sikit.
* โ˜• **Ruang Guna Sama Terbaik:** Pantri yang cawan bersepah, bilik mesyuarat, & kaunterโ€”sila buat *magic* bagi berkilat.
* ๐Ÿšฝ **Tandas Terbaik:** Kategori paling jujur. Jangan bagi juri tahan nafas!

*Amalkan EKSA di tempat kerja kita.* Kemas sekarang, esok lusa tinggal senyum je depan juri. Good luck guys! ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ’ช

20/08/2026
Tahniah UTHM Johor, Batu Pahat yang telah menganjurkan Program Keselamatan Makanan ke arah pencegahan keracunan makanan ...
20/08/2026

Tahniah UTHM Johor, Batu Pahat yang telah menganjurkan Program Keselamatan Makanan ke arah pencegahan keracunan makanan dan pelaksanaan Pengiktirafan BeSS pengendali makanan untuk kafeteria dan premis makanan dalam UTHM.

Program melibatkan pengisian taklimat berkaitan keselamatan makanan,kebersihan premis makanan dan pengiktirafan BeSS dari Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.

Keselamatan makanan tanggungjawab bersama.




BASUHLAH TANGAN DENGAN BETUL1.Basahkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna2.Gosok Kedua-dua tapak tangan3.Gosok Set...
17/08/2026

BASUHLAH TANGAN DENGAN BETUL

1.Basahkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna
2.Gosok Kedua-dua tapak tangan
3.Gosok Setiap jari dan celah jari
4.Gosok kuku di tapak tangan
5.Gosok belakang tangan dan celah jari
6.Basuh tangan dengan air bersih secukupnya
7.Keringkan tangan dengan tisu kering dan bersih

Amalkan membasuh tangan:

โ€ข Selepas ke tandas
โ€ข Sebelum makan
โ€ข Sebelum dan semasa menyediakan makanan
โ€ข Apabila menyentuh bahan mentah, permukaan tercemar; muka, hidung, telinga dan lain-lain anggota badan
โ€ข Bila-bila masa tangan anda kotor

Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit.
Keputusan di tangan anda.

Pesanan : BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN
Like dan follow : facebook.com/bkkmjknjohor




Fakta Tentang TelurApa perlu anda tahuBakteria โ€“ SalmonellaPuncaNajis Ayam (habitat subur bagi bakteria ini di dalam usu...
12/08/2026

Fakta Tentang Telur
Apa perlu anda tahu

Bakteria โ€“ Salmonella

Punca
Najis Ayam (habitat subur bagi bakteria ini di dalam usus haiwan & manusia

Risiko
Keracunan makanan
Symptom :
*kekejangan otot, demam (12 โ€“ 72 jam selepas makan), Cirit โ€“ birit (Pemulihan 4-7 hari)

Cara kendali telur
*CUCI Telur sebelum gune
*Masak dengan SEMPURNA.

CUCI SEBELUM GUNA

Pesanan : BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN
Like dan follow : facebook.com/bkkmjknjohor




PROGRAM GOTONG-ROYONG EKSABahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ)Warga BKKM...
31/07/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG EKSA
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ)

Warga BKKM, JKNJ berganding bahu menjayakan Program Gotong-Royong EKSA dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang lebih bersih, kemas dan kondusif.

๐Ÿ“… 4 Ogos 2026 (Selasa)

PROGRAM SAMBUTAN HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA DAN WALKABOUT PREMIS BERSIH, BEBAS ASAP ROKOK (BeBAS) PERINGKAT NEGERI JOHO...
31/07/2026

PROGRAM SAMBUTAN HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA DAN WALKABOUT PREMIS BERSIH, BEBAS ASAP ROKOK (BeBAS) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026
Program Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia dan Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap Rokok (BeBAS) Peringkat Negeri Johor telah berjaya dilaksanakan pada 25 Julai 2026 di Medan Selera Jalan Abdul Rahman, Muar.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat pemilihan premis makanan bersih dan mendapat pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS), pendedahan bahaya penggunaan tembakau serta menggalakkan pembudayaan persekitaran yang bersih, sihat dan bebas asap rokok.

Penyerahan plak dan sijil Pengiktirafan BeSS kepada semua premis makanan di Medan Selera Jalan Abdul Rahman, Muar telah disampaikan oleh Tuan Pengarah Kesihatan Negeri Johor semasa program Walkabout BeBAS.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Dr. Haji Mohtar bin Pungut @ Haji Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, selaku perasmi program, serta kepada semua dif kehormat yang hadir:
โ€ข YDP Tn. Hj. Norrizam bin Muhamad
โ€ข YBrs. Dr. Siti Khatijah binti Abdul Rahim
โ€ข YBrs. En. Kamarudzamanl bin Ahmad
โ€ข YBrs. Dr. Nur Ezzah binti Abd Rahim

Ada BeSS, barulah best!

Bersama Hapuskan Rokok, Cipta Johor Bebas Asap Rokok.

Credit kepada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
28/07/2026

Credit kepada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

๐Ÿฝ๏ธ ๐— ๐—˜๐—ก๐—จ ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ: ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—–๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง

Kadang-kadang kita ingat berbuka perlu hidangan yang banyak dan berat.โŒ

Sebenarnya, menu yang ringkas pun sudah mencukupi asalkan disediakan dengan cara yang bersih dan selamat. ๐Ÿ˜Š

Pilihan makanan yang mudah juga membantu mengurangkan risiko pencemaran makanan ketika penyediaan.โœ…๐Ÿ˜‰

๐Ÿฝ๏ธ ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—จ ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐Ÿ‘‡

๐Ÿฅ™ Wrap atau sandwich
Potong ayam kepada saiz kecil sebelum digoreng bersalut. Panaskan tortilla atau roti di atas pan sebelum membalut ayam.

๐Ÿณ Hidangan Telur (cth: Telur Masak Kicap๐Ÿคค)
Pastikan telur dibasuh bersih sebelum digunakan.
Goreng telur hingga masak sepenuhnya dan elakkan telur separa masak.

๐Ÿฒ Aneka sup ( Cth: Sup Ayam๐Ÿ“)
Potong ayam kepada saiz kecil supaya cepat masak.
Gunakan 1 atau 2 jenis sayur sahaja bagi memudahkan penyediaan.

Yang paling penting penting, walau apa pun hidangan yang dimasak, sentiasa pastikan untuk
๐Ÿ” PERHATI & PILIH bahan mentah yang segar dan bersih, hidangan dimasak dengan sempurna dan dihidang dengan selamat๐Ÿ‘๐Ÿป

๐ŸŒ™ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—œ๐—•๐—”๐——๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก
Berbuka tidak perlu berlebihan. Pilihan yang sederhana namun dimasak dengan selamat dan kasih sayang ๐Ÿฅฐ sudah lebih dari cukup untuk dinikmati ketika berbuka bersama keluarga๐Ÿ˜‰



Credit Kepada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
28/07/2026

Credit Kepada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

๐—ก๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ, ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ! ๐Ÿ„โš ๏ธ

Tengah belek-belek media sosial tengok isu semasa, nampak ada orang post gambar tunjuk hasil tuaian cendawan busut. Banyak amat. Min pun geram tengok...teringin jugak sebenarnya nak pegi mencari jugak.

Dekat ruangan komen pun meriah, ramai juga yang teruja cakap: "Eh, dekat belakang rumah saya pun ada banyak ni. Boleh makan ke? Nak petik juga lah buat lauk!"

Risau p**a admin baca. Yela, minggu ni kes keracunan cendawan tengah naik. Takut ada yang tersilap petik ๐—–๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐˜†๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐˜€๐˜‚ (Chlorophyllum molybdites) sebab tertukar dengan cendawan busut yang boleh memudaratkan kesihatan.

Kalau nak petik juga, pastikan PERHATI & PILIH betul-betul yeโ€ฆ.

Kenal pasti ciri-ciri ๐—–๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐˜€๐˜‚๐˜ yang sebenar:๐Ÿ‘‡

1๏ธโƒฃ ๐—ง๐—ผ๐—ฝ๐—ถ/๐—ฃ๐—ฎ๐˜†๐˜‚๐—ป๐—ด: Berbentuk payung, berwarna putih, kelabu, atau keperangan dengan permukaan yang licin.

2๏ธโƒฃ ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ถ: Mempunyai tangkai yang tegap dan panjang.

3๏ธโƒฃ ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ: Keunikan utamanya mempunyai akar yang panjang menjalar ke dalam tanah

4๏ธโƒฃ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ถ๐˜‡: Boleh tumbuh dalam saiz yang agak besar

Kalau betul yakin morfologinya tepat, baru boleh petik. Tapi kalau ragu-ragu...elok janganla dipetik dan dimasak...

Jangan risikokan kesihatan diri anda dan keluargaโ•

โš ๏ธ Ingat, kalau ragu-ragu, JANGAN PETIK! ๐Ÿšซ

"Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama"





Credit kepada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
28/07/2026

Credit kepada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

๐Ÿ›‘ ๐“๐ˆ๐€๐ƒ๐€ ๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐Š๐Š๐Œ, ๐“๐ˆ๐€๐ƒ๐€ ๐“๐„๐๐ƒ๐„๐‘ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐! ๐Ÿ›‘

โŒ Jangan ambil mudahโ—๏ธ

Bermula ๐Ÿ ๐…๐„๐๐‘๐”๐€๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, pengiktirafan KKM bukan lagi pilihan, tetapi PRA-SYARAT WAJIB bagi perolehan pembekalan makanan bermasak/ perkhidmatan penyedia makanan kerajaan.

KKM mewajibkan semua pembekal makanan dalam perolehan kerajaan di lokasi terpilih dan 9 kementerian terlibat di seluruh negeri untuk memiliki salah satu daripada sijil KKM berikut:

โœ… Trust MyCatering
โœ… Home-Based Food
โœ… BeSS

๐Ÿ“Œ๐Ÿ“ฒImbas kod QR pada poster untuk senarai penuh kementerian yang terlibat

๐Ÿ“Œ๐Ÿ“ฉEmel ke [email protected] untuk pertanyaan lanjut.

Jom tingkatkan standard perkhidmatan anda sekarang! ๐Ÿคโœจ

Address

Kempas Baru
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072382239

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, JKN Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, JKN Johor:

Shortcuts

Share