06/07/2026
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ โ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
LABIS, 2 Julai โ Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini telah menyempurnakan majlis pelancaran program 'Barberpreneur' anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bertempat di Dataran Labis, Johor.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, inisiatif berimpak tinggi yang digerakkan oleh Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man ini merupakan satu langkah strategik untuk melahirkan usahawan mahir dalam bidang dandanan rambut, sekali gus memperkasakan sosioekonomi masyarakat di luar bandar.
Majlis pelancaran tersebut telah dihadiri oleh 50 orang wakil peserta secara fizikal. Kumpulan ini mewakili perintis seramai 273 orang peserta program Barberpreneur dari seluruh negara yang kini giat menjalani latihan dan bimbingan di bawah kelolaan KEMAS.
Lebih membanggakan, inisiatif ini tidak hanya memfokuskan kepada penjanaan pendapatan peserta semata-mata, malah turut menerapkan elemen khidmat komuniti. Melalui kemahiran yang digarap, program ini disasarkan bakal memberi manfaat secara langsung kepada 84,612 orang kanak-kanak di seluruh negara.
Pelaksanaan Program Barberpreneur ini secara langsung mendokong hasrat kerajaan untuk memperluaskan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), di samping mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan rantaian ekonomi yang mampan di peringkat akar umbi.
Bagi memastikan kelestarian program, pihak KEMAS akan terus memberikan sokongan berterusan kepada kesemua 273 peserta bagi memastikan mereka mampu membuka perniagaan sendiri dan menjadi usahawan yang berdaya saing.