Majlis Perwakilan Pelajar UTM

Majlis Perwakilan Pelajar UTM Exemplary,Energetic & Action-Oriented

Student Representative Council Universiti Teknologi Malaysia

[TINJAUAN: KEBAJIKAN ATLET UTM]你好 , السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, வணக்கம்,Selamat Sejahtera,Sala...
02/06/2026

[TINJAUAN: KEBAJIKAN ATLET UTM]

你好 , السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, வணக்கம்,
Selamat Sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Transformasi Mahasiswa.

Adalah dimaklumkan bahawa Kluster Sukan dan Rekreasi (SUR) telah menghantar satu usul dan akan dibahaskan dalam Parlimen Mahasiswa Sidang 1 yang bakal berlangsung pada 6 Jun 2026 dan 7 Jun 2026, usul tersebut adalah seperti berikut:

'Dewan Ini Mencadangkan Kebajikan Atlet dan Persatuan Sukan Diberikan Tumpuan yang Sewajarnya'

Sebagai mahasiswa/mahasiswi yang terlibat dalam aktiviti sukan atau memahami kepentingan sokongan ini, pandangan anda amat diperlukan untuk menilai kelayakan, impak, dan kebolehlaksanaan usul ini.

🔗 https://forms.gle/2mFHVj2Q6mQNut6w9

Maklumat penting:

1. Terbuka kepada Atlet wakil UTM sahaja.
2. ⁠Saudara/i digalakkan supaya mengisi tinjauan ini sebelum 5 Jun 2026.
3. ⁠Semua respons adalah direkodkan secara anonim dan hanya untuk tujuan penilaian usul.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📲 Irfan Firdaus (Ketua Kluster Pengurusan dan Pentadbiran)
• 01111998538
📲 Asyik (MPP Sukan & Rekreasi)
- 0133666596
📲 Firhad (MPP Sukan & Rekreasi)
- 0112316007

Terima kasih atas kerjasama anda.

Ahli Dewan,
Parlimen Mahasiswa Sidang 1,
Universiti Teknologi Malaysia,
Sesi 2025/2026.

Disiarkan oleh:
Jabatan Komunikasi, Media dan Strategi
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2025/2026

[HARI KEPUTERAAN RASMI YANG DI-PERTUAN AGONG 2026]‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 大家好, வணக்கம்,Salam Sejahtera,Salam U...
31/05/2026

[HARI KEPUTERAAN RASMI YANG DI-PERTUAN AGONG 2026]

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 大家好, வணக்கம்,
Salam Sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Transformasi Mahasiswa.

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Sesi 2025/2026 merafak sembah dan menjunjung kasih serta merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya ke atas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta negara Malaysia sentiasa berada dalam keadaan aman, makmur dan sejahtera di bawah naungan Baginda.

Daulat Tuanku.

Sembah takzim daripada
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2025/2026.

[SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK]‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 你好, வணக்கம்Salam Sejahtera,Salam UTM Sanjungan Bangsa,Sa...
30/05/2026

[SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK]

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 你好, வணக்கம்
Salam Sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Transformasi Mahasiswa.

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (MPP UTM) Sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh warga UTM khususnya mahasiswa dan mahasiswi yang meraikannya.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua serta terus memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan warga universiti.

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2025/2026

[NOTIS: MAKLUMAN CUTI HARI KELEPASAN AM GANTIAN PADA 2 JUN 2026 SEMPENA SAMBUTAN HARI WESAK DAN HARI KEPUTERAAN RASMI SE...
30/05/2026

[NOTIS: MAKLUMAN CUTI HARI KELEPASAN AM GANTIAN PADA 2 JUN 2026 SEMPENA SAMBUTAN HARI WESAK DAN HARI KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG]

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 大家好, வணக்கம்,
Salam Sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Transformasi Mahasiswa.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan bahawa Hari Wesak disambut pada 31 Mei 2026 (Ahad) yang juga merupakan hari kelepasan mingguan. Manakala Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong disambut pada 1 Jun 2026 (Isnin).

Sehubungan itu, berdasarkan ketetapan Hari Kelepasan Am, maka 2 Jun 2026 (Selasa) adalah merupakan Cuti Hari Kelepasan Am Gantian.

Justeru, seluruh mahasiswa dan warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dimohon untuk mengambil maklum berhubung perkara tersebut.

Kerjasama dan perhatian saudara/saudari amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Komunikasi, Media dan Strategi
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2025/2026

[SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN & HARI GAWAI]‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 你好, வணக்கம்Salam Sejahtera,Salam UTM Sa...
30/05/2026

[SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN & HARI GAWAI]

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 你好, வணக்கம்
Salam Sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Transformasi Mahasiswa.

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (MPP UTM) Sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh warga UTM khususnya mahasiswa dan mahasiswi yang meraikannya.

Perayaan ini merupakan lambang kesyukuran, perpaduan serta penghargaan terhadap warisan budaya dan tradisi masyarakat Sabah dan Sarawak yang kaya dengan nilai kebersamaan serta keharmonian.

Semoga sambutan pada tahun ini membawa kegembiraan, keberkatan dan mengeratkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan warga universiti yang berbilang kaum dan budaya.

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2025/2026

[NOTIS: PENUTUPAN POS PENGAWAL GERBANG SENAI T01 BAGI KERJA PENGGANTIAN BUMBUNG & KOMPONEN]‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْ...
27/05/2026

[NOTIS: PENUTUPAN POS PENGAWAL GERBANG SENAI T01 BAGI KERJA PENGGANTIAN BUMBUNG & KOMPONEN]

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ , 你好 , வணக்கம் ,
Salam Sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Transformasi Mahasiswa.

Warga UTM diminta mengambil maklum mengenai penutupan sementara Pos Pengawal Gerbang Senai T01 (Pintu Pagar 2) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian bumbung dan komponen.

Maklumat penutupan adalah seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 29 Mei 2026 – 31 Julai 2026
⏰ Masa: 24 Jam
📍 Lokasi Terkesan: Pintu Pagar 2 Gerbang Senai T01 (Security Post 2)

Semua pengguna jalan raya di dalam kampus dinasihatkan agar merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif lain sepanjang tempoh kerja-kerja naik taraf ini dijalankan.

📞 Sebarang aduan atau maklum balas, sila hubungi pihak pengurusan projek:
• Ts Mohd Faizal Wakiman (Ketua Unit Pengurusan Projek): 019-7483300
• En Afiq Othman (Penyelaras Projek): 019-9683930
• Pn Nur Hadirah (Pen. Penyelaras Projek): 011-63170606

Kerjasama dan perhatian daripada seluruh warga kampus amatlah dihargai demi memastikan keselamatan bersama.

Sekian, terima kasih.

Disiarkan oleh:
Jabatan Komunikasi, Media dan Strategi
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2025/2026

[JEMPUTAN KHAS: PERSEMBAHAN BUDAYA & FLASHMOB “SARONG MASUK STADIUM”]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Pihak Iskandar ...
27/05/2026

[JEMPUTAN KHAS: PERSEMBAHAN BUDAYA & FLASHMOB “SARONG MASUK STADIUM”]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pihak Iskandar Youth Hub Sdn Bhd. ( HAB) ingin menjemput pelajar untuk menyertai Mini Sarong Parade 2026 yang diinspirasikan daripada Keretapi Sarong.

📅 Tarikh: 30 Mei 2026 (Sabtu)
🕔 Masa Parade: 5.00 petang – 8.00 malam
📍 Lokasi: Stadium Gelang Patah
🎟️ Tiket: Percuma untuk pelajar universiti

Setiap universiti diperuntukkan sekitar 40–50 peserta dan sekiranya ada tambahan peserta juga amat dialu-alukan. Program ini terbuka kepada orang awam namun pelajar universiti akan direzabkan tiket lebih awal.

👕 Dress code: Santai bertemakan sarong & pakaian yang selesa kerana terdapat aktiviti seperti joget lambak.

⚠️ Pengangkutan dan penginapan tidak disediakan.

Pelajar yang berminat boleh mengisi nama pada link yang diberikan untuk tujuan tempahan tiket. Terima kasih.
🔗: https://docs.google.com/spreadsheets/d/10jWEPnfW_z991Uok84P4-I6BUl5TLQdsz8Ku9x5fePI/edit?usp=sharing

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2025/2026

[SALAM AIDILADHA 1447H]‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 你好, வணக்கம்Salam Sejahtera,Salam UTM Sanjungan Bangsa,Salam Mal...
26/05/2026

[SALAM AIDILADHA 1447H]

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 你好, வணக்கம்
Salam Sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Malaysia Madani.

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (MPP UTM) Sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh warga UTM khususnya mahasiswa dan mahasiswi yang beragama Islam.

Aidiladha merupakan simbol pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT yang wajar dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian. Semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS mengajar kita erti kesabaran, keimanan serta keutuhan hubungan sesama insan.

Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan warga universiti dan masyarakat.

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2025/2026

[NOTIS: WAKTU OPERASI PINTU MASUK UTM JOHOR BAHRU SEMPENA CUTI AIDILADHA, HARI KEPUTERAAN YDPA & CUTI GANTI HARI WESAK]‎...
26/05/2026

[NOTIS: WAKTU OPERASI PINTU MASUK UTM JOHOR BAHRU SEMPENA CUTI AIDILADHA, HARI KEPUTERAAN YDPA & CUTI GANTI HARI WESAK]

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 你好, வணக்கம்
Salam Sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Transformasi Mahasiswa.

Makluman kepada seluruh warga UTM Johor Bahru, waktu operasi pintu masuk Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Cuti Ganti Hari Wesak adalah seperti berikut:

🚪 Pintu Utama
✅ Dibuka 24 jam

🚪 Pintu 2 (Senai)
❌ Ditutup mulai 25 Mei 2026 hingga 31 Julai 2026
📌 Penutupan bagi kerja-kerja naik taraf bumbung Pintu Gerbang Senai
📌 Semua urusan pas dan kemasukan kontraktor adalah melalui Pintu 4 (Desa Bakti)

🚪 Pintu 3 (Jalan Ladang)
✅ Dibuka setiap hari
🕕 6:00 pagi – 11:59 malam

🚪 Pintu 4 (Desa Bakti)
❌ Ditutup mulai 26 Mei 2026
✅ Dibuka semula pada 3 Jun 2026 jam 6:00 pagi

🚪 Pintu 5 (Sri Pulai)
✅ Dibuka setiap hari
🕕 6:00 pagi – 11:59 malam

Warga kampus dan pelawat dinasihatkan agar merancang perjalanan keluar dan masuk kampus dengan sewajarnya sepanjang tempoh cuti ini serta mematuhi arahan keselamatan yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Disiarkan oleh:
Jabatan Komunikasi, Media dan Strategi
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2025/2026

[NOTIS: OPERASI PEJABAT UNIT FASILITI SUKAN DAN REKREASI SEMPENA CUTI UMUM 2026]‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 你好, வண...
26/05/2026

[NOTIS: OPERASI PEJABAT UNIT FASILITI SUKAN DAN REKREASI SEMPENA CUTI UMUM 2026]

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, 你好, வணக்கம்
Salam Sejahtera,
Salam UTM Sanjungan Bangsa,
Salam Transformasi Mahasiswa.

Makluman kepada seluruh warga UTM, operasi Pejabat Unit Fasiliti Sukan dan Rekreasi sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta cuti ganti Hari Wesak akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:

📌 27 Mei 2026 (Rabu) – 28 Mei 2026 (Khamis)
❌ Ditutup

📌 29 Mei 2026 (Jumaat)
✅ Beroperasi seperti biasa

📌 31 Mei 2026 (Ahad) – 2 Jun 2026 (Selasa)
❌ Ditutup

📌 3 Jun 2026 (Rabu)
✅ Beroperasi semula seperti biasa

📢 Nota Penting:
Pejabat Unit Fasiliti Sukan dan Rekreasi akan kembali beroperasi sepenuhnya seperti biasa bermula pada 3 Jun 2026 (Rabu).

Warga kampus dinasihatkan agar merancang segala urusan berkaitan fasiliti sukan dan rekreasi dengan sewajarnya sepanjang tempoh cuti ini.

Sekian, terima kasih.

Disiarkan oleh:
Jabatan Komunikasi, Media dan Strategi
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Universiti Teknologi Malaysia
Sesi 2025/2026

Address

Student Union Building, Universiti Teknologi
Johor Bahru
81310

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perwakilan Pelajar UTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Perwakilan Pelajar UTM:

Share