19/11/2018
*Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YDH Datuk/Dato'/Tuan²*.
*MAKLUM PROGRAM MOBILE POLICE COMMUNITY ENGAGEMENT (MPCE), BALAI POLIS TAMAN DESA CERMELANG, IPD SERI ALAM*.
➀ *Ketetapan Program* :
➪ Tarikh : 15/11/2018
➪ Masa : 1100 Hrs. Hingga 1300 Hrs.
➪ Tempat :
Pasaraya Econsave Taman Desa Cemerlang.
➁ *Kehadiran* :
➪ SM Abdul Latib Bin Jamil.
Sjn Samsudin Bin Sadui.
5 Anggota Balai Polis Desa Cemerlang.
➂ *Objektif Program* :
*(1.1)* Program Mobile Police Community Engagement (MPCE) berkonsepkan menggunakan Van Balai Polis Bergerak yang ada dijadikan kaunter perjumpaan/aduan dengan masyarakat setempat bagi membantu menyelesaikan sebarang permasalahan atau isu² berkaitan PDRM agar dapat ditangani dengan cepat dan berkesan.
*(1.2)* Bertindak sebagai ”Information Centre” bagi menarik masyarakat supaya mendekati Polis.
*(1.3)* Sebagai salah satu Program Reduce Fear Of Crime. Kehadiran Polis (Omnipresence) ini akan dapat mengurangkan tanggapan dan perasaan takut masyarakat akan menjadi mangsa jenayah.
*(1.4)* Menjadikannya sebagai antara pilihan landasan dalam mewujudkan perhubungan baik PDRM dengan masyarakat.
*(1.5)* Mengubah sikap perasaan takut terhadap Polis kepada keadaan di mana masyarakat akan merasa selesa untuk berdampingan dengan polis secara amnya. Ini akan memudahkan tugas Polis untuk mendapatkan kerjasama dan maklumat dari masyarakat.
*(1.6)* Masyarakat akan bersikap lebih terbuka dalam menyalurkan maklumat kepada Polis.
➃ *Hasil Pengisian Program* :
*(2.1)* Bilangan orang awam yang tampil berurusan : 10 Orang.
*(2.2)* Bilangan aduan diterima :
2.2.1. Kebanjiran Warga Asing yang menghuni kawasan Jalan Kenanga dan Jalan Johar Taman Desa Cermelang.
*(2.3)* Bilangan maklumat diterima :
2.3.1. Banyak kenderaan diparkir di tepi jalan terutama di hadapan deretan kedai dan Bank Jalan Johar sehingga mengganggu lalulintas.
*(2.4)* Bilangan cadangan diterima : Nil
➄ *Ulasan* :
*(3.1)* Program mendapat response yang amat baik dan begitu dialu–alukan oleh masyarakat setempat yang ditemui.
*(3.2)* Program akan diteruskan ke lokasi² yang akan dikenal pasti dari semasa ke semasa.
*Sekian untuk makluman YDH Datuk/Dato'/Tuan²*.
Terima kasih.