UMNOMawar 4 Official

UMNOMawar 4 Official UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA

23/01/2026

KENYATAAN MEDIA

1. UMNO menyambut baik keputusan Jemaah Menteri untuk menarik balik pembentangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA).

2. UMNO tegas berpendirian bahawa UMNO tidak menentang pembangunan bandar, namun RUU URA ini perlu diperbaiki dan ditambah baik termasuk beberapa pindaan yang harus diperhalusi sebagaimana cadangan Jawatankuasa Khas UMNO Mengenai URA yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

3. Untuk makluman, Jawatankuasa Khas UMNO Mengenai URA ini telah melakukan beberapa siri libat urus termasuk Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar pada 3 Oktober 2025 lalu dengan meluluskan 14 syor cadangan penambahbaikan RUU URA.

4. UMNO menegaskan bahawa RUU URA hanya wajar dibentangkan semula di Parlimen dalam bentuk baharu setelah semua cadangan penambahbaikan diambil kira.

DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI
23 JANUARI 2026

Address

Bangunan Komuniti Penduduk Jalan Mawar 30 Taman Mawar, Pasir Gudang
Johor Bahru
81700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMNOMawar 4 Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share