Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru Page khusus untuk perkembangan kawasan Parlimen Johor Bahru dan sebaran-sebaran aktiviti atau program setempat.

πŸŒ™ Salam Maulidur Rasul 1448H Pada 12 Rabiulawal 1448H, umat Islam memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S...
25/08/2026

πŸŒ™ Salam Maulidur Rasul 1448H

Pada 12 Rabiulawal 1448H, umat Islam memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pembawa rahmat kepada seluruh alam. Maulidur Rasul mengingatkan kita untuk terus meneladani akhlak Baginda yang penuh dengan amanah, ihsan, integriti, kasih sayang dan kebijaksanaan dalam memimpin.

Dalam kehidupan profesional dan peribadi, nilai-nilai yang dibawa oleh Rasulullah SAW kekal relevan sebagai panduan untuk membina masyarakat yang lebih harmoni, beretika dan berdaya maju.

Semoga sambutan Maulidur Rasul tahun ini menjadi inspirasi untuk kita memperkukuh ukhuwah, memperbanyakkan amal kebajikan dan menyumbang secara positif kepada keluarga, organisasi dan negara.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H
25 Ogos 2026 | 12 Rabiulawal 1448H

23/08/2026
Semalam kami dikejutkan dengan satu kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah di Jalan Padi Malinja 12, Bandar Baru Uda...
17/08/2026

Semalam kami dikejutkan dengan satu kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah di Jalan Padi Malinja 12, Bandar Baru Uda.

Syukur, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut. Walaupun kehilangan dan kerosakan yang dialami pastinya bukan sesuatu yang mudah untuk diterima.

Team Parlimen JB berharap bantuan kewangan yang disampaikan ini dapat meringankan beban serta memberi sokongan kepada keluarga yang terkesan.

Semoga tuan rumah dan seisi keluarga terus diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Semoga segala urusan dipermudahkan dan dibukakan jalan untuk mereka bangkit semula dengan lebih kuat. 🀲🏻

Semalam, berlaku satu kejadian kebakaran rumah di Jalan Rahmat, Kg Melayu Majidee yang telah menimpa sebuah keluarga.Pas...
15/08/2026

Semalam, berlaku satu kejadian kebakaran rumah di Jalan Rahmat, Kg Melayu Majidee yang telah menimpa sebuah keluarga.

Pasukan Parlimen Johor Bahru tampil berziarah dan menyampaikan sumbangan kewangan dan Foodbank JB untuk meringankan beban yang ditimpa keluarga mangsa

Kita mungkin tidak mampu mengubah apa yang telah berlaku, tetapi kita cuba sedaya upaya untuk membantu. 🀲

Alhamdulillah minggu lepas telah berlangsungnya pertandingan Ragbi Piala YB Akmal Nasir di SMK Bandar Baru Uda.Tahniah k...
14/08/2026

Alhamdulillah minggu lepas telah berlangsungnya pertandingan Ragbi Piala YB Akmal Nasir di SMK Bandar Baru Uda.

Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding dengan penuh semangat πŸ’ͺ🏻

Lebih membanggakan apabila anak-anak muda kita berani mencabar diri, bekerja sebagai satu pasukan dan menunjukkan semangat juang yang tinggi di atas padang.

Terima kasih kepada pihak sekolah, para guru, jurulatih, ibu bapa serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga kejohanan seperti ini terus menjadi wadah untuk mencungkil bakat, membina karakter dan melahirkan generasi muda yang bukan sahaja hebat dalam sukan, tetapi juga kuat jati dirinya.

Tahniah semua! πŸ‰πŸ’ͺ

Sekalung tahniah diucapkan kepada Adik Wan Harriz Wan Abdul Qayyum dari Sekolah Kebangsaan Tasek Utara, Johor Bahru atas...
13/08/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada Adik Wan Harriz Wan Abdul Qayyum dari Sekolah Kebangsaan Tasek Utara, Johor Bahru atas kejayaannya yang meraih tempat pertama dalam pertandingan Bahasa Inggeris Hippo English Without Borders di Doha, Qatar. πŸ₯‡

Lebih membanggakan, kejayaan ini melayakkan beliau mewakili Malaysia ke World Final di Spoleto, Itali, bersama peserta dari 3 negara , Malaysia, Arab Saudi dan Kyrgyzstan.

YB Akmal Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru sentiasa komited membantu untuk mengasah bakat-bakat cilik di dalam Parlimen Johor Bahru agar sentiasa terus membanggakan nama negara di pentas antarabangsa.

Semoga dengan kejayaan ini, Adik Wan Harriz teruskan melakar kejayaan di persada antarabangsa! πŸ‘πŸ”₯

12/08/2026

Allahuakbar, saya agak sayu dengan kejadian kebakaran yang menimpa.

Minggu lepas saya sempat singgah rumah imam Masjid An-Nur di Taman Larkin Perdana yang ditimpa musibah kebakaran beberapa bulan lepas.

Syukur Alhamdulillah semuanya selamat.

Ini rumah yang kita usahakan sedikit dua tahun lepas.

Insha Allah kita cuba bantu baik pulih sedikit sebanyak peralatan yang rosak akibat kebakaran tersebut.

28/07/2026

❌ Kita ikut pacer
βœ… Pacer ikut kita

Videographer pun semput nak follow ha3

Kenapa?

Tengok je lah video ni 🀣

Address

50-01, Jalan Idaman 3, Taman Larkin Idaman
Johor Bahru
80350

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Telephone

+601161103664

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru:

Shortcuts

Share