Tabung Waqaf Rakyat Johor

Tabung Waqaf Rakyat Johor Perbadanan Islam Johor (PIJ) telah menubuhkan Tabung Waqaf Johor (TWRJ) pada tahun 2016

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه**ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ*🕌 INTISARI...
21/08/2026

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*
*ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ*

🕌 INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT 🕌
📆 TARIKH : 8 RABIUL AWAL 1448H/ 21 OGOS 2026

📜 TAJUK: KERINDUAN TERHADAP JUNJUNGAN MULIA

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman dalam Surah Al-Anbiya Ayat 107 yang bermaksud:
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

1️⃣. Bertakwa kepada Allah SWT.

2️⃣. Rasa rindu di hati terhadap Baginda Rasulullah SAW merupakan suatu perasaan dan anugerah yang sangat istimewa. Ini kerana Rasulullah SAW telah meninggalkan kita lebih daripada 1,400 tahun yang lalu, namun perasaan rindu itu masih mampu wujud merentasi sempadan masa dan tempat.

3️⃣. Nabi Muhammad SAW diutuskan bukan sekadar sebagai seorang pemimpin untuk bangsa Arab, malah usaha dakwah Baginda tersebar dengan meluas ke seluruh alam. Allah SWT memberikan gambaran tentang sebab utama mengapa Baginda diutuskan kepada umat manusia, iaitu sebagai rahmat kepada seluruh alam.

4️⃣. Baginda Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita tentang tauhid serta meninggalkan kepada kita seribu satu ilmu dan hikmah. Marilah kita menghayati akhlak yang diajarkan oleh Baginda dalam perihal berkasih sayang.

Pertama, Rasulullah SAW sangat menunjukkan kasih sayang yang mendalam terhadap golongan fakir dan miskin. Baginda tidak pernah menghina atau merendah-rendahkan golongan tersebut, bahkan Baginda sering duduk bersama-sama dengan mereka.

5️⃣. Baginda juga akrab dengan golongan Ahli Suffah, iaitu golongan fakir dan miskin yang tinggal di serambi Masjid Nabawi. Rasulullah SAW memberikan perhatian yang lebih kepada mereka. Baginda memberikan makanan kepada mereka, menyampaikan ilmu serta membenarkan masjid dijadikan sebagai tempat perlindungan mereka.

6️⃣. Baginda mengajar umatnya bahawa kemuliaan manusia tidak terletak pada harta kekayaan dan bukan juga pada paras rupa, tetapi pada amalan dan ketakwaan yang ada pada diri seseorang. Maka, jelaslah bahawa kasih sayang yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW terhadap golongan miskin merupakan suatu teladan penting untuk dipelajari agar kita tidak menjadi manusia yang sombong dengan harta yang dimiliki.

7️⃣. Kedua, Rasulullah SAW sering menzahirkan kasih sayang Baginda terhadap ahli keluarga dan anak-anak kecil. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Rasulullah SAW pernah mencium cucu Baginda yang bernama Hasan di hadapan seorang sahabat yang bernama al-Aqra‘ bin Habis. Lalu al-Aqra‘ berkata:

“Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku tidak pernah mencium seorang pun daripada mereka.”

Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya:

“Barang siapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi.”

8️⃣. Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW pernah memanjangkan sujud Baginda kerana memberi ruang kepada cucu Baginda, iaitu Saidina Hasan, yang sedang bermain di atas belakang Baginda. Para sahabat ketika itu menyangka Baginda terlupa dalam solat. Namun, setelah selesai solat, Baginda menjelaskan bahawa Baginda hanya menunggu cucunya turun agar tidak mengganggu keseronokan cucunya yang sedang bermain.

9️⃣. Ketiga, Rasulullah SAW juga sangat kasih terhadap umatnya. Kasih sayang Baginda terhadap umatnya bukan hanya kepada para sahabat yang hidup bersama Baginda, bahkan meliputi semua umatnya yang hidup pada hari ini sehingga ke akhir zaman.

🔟. Kesimpulannya, marilah kita meneladani sifat kasih sayang ini dalam kehidupan kita. Sesungguhnya, sifat kasih dan sayang bukanlah suatu tanda kelemahan, tetapi merupakan kekuatan yang mampu menyatukan manusia serta menarik rahmat Allah SWT.

Wallahu a‘lam.

[Infografik oleh : Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JAINJ]



💚 AYUH BANGSA JOHOR! JOM BERWAKAF BERSAMA TWRJ! 💚📍 Jumpa kami di Pusat Dialisis Perbadanan Islam Johor (PIJ) Cawangan Se...
21/08/2026

💚 AYUH BANGSA JOHOR! JOM BERWAKAF BERSAMA TWRJ! 💚

📍 Jumpa kami di Pusat Dialisis Perbadanan Islam Johor (PIJ) Cawangan Senggarang, Batu Pahat, Johor sempena Majlis Perasmian Pusat Dialisis PIJ Cawangan Senggarang dan Program Jom Bantu Kotak Makanan!

📅 21 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ 10.00 pagi – 11.30 pagi
📍 Pusat Dialisis PIJ Cawangan Senggarang, Batu Pahat, Johor

✨ Jangan lupa singgah ke reruai Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) dan kenali lebih dekat usaha wakaf dalam membantu membangunkan ummah.

🤲 Jom berwakaf hari ini.
Kerana setiap sumbangan yang diberi, insya-Allah menjadi amal yang terus mengalir manfaatnya.

🌿 WAKAF DIBERI, PAHALA ABADI.






*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه**ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ*🕌 INTISARI...
14/08/2026

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*
*ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ*

🕌 INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT 🕌
📆 TARIKH : 1 RABIUL AWAL 1448H/ 14 OGOS 2026

📜 TAJUK: KEMULIAAN DISEBALIK SEMPADAN

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman dalam Surah Al-Anfal Ayat 74 yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia."

1️⃣ Bertakwa kepada Allah SWT.

2️⃣ Keadaan bergolak yang berlaku di sesetengah negara telah menyebabkan sebahagian rakyat di negara tersebut berhijrah ke tempat lain. Begitu juga, ada sebahagian daripada mereka yang telah berhijrah ke negara kita untuk menumpang teduh.

3️⃣ Sebagai umat Islam, menjadi keutamaan kita untuk menghulurkan bantuan dan menunjukkan simpati kepada mereka yang memerlukan, khususnya terhadap mereka yang sedang ditimpa kesusahan. Persaudaraan Islam tidak dibatasi oleh sempadan negara, bangsa atau bahasa, bahkan diikat oleh akidah yang sama.

4️⃣ Begitulah semangat para sahabat RA ketika peristiwa hijrah. Orang Ansar di Madinah begitu cekal untuk menerima kehadiran golongan Muhajirin walaupun mereka sendiri berhadapan dengan kekurangan.

5️⃣ Rasulullah SAW juga mengajar kepada kita bahawa orang-orang beriman itu ibarat satu tubuh. Apabila salah satu anggota jatuh sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya.

6️⃣ Terdapat beberapa panduan penting yang seharusnya dipegang oleh umat Islam dalam mendepani saudara-saudara kita yang digelar sebagai pelarian ini.

Pertama, Rasulullah SAW mendidik kita supaya menjadi umat yang santun dan beradab. Sesungguhnya Allah tidak meletakkan kemuliaan pada sesebuah bangsa dan bukan juga pada warna kulit. Akan tetapi, kemuliaan seseorang itu adalah berdasarkan ketakwaannya kepada Allah SWT.

7️⃣ Kedua, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segelintir daripada kumpulan pelarian ini yang menunjukkan sikap tidak baik ketika berada di negara kita. Mereka gagal memahami budaya dan adat resam masyarakat tempatan. Ada dalam kalangan mereka yang melakukan jenayah dan tidak kurang juga yang berlaku kasar. Namun, perkara ini bukanlah ruang untuk kita melepaskan kemarahan terhadap keseluruhan mereka.

8️⃣ Mereka datang dari pelbagai negara. Ada yang datang dari Timur Tengah, negara-negara Afrika dan ada juga dari Asia Tenggara. Masing-masing datang dengan pelbagai latar belakang dan budaya yang berbeza. Sekiranya terdapat jenayah atau kesalahan yang dilakukan, maka kita serahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang.

9️⃣ Kesimpulannya, marilah kita menjiwai semangat sebagai seorang mukmin yang sejati. Jika kita marah, maka biarlah kemarahan itu berpada-pada. Janganlah sesekali menghina dan menunjukkan rasa kebencian yang melampau terhadap saudara-saudara kita kerana perbezaan bangsa, negara, warna kulit dan budaya, apatah lagi menggunakan kekerasan ke atas mereka.

Wallahu a‘lam.

[Infografik oleh : Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JAINJ]



MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI JOHOR TAHUN 202630 Julai, Johor Bahru – TWRJ tela...
10/08/2026

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI JOHOR TAHUN 2026

30 Julai, Johor Bahru – TWRJ telah menyalurkan tajaan berjumlah RM200,000.00 kepada Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bagi menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Tahun 2025 Kali Ke-18.

Sumbangan ini merupakan manifestasi komitmen TWRJ dalam memperkasa pendidikan Islam di Negeri Johor serta menghargai kecemerlangan para pelajar, huffaz dan institusi pendidikan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelbagai peperiksaan, antaranya Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), Sijil Darjah Enam Agama (SDEA), Sijil Darjah Khas Agama (SDKA), Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA), Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta Program Tahfiz Al-Quran Johor (PROTAJ) bagi tahun 2025.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor. Turut hadir ialah Tuan Haji Rudy Rizal bin Mohd Hanapi, Timbalan Pengurus Besar PIJ sebagai wakil rasmi Pengurus Besar dan Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan PIJ.

Seramai 257 penerima telah diraikan atas pencapaian cemerlang mereka, melibatkan pelbagai kategori individu dan sekolah. Tahniah juga diucapkan kepada 10 buah Sekolah Terbaik Negeri Johor yang telah membuktikan kecemerlangan melalui prestasi akademik yang membanggakan. Sebagai tanda penghargaan, setiap sekolah menerima sumbangan RM5,000.00 bagi menghargai usaha dan dedikasi seluruh warga sekolah.

Sesungguhnya, setiap sumbangan wakaf merupakan pelaburan berterusan dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Tahniah kepada semua penerima anugerah, para guru, ibu bapa serta seluruh warga sekolah.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus memperkasa pendidikan Islam dan melahirkan lebih ramai generasi cemerlang yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negeri. Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat keberkatan serta ganjaran berterusan di sisi Allah SWT.





KHUTBAH JUMAAT JOHOR HARI INITAJUK : APABILA REZEKI DATANG BERSAMA BARAKAHTARIKH : 7 OGOS 2026 | 23 SAFAR 1448 H[Infogra...
07/08/2026

KHUTBAH JUMAAT JOHOR HARI INI

TAJUK : APABILA REZEKI DATANG BERSAMA BARAKAH
TARIKH : 7 OGOS 2026 | 23 SAFAR 1448 H

[Infografik oleh : Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JAINJ]



02/08/2026

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI JOHOR TAHUN 2026

30 Julai, Johor Bahru – TWRJ telah menyalurkan tajaan berjumlah RM200,000.00 kepada Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bagi menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Tahun 2025 Kali Ke-18. Sumbangan ini merupakan manifestasi komitmen TWRJ dalam memperkasa pendidikan Islam di Negeri Johor serta menghargai kecemerlangan para pelajar, huffaz dan institusi pendidikan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelbagai peperiksaan, antaranya Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), Sijil Darjah Enam Agama (SDEA), Sijil Darjah Khas Agama (SDKA), Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA), Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta Program Tahfiz Al-Quran Johor (PROTAJ) bagi tahun 2025.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor. Turut hadir ialah Tuan Haji Rudy Rizal bin Mohd Hanapi, Timbalan Pengurus Besar PIJ sebagai wakil rasmi Pengurus Besar dan Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan PIJ.

Seramai 257 penerima telah diraikan atas pencapaian cemerlang mereka, melibatkan pelbagai kategori individu dan sekolah. Tahniah juga diucapkan kepada 10 buah Sekolah Terbaik Negeri Johor yang telah membuktikan kecemerlangan melalui prestasi akademik yang membanggakan. Sebagai tanda penghargaan, setiap sekolah menerima sumbangan RM5,000.00 bagi menghargai usaha dan dedikasi seluruh warga sekolah.

Sesungguhnya, setiap sumbangan wakaf merupakan pelaburan berterusan dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Tahniah kepada semua penerima anugerah, para guru, ibu bapa serta seluruh warga sekolah. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus memperkasa pendidikan Islam dan melahirkan lebih ramai generasi cemerlang yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negeri. Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat keberkatan serta ganjaran berterusan di sisi Allah SWT.

YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi
YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid





KHUTBAH JUMAAT JDT HARI INITAJUK : ALAM BARZAKH SEBUAH PERSINGGAHANTARIKH : 31 JULAI 2026 | 16 SAFAR 1448H[Infografik ol...
31/07/2026

KHUTBAH JUMAAT JDT HARI INI

TAJUK : ALAM BARZAKH SEBUAH PERSINGGAHAN
TARIKH : 31 JULAI 2026 | 16 SAFAR 1448H

[Infografik oleh : Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JAINJ]



28/07/2026
PROGRAM SUMBANGAN WAKAF PERALATAN KESIHATAN BAGI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA DI NEGERI JOHOR 202624 Julai, Johor Bahru - TWRJ ...
28/07/2026

PROGRAM SUMBANGAN WAKAF PERALATAN KESIHATAN BAGI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA DI NEGERI JOHOR 2026

24 Julai, Johor Bahru - TWRJ telah melaksanakan Program Sumbangan Wakaf Peralatan Kesihatan bagi sekolah-sekolah agama di Negeri Johor sebagai usaha memperkasa kemudahan perubatan kecemasan serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan kondusif.

Menerusi program ini, sebanyak 160 buah sekolah agama di seluruh Negeri Johor telah menerima sumbangan wakaf peralatan kesihatan yang merangkumi kerusi roda, pengusung (stretcher) dan kit pertolongan cemas, dengan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM240,000.00.

Bagi meninjau pelaksanaan program, lawatan telah diadakan ke Sekolah Agama Bandar Putra 2, Kulai dan Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa, Majidee yang diketuai oleh Tuan Haji Azizi Redza bin Zainal, Pengurus Pembangunan Kanan PIJ, bersama Encik Muhamad Hafiz bin Saimon, Penolong Juruaudit PIJ, serta Encik Muhamad Faisal bin Ahmad, Penolong Pengurus Pembangunan PIJ.

Semoga sumbangan wakaf peralatan kesihatan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak sekolah dalam meningkatkan tahap keselamatan, kebajikan dan kesiapsiagaan dalam menghadapi situasi kecemasan, sekali gus menyokong usaha memperkukuh pembangunan pendidikan Islam di Negeri Johor.





Address

Johor Bahru
80250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6073369200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tabung Waqaf Rakyat Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Tabung Waqaf Rakyat Johor:

Shortcuts

Share